wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bulan Bahasa Tingkatan 3

Total questions: 50

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Rahman __________ dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh gurunya.

a)

akan

b)

cuba

c)

belum

d)

sedang

2.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menjolok

c)

memetik

d)

menatap

3.

Azman tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia __________

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

gaji buta

4.
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci para penonton kerana __________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
a)
banyak mulut
b)
berat sebelah
c)
angkat kaki
d)
lepas tangan
5.
Perbuatan memberi atau menerima __________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
a)
duit hantaran
b)
duit pecah
c)
duit raya
d)
duit kopi
6.

Linda tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

7.
Annas seperti _________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya
a)
katak di bawah tempurung
b)
ayam disambar helang
c)
kera mendapat bunga
d)
murai tercabut ekor
8.
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya __________ kerana semua nasihatnya tidak diendahkan.
a)
bagai haruan makan anak
b)
bagai kambing dihalau ke air
c)
bagai mencurah air ke daun keladi
d)
bagai melepaskan batuk di tangga
9.

Peribahasa yang manakah menunjukkan tabiat harus dipupuk sejak kecil lagi?

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya

b)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

biar putih tulang, jangan putih mata

10.

Ahmad yang kelaparan itu makan nasi _________ mendengar muzik.

a)

akan

b)

lemak

c)

sambal

d)

sambil

11.

____________, sakitnya pergelangan tanganku ini!

a)

Wah

b)

Aduh

c)

Ah

d)

Aduhai

12.

“Encik Abu, _____________ duduk dahulu,” kata setiausaha kepada Datuk Jaafar.

a)

minta

b)

harap

c)

jangan

d)

sila

13.

Setelah _____________ merantau ke luar negara, akhirnya Encik Amin pulang semalam.

a)

berabad

b)

berabad-abad

c)

berbulan-bulan

d)

berbulan

14.

Alasan yang diberikan oleh Ah Seng itu ___________ munasabah.

a)

bukan

b)

tidak

c)

selalu

d)

memang

15.

Perdana Menteri akan ke istana untuk mengadap Sultan Johor. ____________ turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri.

a)

Baginda

b)

Kalian

c)

Dia

d)

Beliau

16.

Pengemis yang berpakaian _____________ itu dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

a)

compang-camping

b)

kusut-masai

c)

bongkar-bangkir

d)

pontang-panting

17.

Aini menjadi johan _________ pertandingan menyanyi itu.

a)

dalam

b)

di dalam

c)

pada

d)

di

18.

___________ faktor-faktor yang menyebabkan tanah runtuh itu berlaku?

a)

Apa

b)

Mengapa

c)

Bagaimanakah

d)

Apakah

19.

Ruben sentiasa bersikap __________ ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukannya.

a)

rasional

b)

amanah

c)

jujur

d)

logik

20.

Para pekerja di bangunan itu _____________ apabila terdengar akan bunyi siren kecemasan.

a)

gelisah

b)

gerun

c)

cemas

d)

risau

21.

Kita mestilah mempunyai keazaman yang _________ untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

a)

besar

b)

tinggi

c)

kuat

d)

bangga

22.

Kita digalakkan supaya rajin membaca supaya tidak menjadi seperti ___________________

a)

belut pulang ke lumpur

b)

itik pulang petang

c)

ikan pulang ke lubuk

d)

Katak di bawah tempurung

23.

Berikut merupakan kata nama am, kecuali:

a)

Tun Dr. Mahathir

b)

guru

c)

kucing

d)

komputer

24.

Jodi dan Jedi tinggal di kawasan ________ Sabah.

a)

padalaman

b)

pedalaman

c)

pendalaman

25.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

26.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

27.

Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.

a)

beratur

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertingguh

28.

Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.

a)

sejak

b)

kerana

c)

dengan

d)

apabila

29.

Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.

a)

lumpuh

b)

lenguh

c)

lembik

d)

letih

30.

Habis pakaiannya ________ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.

a)

compang-camping

b)

comot-momot

c)

koyak-rabak

d)

serbah-serbih

31.

Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.

a)

sejak di bangku sekolah lagi

b)

sejak bangku sekolah lagi

c)

sejak daripada bangku sekolah lagi

d)

sejak dari bangku sekolah lagi

32.

"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju.

a)

dia

b)

kami

c)

kamu

d)

dikau

33.

Apabila Zakiah sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.

a)

menanak

b)

menjerang

c)

mengukus

d)

merebus

34.

Kerusi itu diperbuat _______________ rotan.

a)

dari

b)

daripada

c)

oleh

d)

dengan

35.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu

a)

sama ada bandar atau desa

b)

sama ada di bandar atau di desa

c)

sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa

d)

sama ada di bandar atau desa

36.

Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.

a)

lalu lintas

b)

jalan raya

c)

suhu panas

d)

ruang udara

37.

Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

terkenang

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

termangu

38.

Suasana di rumah Puan Siti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

39.

Para penonton yang hadir terhibur ________ persembahan kumpulan nasyid itu.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

atas

40.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.


Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.

a)

A dari dua kilometer setengah.

b)

B daripada dua kilometer setengah.

c)

C daripada dua setengah kilometer.

d)

D dari dua setengah kilometer.

41.

Zahidi terpaksa menunggu keputusan _________ selama dua minggu sebelum dapat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

a)

temubual

b)

temuduga

c)

temu bual

d)

temu duga

42.

Semasa melanjutkan pelajaran di Ireland, pelajar perubatan itu sering berasa rindu ___________ keluarganya di kampung.

a)

akan

b)

pada

c)

dengan

d)

terhadap

43.

Sistem pendidikan pada hari ini amat menekankan kreativiti bagi melahirkan murid-murid yang memiliki ______ yang tinggi untuk menghasilkan inovasi.

a)

daya cipta

b)

daya saing

c)

daya upaya

d)

daya tenaga

44.

Joseph dan rakan-rakannya menggantung beberapa ________ mercun di sepanjang jalan untuk dibakar pada malam tahun baharu nanti.

a)

untai

b)

pucuk

c)

rawan

d)

papan

45.

Lesen memandu kereta hanya boleh diambil _______ genap umur 17 tahun.

a)

pada

b)

ketika

c)

semasa

d)

apabila

46.

 Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.

a)

ulas

b)

biji

c)

buah

d)

urat

47.

Mereka telah ______________ sebuah tarian yang menarik pada Hari Guru.

a)

membenarkan

b)

mempersembahkan

c)

membina

d)

menari

48.

Mak Cik Sopiah ___________ ayam untuk dimakan bersama ahli keluarga.

a)

memanggang

b)

menggoreng

c)

mengukus

d)

membakar

49.
Cendol pulut Pak Hassan ___________ sehingga terkenal di pekan ini.
a)
sungguh enak sekali
b)
nian enak
c)
sekali enak
d)
betul enak
50.

Semasa menaiki pesawat ke Sabah, adik tidak henti-henti berbual-bual kerana adik

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan