WorksheetsUjian Matematik Tingkatan 5 (Ujian 1)
Total questions: 7
Worksheet time: 1hrs 5mins
Bentukkan persamaan kuadratik bagi maklumat berikut :
Panjang sebuah segi empat tepat melebihi lebarnya sebanyak 3 cm. Diberi bahawa luas segi empat tepat itu ialah 130 cm2.
Tentukan punca persamaan kuadratik yang berikut :
(2x+5)(x-3)
Diberi bahawa P berubah secara langsung dengan Q dan P = 32 apabila Q = 8. Ungkapkan P dalam sebutan Q.
Diberi bahawa x berubah secara langsung dengan kuasa tiga y dan secara songsang dengan punca kuasa dua z. Apakah hubungan antara persamaan x, y dan z?
Cari matrik songsang bagi [3 5, -4 -8]
.Puan Tan membeli 3 rim kertas A4 dan 2 rim kertas A3 pada harga RM42 manakala Puan Kamala membeli 2 rim kertas A4 dan 5 rim kertas A3 pada harga RM61. Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga, dalam RM, bagi satu rim kertas A4 dan satu rim kertas A3.
Bentukkan satu persamaan kudratik berdasarkan maklumat :
Hasil tambah dua nombor, x dan y ialah 16. Jumlah kuasa dua bagi nombor-nombor itu ialah 130.
