wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAT geografi ting3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Jenis tumbuh-tumbuhan yang manakah meliputi kawasan yang paling luas di Malaysia?

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Hutan Tropika

d)

Hutan Paya Air Masin

2.

Maklumat yang manakah betul tentang jenis hutan dan lokasi?

a)

Hutan Hujan Tropika - Desaru

b)

Hutan Paya Air Tawar - Larut Matang

c)

Hutan Paya Air Masin - Tasik Bera

d)

Hutan Pantai - Pulau Sipadan

3.

Pokok-pokok di Hutan Paya Air Tawar biasanya akan tumbuh di kawasan

a)

tanih podzol

b)

tanih gambut

c)

tanih berpasir

d)

tanih laterit

4.

Antara yang berikut, lapisan yang manakah tidak terdapat di dalam Hutan Hujan Tropika di Malaysia?

a)

Lapisan silara

b)

Lapisan tengah

c)

Lapisan renjong

d)

Lapisan pokok renek

5.

Ciri-ciri di bawah merujuk

kawasan rendah yang berlumpur dan terlindung ditenggelami air semasa air pasang

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Paya Air Masin

6.

Akar seperti dalam gambar berfungsi untuk

a)

habitat hidupan akuatik

b)

menyokong pokok

c)

sebagai akar pernafasan

d)

masuk ke dalam lumpur

7.

Apakah faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan di Malaysia?

a)

Saliran

b)

Cuaca

c)

Angin

d)

Tanih

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hutan kepada manusia?

a)

Habitat

b)

Sumber perubatan

c)

Sumber bahan mentah

d)

Kawasan pertanian

9.

Apakah kegunaan pokok kayu keras di dalam Hutan Hujan Tropika?

a)

Bahan api

b)

Perabot

c)

Kraftangan

d)

Atap rumah

10.

Apakah kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi?

a)

Kepupusan flora dan fauna

b)

Hutan berkurangan

c)

Hujan berkurangan

d)

Kos perubatan meningkat

11.

Lapisan renjong di Hutan Hujan Tropika adalah lapisan yang mempunyai pokok yang tumbuh pada ketinggianantara 40-50m

a)

Betul

b)

Salah

12.

Pokok Ru boleh ditemui di Hutan Paya Air Tawar dan mempunyai batang yang lurus, tinggi serta berbentuk silinder.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Pokok bakau kurap dan bakau minyak yang terdapat di Hutan Paya Air Masin mempunyai akar jangkang yang berfungsi menyokong pokok daripada tumbang.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Hutan Paya Air Tawar dan Hutan Paya Air Masin adalah hutan yang terdapat di kawasan yang bersaliran buruk.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Gunung adalah berbeza mengikut jarak dari laut.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Hutan Pantai tumbuh di kawasan pantai yang berpasir dan bersaliran baik.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Hutan Paya Air Tawar mempunyai berapa lapisan?

a)

Tiga

b)

Empat

18.

Oak, laurel, pain adalah tumbuhan hutan

a)

Pantai

b)

Gunung

19.

Tasik Bera, Tasik Chini adalah lokasi bagi

a)

Hutan Paya Air Masin

b)

Hutan Paya Air Tawar

20.

Ciri Hutan Hujan Tropika yang salah ialah

a)

Berdaun lebar, hujung daun tirus

b)

Lantai hutan ditumbuhi lumut

c)

Batang lurus, berakar banir

d)

Malar hijau

21.

Antara berikut, yang manakah ciri jadual?

a)

Paksi menegak

b)

Sumber yang bersesuaian

c)

Petunjuk

d)

Sektor

22.

Purata suhu bulanan sesuai direkodkan dalam bentuk

a)

Gambar rajah

b)

Peta

c)

Jadual

d)

Petunjuk

23.

Apakah ciri-ciri graf gabungan?

a)

Graf terdiri daripada daripada paksi menegak atau mendatar

b)

Mempunyai tajuk, data dan maklumat serta sumbet yang bersesuaian

c)

Graf yang dilukis secara garisan yang panjang

d)

Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu garaf

24.

Antara berikut, manakah graf yang menunjukkan perbezaan komponen yang dikaji?

a)

Graf gabungan

b)

Jadual

c)

Graf bar mudah

d)

Graf garisan mudah

25.

Berapakah saiz sudut sektor bagi buah duku negara X?

a)

180 °\degree  

b)

112 °\degree  

c)

76 °\degree  

d)

7 °\degree  

26.

Antara berikut, faktor persekitaran fikizal yang manakah mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

a)

Cuaca

b)

Tanah

c)

Bahan Mentah

d)

Saliran

27.

Apakah faktor persekitaran fizikal yang merujuk kepada hujan, suhu, angin, tekanan udara, keadaan awan serta kelembapan udara?

a)

Saliran

b)

Bentuk muka bumi

c)

Tanih

d)

Iklim

28.

Kegiatan ekonomi di Malaysia terbahagi kepada berapa sektor?

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

29.

Kegiatan ekonomi yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi.

Pernyataan di atas merujuk kepada sektor .....

a)

primer

b)

sekunder

c)

tertier

30.

Antara kegiatan ekonomi yang berikut, yang manakah tergolong dalam sektor tertier.


I Pembinaan

II Pengangkutan

III Pendidikan

IV Perikanan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

31.

Foto yang manakah yang menunjukkan aktiviti perlombongan.

a)
b)
c)
d)
32.

Sektor sekunder melibatkan kegiatan menukarkan bahan mentah kepada barang siap. Yang manakah yang berkaitan pekerjaan yang berkaitan dengan sektor sekunder?

a)

Guru

b)

Nelayan

c)

Pekerja bank

d)

Pekerja kilang

33.

Gambar di atas dapat dikaitkan dengan sejenis kegiatan ekonomi di Malaysia. Nyatakan kegiatan ekonomi tersebut.

a)

Penternakan

b)

Pelancongan

c)

Perikanan

d)

Pembinaan

34.

Sektor ekonomi yang manakah yang menyumbangkan paling banyak peluang pekerjaan di Malaysia?

a)

Sektor Primer

b)

Sektor Sekunder

c)

Sektor Tertier

35.

Apakah sektor yang dapat dikaitkan dengan institusi di atas?

a)

Pembinaan

b)

Pertanian

c)

Pelancongan

d)

Kewangan

36.

Salah satu peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan ialah ......

a)

nelayan

b)

pensyarah

c)

pekerja kilang

d)

jurutera minyak

37.

Pembuatan roti, kereta dan sarung tangan adalah berkaitan dengan sektor..................

a)

primer

b)

sekunder

c)

tertier

38.

Hidupan liar ialah __________haiwan liar atau burung liar,sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, ___________atau invertebrata,hidup atau mati, matang atau tidak matang dan samada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak.

a)

jenis, mamalia

b)

spesies,vertebrata

c)

jenis, vertebrata

d)

spesies,mamalia

39.

Apakah habitat bagi hidupan liar berikut?

a)

padang terbuka

b)

hutan tropika

c)

pantai berpasir

d)

tanah tinggi

40.

Apakah nama haiwan liar di atas?

a)

orang utan

b)

cimpanzi

c)

monyet belanda

d)

kera

41.

Pada rajah aras trofik berikut X ialah?

a)

Pengguna primer

b)

Pengguna sekunder

c)

Pengguna tertier

d)

Pengeluar

42.

Apakah yang dimaksudkan dengan ekopelancongan

a)

pelancongan yang berasaskan tempat rekreasi

b)

pelancongan yang berasaskan perindustrian

c)

pelancongan yang berasaskan pertanian

d)

pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi

43.

Berikut merupakan kepentingan pendidikan dalam memelihara hidupan liar di Malaysia KECUALI

a)

memberi pelindungan

b)

penyelidikan dan pembangunan (R&D)

c)

kerjaya dalam bidang profesional

d)

melestarikan alam sekitar

44.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan dengan Akta Perhutanan Negara 1984

a)

mewujudkan hutan simpan kekal

b)

hukuman denda dan penjara kepada pesalah yang merosakkan dan mencemarkan sumber alam

c)

mengeluarkan lesen untuk permohonan memburu haiwan

d)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau perkara yang berkaitan dengan air dan kualiti udara, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian impak alam sekitar

45.

Apakah tujuan kempen kesedaran kepentingan hidupan liar di Malaysia?

a)

memberi kesedaran masyarakat

b)

memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat tentang sesuatu isu

c)

mewujudkan semangat cintai akan alam sekitar

d)

memelihara nilai cinta akan alam sekitar

46.

Berikut ialah kesan pembinaan empangan terhadap hidupan liar kecuali?

a)

habitat haiwan liar terancam

b)

keseimbangan ekosistem terjejas

c)

kemusnahan hutan yang besar

d)

menambahkan bilangan spesies haiwan liar

47.

Negara manakah yang terkenal dengan penjanaan sumber tenaga angin?

a)

India

b)

Belanda

c)

Jepun

d)

Amerika Syarikat

48.

Antara berikut, negara manakah yang menjana sumber tenaga geoterma?

a)

Iceland

b)

Perancis

c)

China

d)

India

49.

Sumber tenaga bahan bakar utama yang dikaitkan dengan negara Rusia ialah ...

a)

Biomas

b)

Gas asli

c)

Geoterma

d)

Arang batu

50.

Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup?

a)

Konflik antara wilayah

b)

Nilai mata wang menurun

c)

Eksport negara meningkat

d)

Mudah mendapat pinjaman