wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU MODEN

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Perakuan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tercatat dalam

I Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152

II Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67

III Penyata Rahman Talib

IV Penyata Razak

a)

A 1 dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

2.

Yang manakah karya yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji?

a)

A Pelita Bahasa

b)

B Daftar Ejaan Melayu

c)

C Kitab Pengetahuan Bahasa

d)

D Buku Ketetapan Hejaan Melayu

3.

X Menunjukkan bakat kesusasteraan ,terutamanya

dalam bahasa kebangsaan.

Menyelaraskan ejaan dan sebutan.

Menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa

kebangsaan.

Menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa

kebangsaan.


X dalam carta di atas ialah

a)

A Angkatan Sasterawan 50

b)

B Pejabat Karang Mengarang

c)

C Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

D Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

4.

Proses Perancangan Bahasa

I Pemasyarakatan

II Pengekodan

III Penilaian

IV Pemupukan


Maksud

P Usaha mengembangkan bahasa agar tercapai kaedah saling terjemah

Q Peninjauan terhadap kesan perancangan bahasa

R Usaha ke arah penyerapan variasi bahasa

S Pendedahan hasil perancangan kepada pengguna.

a)

A I (R ) II ( Q) III ( P) IV ( S)

b)

B I (S ) II (R) III (Q) IV (P)

c)

C (Q) II (S) III (P) IV (R)

d)

D I(P) II (S) III (Q) IV(R)

5.

TOKOH BAHASA

I william Marsden

II Mejar Dato' Haji Mohd Said Sulaiman

III Raja Ali Haji

IV Zainal Abidin bin Ahmad


KARYA

P Rahsia Ejaan Jawi

Q A Grammar of Malayan Language

R Jalan Basa Melayu

S Kitab Pengetahuan Bahasa


Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan karyanya?

a)

A I (P) II (R) III (Q) IV (S)

b)

B I (Q) II (R) III (S) IV (P)

c)

C I (Q) II (S) III ( R ) IV(P)

d)

D I (S) II (Q) III ( P) IV (R)

6.

Yang manakah konteks bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi?

a)

A Dalam sesi wawancara sukan di televisyen

b)

B Dalam sistem penyampaian maklumat kerajaan

c)

C Dalam perhubungan penutur daripada pelbagai latar belakang

d)

D Dalam menyampaikan ilmu di institusi pengajian tinggi awam

7.

Peringkat pelaksanaan dalam proses perancangan bahasa melibatkan usaha yang berikut kecuali

a)

A penciptaan istilah

b)

B penyediaan perkamusan

c)

C penyediaan panduan ejaan

d)

D pemilihan bahasa kebangsaan

8.

PERIHAL TOKOH X


= Tokoh bahasa yang tersohor di Pulau Penyengat

= Golongan bangsawan Riau yang memainkan peranan untuk mengembangkan kebudayaan Melayu

= Menghasilkan karya bahasa, sejarah, dan sastera,khususnya syair dan pantun


Yang manakah hasil karya X yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu ?

a)

A Jalan Basa Melayu

b)

B Pelita Bahasa Melayu

c)

C Ilmu Mengarang Melayu

d)

D Kitab Pengetahuan Bahasa

9.

I BAHASA MELAYU KLASIK

Setelah sekeliannya lengkap, maka pada ketika dan saad yang baik, lalu berangkat sultan Mahmud diiring oleh hulubalang dan menteri serta rakyat sekalian, maka baranag di mana tempat berhenti baginda itu di sana perkelahan diadakan sambil bersuka-suka berjamu dan minum.


II BAHASA MELAYU MODEN

Beliau mengingatkan bahawa hubungan antara majikan dengan pekerja haruslah harmoni. Menurut beliau, selain berbincang ,terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan untuk mewujudkan situasi sedemikan. Antaranya majikan harus menyediakan kemudahan yang selesa untuk pekerjanya. Pekerja yang cemerlang harus diberikan insentif atau ganjaran sebagai penghargaan.


Berdasarkan petikan I dan II ,yang manakah ciri yang jelas bagi bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden?


I Bahasa Melayu Klasik -----terdapat penggunaan partikel

Bahasa Melayu Moden ---jenis larasnya jelas


II Bahasa Melayu Klasik---Mengandungi kosa kata bahasa

istana

Bahasa Melayu Moden---Terdapat unsur pengulangan


III Bahasa Melayu Klasik--Banyak menggunakan kata

pangkal ayat

Bahasa Melayu Moden--Mengandungi kosa kata asing


IV Bahasa Melayu Klasik--Ayatnya menunjukkan binaan

songsang

Bahasa Melayu Moden--Banyak penggunaan ayat

majmuk

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

10.

Perancangan bahasa -----taraf

----- X


Dalam perancangan bahasa , X melibatkan usaha untuk

I menghasilkan variasi bahasa baku

II menggubal istilah teknikal dan profesional

III meninjau hasil dan kesan perancangan bahasa

IV mewujudkan identiti dan kedudukan negara tanpa mengetepikan bahasa lain

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

11.

TOKOH BAHASA TEMPATAN

I Raja Ali Haji

II Nik Safiah Karim

III Asmah Haji Omar

IV Zainal Abidin Ahmad


KARYA

P Susur Galur Bahasa Melayu

Q Ilmu Mengarang Melayu

R Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran

S Kitab Pengetahuan Bahasa


Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa tempatan dengan karyanya?

a)

A I (Q ) II (P) III (R) IV (S)

b)

B I (P) II (Q) III ( S) IV (R)

c)

C I (S) II(R) III (P ) IV (Q)

d)

D I (R) II ( S) III (Q ) IV (P)

12.

Yang manakah karya Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman ?


I Penokok dan Penambah

II Kitab Pengetahuan Bahasa

III Buku Katan PBmPB Diraja Johor

IV Kitab Pengetahuan Jurutulis Bagi Kanak-kanak Yang Hendak Belajar Akan Dia

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

13.

TOKOH BAHASA

i Asmah Haji Omar

II Nik Safiah Karim

III Mejar Mohd Said Sulaiman

IV Zainal Abidin bin Ahmad


HASIL KARYA

P Sosiolinguistik Bahasa Melayu : Teori dan Aplikasi

Q Daftar Ejaan Melayu

R Jalan Basa Melayu

S Nahu Melayu Mutakhir


Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan hasil karyanya?

a)

A I ( S) II( P) III ( R) IV (Q)

b)

B I ( S) II (Q) III (P) IV (R )

c)

C I ( P) II (S) III (Q) IV (R)

d)

D I (P) II ( R) III ( Q) IV (S)

14.

Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan perancangan korpus dalam bahasa Melayu?

a)

A Bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan

b)

B Bahasa Melayu diwajibkan dalam segala urusan kerajaan

c)

C Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan

d)

D Bahasa Melayu diperkaya dengan istilah khusus dalam pelbagai bidang ilmu

15.

Pernyataan yang manakah yang tidak berkaitan dengan tujuan perancangan korpus bahasa Melayu ?

a)

A untuk menghasilkan satu variasi bahasa yang seragam

b)

B untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

c)

C untuk membolehkan semua penutur bahasa Melayu menggunakan variasi bahasa yang sama

d)

D Untuk menghasilkan satu variasi bahasa Melayu yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang

16.

Sepanjang hayat, kita sering diduga oleh pelbagai cabaran. Hakikatnya , cabaran dapat membentuk kita menjadi insan yang baik. Jika kita berusaha dan berjaya mengatasinya, kita akan dilimpahi kegembiraan dan kesentosaan dalam hidup. Sebenarnya, kunci kejayaan untuk mengatasi apa-apa jua cabaran ialah ketabahan dan kesabaran.


Penyataan yang manakah yang tidak benar tentang ciri bahasa Melayu moden yang terdapat dalam petikan di atas ?

a)

A Bentuk dan ragam ayatnya pelbagai

b)

B Mengandungi kosa kata bahasa Arab

c)

C Maksud ayatnya jelas dan mudah difahami

d)

D Melenyapkan unsur pinjaman zaman lampau

17.

Langkah yang manakah yang dikaitkan dengan proses pengekodan dalam perancangan bahasa ?


I Menghasilkan istilah dan buku tatabahasa

II Menyelaraskan sistem tulisan dan sistem ejaan

III Mempertingkatkan status bahasa sebagai bahasa pentadbiran

IV Memperluas penggunaan bahasa meliputi semua tahap pengajian

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV