NEW
Font size
WorksheetsSIMPULAN BAHASA T1
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
2 Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami ______ terhadapnya.
A kaki wayang
B bidan terjun
C orang gaji
D tali barut
3 Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanti mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.
A senyum simpul
B bawa mulut
C tajam akal
D beri muka
4 Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.
A bendera putih
B buku lima
C putih mata
D duit kopi
5 Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.
A tulang belakang
B mata keranjang
C teman hidup
D orang dalam
6 Malisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan ______ untuk menambahkan pengetahuan pembacanya.
A lidah bercabang
B lidah pendeta
C lidah biawak
D lintah darat
7 Aku akan membalas dendam atas perbuatannya terhadap keluarga aku kerana ______ mesti dibayar darah.
A hutang darah
B bunga dedap
C hangat hati
D salah urat
8 Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke negeri ______.
A paku Belanda
B bawah angin
C makan angin
D orang halus
9 Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
A gila bayang
B habis bulan
C otak udang
D paku mati
10 Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan haji pada tahun hadapan.
A kambing hitam
B bintang terang
C lidah pendeta
D kata putus
11 Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
A nyawa-nyawa ikan
B tidur-tidur ayam
C gila-gila bahasa
D tua-tau keladi
12 Walapun mata anak perempuan Mak jah ______, tetapi wajah mereka sangat cantik.
A rabun ayam
B lintah darat
C bintang terang
D juling air
13 Rumah Imam Sahak menjadi pusat ______ berkumpul untuk belajar agama pada setiap hujung minggu.
A hilang semangat
B saudara baru
C bunga dedap
D ibu kandung
14 Artis wanita yang popular itu menerima _______ sebanyak RM 20 000 daripada suaminya.
A wang hantaran
B wang hangus
C wang muka
D wang kopi
15 Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.
A cuci mata
B lintah darat
C cepat tangan
D rabun ayam
16 Setelah penat bekerja, Silva ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.
A berat tulang
B ambil angin
C ambil berat
D gerak hati
17 Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.
A nyawa-nyawa ikan
B tidur-tidur ayam
C ajak-ajak ayam
D tua-tua keladi
18 Kamisah menemui _____ dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangannya.
A lidang bercabang
B untung sabut
C jalan tengah
D jalan buntu
19 Ingatlah pesan ibu supaya menjaga _____ walau di mana sahaja kamu berada.
A kampung halaman
B kera sumbang
C lidah pendeta
D harga diri
20 Cikgu Besah memandang kami yang datang lewat ke kelasnya dengan _____ sahaja.
A gerak badan
B ekor mata
C beri muka
D ada angin
21 “Tolonglah beredar dari tempat kami ______ ini'” rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap yang mengganggu mereka.
A mandi kerbau
B cepat tangan
C cari makan
D main mata
22 Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
A langkah tangan
B kepala angin
C telinga nipis
D air muka
23 Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
A buah tangan
B buah mulut
C buah pena
D buah hati
24 Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan seorang pengadil yang jatuh sakit dalam pertandingan syarahan itu.
A bongkok udang
B adik kandung
C besar kepala
D bidan terjun
25 Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu ______ daripada kita.
A makan garam
B makan angin
C kaki bangku
D kaki lima
26 Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak berani keluar pada waktu malam lagi.
A kusut fikiran
B lintah darat
C kutu embun
D kaki ayam
27 Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar ______ sahaja.
A hangat-hangat tahi ayam
B tidur-tidur ayam
C ajak-ajak ayam
D rabun ayam
28 Ziana ______ sehingga sanggup menghalau ibunya dari rumah.
A hidung belang
B buta hati
C telinga kuali
D buta huruf
29 Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan kami yang dianggapnya tidak setaraf dengannya.
A mulut tempayan
B hidung belang
C hidung tinggi
D telinga kuali
30 Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya sahaja.
A lupa daratan
B gulungan tikar
C pisau cukur
D ambil berat
31 Pengunjung yang berkelah di tepi sungai itu terkejut dengan kehadiran beberapa ekor _____ yang tenggelam timbul di permukaan sungai.
A harimau berantai
B buaya tembaga
C bunga dedap
D buaya darat
32 Semua _______ memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melayan penumpang dengan ramah.
A mulut tempayan
B anak angkat
C mulut murai
D anak kapal
33 Oleh sebab Malek ______, maka dia hanya menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di padang sekolahnya.
A kaki bangku
B telinga kuali
C mulut murai
D kaki judi
34 Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek kerana dia amat mudah ______jika kita bersalah cakap.
A mabuk darah
B keras kepala
C pekak badak
D kecil hati
35 Jejaka yang _____ itu sememangnya kacak dan berjaya mencuri hati ramai anak gadis di syarikatanya.
A lidah bercabang
B bongkok sabut
C langkah kanan
D kera sumbang
36 Johan sering terkenangkan akan ______nya yang sudah lama ditinggalkan sejak dia berhijrah ke luar negara.
A kampung halaman
B senyum kambing
C kambing hitam
D lintah darat
37 Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak _______
A delima merekah
B tangaki jering
C senyum kambing
D kaki botol
38 Saya membayar ________ sebanyak sepuluh peratus daripada harga kereta yang hendak dibeli.
A wnag hangus
B wang muka
C darah putih
D emas putih
39 “Cermin mata ini sesuai dengan bentuk muka puan yang ______ dan putih melepak,” kata jurujual itu kepada Puan Lorina.
A hidung tinggi
B cakar ayam
C bujur sirih
D tahi lalat
40 Lelaki ayng ______ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas isterinya.
A gila-gila bahasa
B gila bayang
C buah hati
D jatuh hati
41 Anak gadia Pak Jenal memang jelita ddan manis, apatah lagi ditambah dengan _____ di tepi bibirnya yang comel itu.
A telinga kuali
B mulut murai
C mata petai
D tahi lalat
42 Ramesh budak yang _____ kerana tidak mahu langsung mendengar nasihat orang lain.
A khabar angin
B kepala batu
C geli hati
D buah hati
43 Amran _______ apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk memalsukan dokumen itu.
A langkah kiri
B langkah kanan
C gelap mata
D mata petai
44 kejayaan atlet Paralimpik berjaya ________ banyak pihak yang selama ini memandang rendah keupayaan mereka.
A membuka tembelang
B membuka mulut
C membuka mata
D memberi muka
45 Muka pencuri itu seperti _____ apabila terserempak dengan dua orang anggota polis yang meronda di situ.
A bulan kesiangan
B mulut tempayan
C lidah kambing
D kambing hitam
46 Jamal terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung hutang yang _______
A sehelai sepinggang
B keliling pinggang
C dalam tangan
D kusut fikiran
47 Nani berasa lega setelah meluahkan _______nya pada guru kaunseling di sekolah.
A buah hati
B jatuh hati
C isi hati
D iri hati
48 Peserta larian desa itu masih meneruskan larian walaupun ______ mulai turun.
A embun jantan
B emas putih
C delima merekah
D durian runtuh
49 “Puan Siti, saya _______ dahulu kerana hari pun sudah lewat petang,” kata Puan Jaya.
A hilang semangat
B pasang badan
C cakap besar
D minta diri
50 Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama ini, yang menyebabkan syarikat kita jatuh muflis.
A musuh dalam selimut
B Nujum Pak Belalang
C nyawa-nyawa ikan
D jinak-jinak merpati
1 Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
A kaki wayang
B bidan terjun
C orang gaji
D tali barut
