Font size
WorksheetsKUIZ PENGGUNA BIJAK
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
Pengguna mempunyai hak untuk membaca, meneliti dan mendapatkan maklumat lengkap sesuatu produk sebelum membuat keputusan pembelian.
BETUL
SALAH
Pengguna boleh membuat aduan tentang ketidakpuasan hati terhadap barangan atau perkhidmatan yang dibeli. Berikut merupakan situasi yang membolehkan pengguna mengemukakan aduan kepada KPDNHEP KECUALI
Kenaikan yang melampau harga barangan atau perkhidmatan
Maklumat harga yang mengelirukan
Barangan dicuri di hadapan pasaraya
Resit pembelian tidak dikeluarkan oleh peniaga
Setiap pengguna perlu mengetahui dan menggunakan hak-hak pengguna dalam membuat keputusan pembelian sesuatu barang atau perkhidmatan agar tidak menjadi mangsa peniaga-peniaga yang tidak beretika. Berapakah hak-hak pengguna ?
5
8
10
12
Yang manakah merupakan saluran aduan rasmi KPDNHEP ?
Call centre 1800 886 800
Whatsapp 019-2794317
Aplikasi Ez ADU KPDNHEP
Viral di Twitter
e-aduan@kpdnhep.gov.my
Setiap aduan yang ingin dibuat kepada KPDNHEP, perlulah disertakan bukti yang jelas seperti gambar resit, gambar kedai, nombor akaun, atau lain-lain dokumen yang bersesuaian atau berkaitan bagi memudahkan Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan siasatan lanjut.
BETUL
SALAH
Identiti pengadu adalah rahsia dan akan dirahsiakan. Walaubagaimanapun, bagi melancarkan urusan penyiasatan oleh Pegawai Penguatkuasa, pengadu dikehendaki turut serta ketika siasatan dijalankan.
BETUL
SALAH
Ah Lim telah mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta kerana sakit gigi. Malangnya, doktor di klinik tersebut telah tersalah cabut gigi beliau. Beliau berasa marah & kecewa. Beliau boleh menfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
BETUL
SALAH
Vaani tertarik dengan pelan internet yang ditawarkan oleh telco Masie lalu Vaani melanggan pelan tersebut. Setelah sebulan penggunaan, Vaani terima bil bulanan yang jumlahnya lebih tinggi dan tidak seperti dijanjikan. Vaani telah meminta penjelasan daripada telco Masie tetapi Vaani tidak dilayan dengan baik. Vaani boleh menfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
BETUL
SALAH
Ahmad tidak berpuashati dengan hasil kerja pemaju perumahan yang menjual rumah baru tetapi banyak kecacatan seperti dinding retak, lantai tidak rata, siling bocor, dan sebagainya. Ahmad boleh menfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
BETUL
SALAH
Salah satu hak pengguna adalah hak untuk mendapatkan ganti rugi. Melalui KPDNHEP, apakah badan yang ditubuhkan untuk membolehkan pengguna membuat tuntutan ganti rugi ?
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Mahkamah Tuntutan Kecil
Seksyen Pendayaupayaan Pengguna
Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna, KPDNHEP telah menganjurkan pelbagai program kepenggunaan yang melibatkan pelbagai kategori pengguna. Contoh-contoh program kepenggunaan adalah seperti _____________.
Program Derma Darah
Ceramah kepenggunaan
Pameran kepenggunaan
Program Anak Angkat & Keluarga Bahagia
Cabaran Interaktif Pengguna
Yang manakah merupakan barang kawalan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diberikan subsidi oleh Kerajaan?
Tepung gandum kegunaan am
Bawang besar
Minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram
Gas petroleum cecair (LPG)
Gula kasar
Berapakah tetapan harga minyak masak bungkusan polibeg satu (1) kilogram (kg) yang ditetapkan oleh kerajaan?
RM2.50
RM2.80
RM3.00
RM2.20
(a) dahulunya dikenali sebagai SKUAD PENGGUNA ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.
Berapakah bayaran yang perlu dibuat oleh pengguna apabila menfailkan tuntutan di TTPM ?
RM 5.00
RM 10.00
RM 25.00
RM 50.00
Di negeri Perlis, Hari Tanpa Bag Plastik telah dilaksanakan pada hari ___________.
Sabtu
Ahad
Sabtu atau Ahad
Sabtu dan Ahad
Apabila harga barang ketika diimbas di kaunter bayaran adalah berbeza dengan harga yang dipamerkan di rak, pengguna ______________.
Perlu membayar harga seperti yang diimbas di kaunter bayaran
Perlu membayar harga seperti yang dipamerkan di rak
Perlu membayar harga yang terendah
Perlu membayar harga yang tertinggi
•carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan;
•fungsi untuk mengesan lokasi;
•perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan;
•fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map;
•berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial; dan
•hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.
Nyatakan nama aplikasi yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
(a)
