wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM TINGKATAN 4 BAB 9

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang mengetuai rundingan kemerdekaan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 217)

a)

H. S. Lee

b)

Dato Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

2.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut? (Buku teks m/s 217)

a)

Menjimatkan kos perjalanan

b)

Peluang untuk melawat Pakistan

c)

Menggunakan masa perjalanan untuk berbincang

d)

Tiada kemudahan kapal terbang

3.

Perwakilan Tanah Melayu di rundingan kemerdekaan menuntut agar tarikh kemerdekaan Tanah Melayu adalah tidak lewat dari

(Buku teks m/s 218)

a)

18 Januari 1956

b)

6 Februari 1956

c)

31 Ogos 1957

d)

8 Februari 1956

4.

Gambar di atas menunjukkan peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan. Di manakah peristiwa tersebut berlangsung

(Buku teks m/s 219)

a)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Padang Banda Hilir, Melaka

c)

Lapangan Terbang Batu Berendam

d)

Kepala Batas, Pulau Pinang

5.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai (Buku teks m/s 220)

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya Pilihan Raya

6.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan jawatan______________ sebagai ketua negara.

(Buku teks m/s 220)

a)

Perdana Menteri

b)

Presiden

c)

Yang di-Pertuan Besar

d)

Sultan

7.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 220)

I. Mewujudkan dua bentuk kewarganegaraan

II. Kerajaan negeri lebih berkuasa daripada kerajaan pusat

III. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu

IV. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 221)

I. Tunku Abdul Rahman

II. Lord Reid

III. Hakim B. Malik

IV. V. T. Sambanthan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Mengikut memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Ketua Negara dikenali sebagai

(Buku teks m/s 222)

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Gabenor

d)

Yang di-pertuan Agong

10.

Berdasarkan memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan untuk tempoh

(Buku teks m/s 222)

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

8 tahun

d)

10 tahun

11.

Draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merangkumi (Buku teks m/s 222)

I. Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

II. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

III. Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh

IV. Menjaga kepentingan sah kaum lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Negara dan _____________

(Buku teks m/s 222)

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Dewan Rakyat

d)

Dewan Siswa

13.

Reaksi UMNO dan PAS terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah bahawa bahasa ______________ perlu dijadikan bahasa rasmi.

(Buku teks m/s 223)

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Inggeris dan Melayu

d)

Melayu dan Mandarin

14.

Sebahagian pertubuhan masyarakat Cina berpendapat bahawa bahasa ____________ dijadikan bahasa kebangsaan.

(Buku teks m/s 223)

a)

Hokkien

b)

Inggeris

c)

Mandarin

d)

Hakka

15.

Inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menyatakan bahawa pemilihan Yang di-Pertuan Agong akan dilakukan setiap

(Buku teks m/s 224)

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

16.

Antara berikut yang manakah benar mengena Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

(Buku teks m/s 225)

I. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan

II. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

III. Agama Islam sebagai agama persekutuan

IV. Kewarganegaraan diberi dengan dua cara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Kecuali

a)

Kewarganegaraan

b)

Pengamalan Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen

c)

Kedudukan Bahasa Melayu

d)

Pemansuhan Sistem Ahli

18.

Berikut merupakan reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

a)

Bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat

b)

Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa Melayu

c)

Sekolah Venakular diteruskan

d)

Hak masyarakat Serani dipertahankan

19.

▪ Penguatkuasaan Undang-Undang

▪ Memohondidaftarkan sebagai rakyat

▪ X


Pernyataan diatas merujuk kepada jenis kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan 1957. Apakah X?

a)

Jus Soli

b)

Perkenan Raja-Raja Melayu

c)

Naturalisasi

d)

Kelulusan Dewan Undangan Negeri

20.

Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melaksanakan tugas merangka perlembagaan negara yang merdeka?

a)

Mengkaji cadangan oleh pelbagai pihak

b)

Mengubah suai undang-undang adat

c)

Mendengar nasihat Majlis Raja-raja

21.

Apakah kesitimewaan yang diperolehi orang melayu di negara ini?

a)

Lesen perniagaan

b)

Biasiswa pendidikan

c)

Kebebasan bersuara

d)

Jaminan keselamatan

22.

Perlembagaan PTM 1957 digubal berasaskan kepada Perjanjian yang ditandatangani sebelum itu. Apakah perjanjian tersebut?

a)

Draf Perlembagaan Reid

b)

Perjanjian PTM 1948

c)

Perlembagaan rakyat

d)

Majlis Perundangan Persekutuan 1955

23.

Siapakah yang layak mendapat kewarganegaraan secara penguatkuasaan undang-undang dalam perlembagaan Persekutuan 1957?

a)

Lahir di Tanah melayu dan memiliki pekerjaan tetap

b)

Lahir di Tanah melayu pada hari atau selepas merdeka

c)

Bermastautin di Tanah Melayu lebih daripada 15 tahun

d)

Orang yang berjaya melupakan negara asalnya

24.

Berapakah tempoh masa seorang raja boleh dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong?

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

Selagi mendapat kepercayaan

25.

Dalam Perjanjian Persekutuan 1957, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan . Apakah alasan munasabah negara kita memerlukan bahasa kebangsaan?

a)

Meneruskan warisan tradisi

b)

Mengiktirafkan orang Melayu

c)

Alat memupuk perpaduan

26.

Perjanjian Persekutuan telah memastikan kedudukan istimewa orang Melayu terjamin dalam perlembagaan negara. mengapakah orang Melayu diberikan keistimewaan tersebut?

a)

Rakyat asal negara

b)

Tuntutan parti UMNO

c)

Pejuang Kemerdekaan negara

d)

Permintaan Yang Di-Pertuan Agong

27.

Apakah tujuan Suruhanjaya Reid dibentuk?

a)

Menyusun perlembagaan

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Merundingkan kemerdekaan

d)

Membentuk pendidikan kebangsaan

28.

Pernyatan berikut yang manakah Terma Rujukan yang diberikan kepada Suruhanjaya PErlembagaan PTM?

a)

Melindungi kuasa mutlak Raja Melayu

b)

Menjaga keistimewaan orang Melayu

c)

Pemusatan kuasa kepada kerajaan pusat

29.

Antara berikut, Siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Lord Reid

c)

Hakim B.Malik

d)

V.T.Sambathan

30.

Apakah perkara yang terkandung dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

b)

Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mmepunyai autonomi tertentu

c)

Pelaksanaan Pilihan Raya Persekutuan

d)

Kewarganegaraan masyarakat Cina dan India.

31.

Berikut merupakan perkara yang terkandung dalam memorandum daripada parti politik dan parti awam, kecuali

a)

Masyarakat Cina menuntut hak mereka

b)

Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan soal kewarganegaraan

c)

Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan

d)

Raja-Raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

32.

Apakah isu hangat dalam memorandum bertulis dalam penetapan perlembagaan PTM 1957?

a)

Agama Islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Bahasa Kebangsaan

d)

Raja Berperlembagaan

33.

Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada kejayaan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

a)

. Kebijaksaan

b)

Permuafakatan

c)

Toleransi

d)

Patriotisme

34.

Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman bersama pemimpin parti Perikatan sekali lagi ke London untuk berbincang dengan British. Apakah perkara yang dibincang?

a)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

b)

Mengisytiharkan kemerdekaan

c)

Melakukan pindaan draf perlembagaan

d)

Mengemukakan bantahan isu kewarganegaraan

35.

Pertubuhan MCA menyerahkan memorandum berkaitan bahasa dan pendidikan. Apakah permintaan parti tersebut?

a)

Sekolah vernakular diteruskan

b)

Bahasa mandarin bahasa utama sekolah

c)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa wajib dipelajari

d)

Sekolah aliran bahasa Inggeris dimansuhkan