wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEMPENA WEBINAR PEMANTAPAN SOLAT

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai SOLAT ?

a)

Solat menentukan kehebatan sesebuah organisasi

b)

Solat membawa kepada kejayaan individu

c)

Solat bukan asas kepada semua tindak tanduk manusia

d)

Solat memberikan ketenangan hati

2.

Hukum solat berjemaah bagi individu ialah ...

a)

Sunat

b)

Fardhu Kifayah

c)

Sunat Muakkad

d)

Fardhu Ain

3.

Mengapakah rukun solat perlu dilakukan satu persatu mengikut turutan yang telah ditetapkan ?

a)

Kerana menjadi ikutan setiap muslim

b)

Supaya solat dapat dilakukan dengan segera

c)

supaya kita melakukan solat secara tergesa-gesa

d)

supaya solat yang ditunaikan secara tertib dan melatih kita supaya kita berdisiplin

4.

Nyatakan definisi solat YANG TEPAT ?

a)

Dimulai dengan wudhuk dan diakhiri dengan salam

b)

Dimulai dengan berdiri tegak dan diakhrii dengan bacaan selawat tahiyat akhir

c)

Dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam

d)

Dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan duduk tahiyat akhir

5.

Pilih jawapan yang SALAH mengenai syarat sah solat ?

a)

Menutup aurat

b)

Menghadap kiblat

c)

Sejahtera pancaindera

d)

Meyakini masuk waktu solat

6.

Pembahagian rukun solat ada 3, iaitu Rukun Qauli, Rukun Fi'li dan Rukun .........

a)

Badani

b)

Qabli

c)

Harfi

d)

Qalbi

7.

Pilih pengertian Sunat Ab'ad yang BENAR ?

a)

Perkara sunat yang dituntut melakukannya dan jika tertinggal tidak batal solat tetapi disunatkan digantikan dengan sujud sahwi

b)

Perkara sunat yang dituntut melakukannya dan jika tertinggal membatalkan solat

c)

Perkara sunat yang dituntut melakukannya dan jika tertinggal tidak batal solat tetapi diwajibkan membuat sujud sahwi

d)

Perkara sunat yang dituntut melakukannya dan jika tertinggal tidak batal solat dan tidak disunatkan membuat sujud sahwi

8.

Jamil seorang usahawan muda yang berjaya. Sewaktu dia sedang solat di surau tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Beliau menjawab panggilan itu kemudian meneruskan semula solatnya.

Apakah hukum solat Jamil ? Mengapa ?

a)

Solatnya terbatal kerana memegang telefon bimbit

b)

Solatnya tidak batal kerana beliau telah beritahu si pemanggil bahawa dia sedang solat

c)

Solatnya terbatal kerana berkata-kata dengan sengaja

d)

Solatnya tidak batal kerana dia telah meneruskan solat selepas menjawab panggilan telefon

9.

Apakah maksud solat Qasar ?

a)

Menghimpunkan dua solat dalam satu waktu

b)

Mengekalkan rakaat solat

c)

Memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat

d)

Memendekkan solat jika tidak berupaya

10.

“Solat adalah diumpamakan seperti pertalian hamba dengan Tuhannya, yang mana orang yang memutuskan pertalian itu dikira berdosa besar, apatah lagi jika dia mengingkari kewajipannya atau memperkecilkan-kecilkan orang yang mengikat pertalian itu sehingga boleh dianggap kafir, jika tidak perlu bertaubat dan kembali kepada Tuhan-Nya.


Apakah yang perlu dilakukan bagi orang yang meninggalkan solat secara sengaja ?

a)

Wajib menggantikan solatnya

b)

Sunat menggantikan solat

c)

Hanya perlu bertaubat

d)

Tidak perlu melakukan solat qadha

11.

Suhana sedang menunaikan solat maghrib. Beliau sering solat dalam keadaan tergesa-gesa dan sengaja memberi salam sebelum menyempurnakan solatnya. Apakah hukum solat Suhana ?

a)

BATAL

b)

TIDAK BATAL

12.

Menurut ijmak ulama', hukum solat jenazah ialah ...

a)

Fardhu Ain

b)

Fardhu Kifayah

c)

Sunat

13.

Solat jenazah terdiri daripada 4 kali takbir

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Pilih 3 jawapan yang BENAR mengenai perkara-perkara makruh dalam solat

a)

Memandang ke langit

b)

Meletakkan kedua-dua lengan di atas lantai ketika sujud

c)

Bersin ketika solat

d)

Menguap ketika solat

15.

Apakah pengertian yang TEPAT mengenai Solat Qadha' ?

a)

Melaksanakan ibadah solat di dalam waktunya

b)

Melaksanakan ibadah solat bukan dalam waktunya atau selepas tamat waktunya

16.

Manakah antara berikut yang BUKAN melibatkan keuzuran yang menggugurkan kewajipan solat ?

a)

Orang kafir asli

b)

Perempuan haid dan nifas

c)

Orang tidak siuman

d)

Orang yang dewasa

17.

Manakah yang menyebabkan keharusan bertayamum ?

a)

Ketiadaan air untuk mengangkat hadas

b)

Cuaca terlalu dingin

c)

Terhalang kerana bahaya

d)

Luka atau sakit

18.

Apakah perkara yang makruh dilakukan ketika berwudhuk ?

a)

Membasuh atau menyapu sebanyak 3 kali basuhan

b)

Berkumur-kumur

c)

Mendahulukan bahagian kiri

d)

Meminta orang lain mengambilkan wudhuk kerana keuzuran

19.

Manakah antara berikut BUKAN syarat sah wudhuk ?

a)

Mengalirkan air yang suci pada keseluruhan kulit luar

b)

Menghilangkan apa yang menghalang sampainya air kepada anggota wudhuk

c)

Mampu menggunakan air yang bersih dan mencukupi

d)

Tiada perkara yang menghalang atau membatalkan wudhuk

20.

Manakah yang berikut merujuk kepada hikmah solat ?

a)

Meningkatkan perasaan Ubudiyyah

b)

Mengajar manusia tentang pengurusan masa

c)

Pergerakan solat menggunakan seluruh anggota badan fizikal umpama senaman kepada kita

d)

Melahirkan rasa malu kepada Allah SWT dengan menutup aurat yang sempurna