wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKM BUKU 9 BAB 21: Gereja Melayani Orang Miskin dan Ditindas

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Frederik Ozanam (1813 - 1853) telah mengubah undang-undang supaya wujud keadaan yang lebih adil kepada ____________.

a)

A. Para kaum ibu yang kematian suami

b)

B. Anak-anak muda yang tiada persekolahan

c)

C. Orang-orang miskin

2.

2. Frederik Ozanam mendapat Perisytiharan Gereja dengan memperolehi kedudukan ‘berbahagia’ di syurga (Beatified) oleh Paus Yohanes Paulus I.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

3.

3. Perkumpulan Santo Vinsensius de Paul (St Vincent de Paul) wujud di kebanyakan Paroki di merata dunia termasuklah Malaysia di mana kebanyakan anggota perkumpulan ini adalah terdiri daripada _____________.

a)

A. Para Biarawati (religious Sisters)

b)

B. Umat awam

c)

C. Para Biarawan (religious Monks)

4.

4. Gereja melayani orang miskin dan yang tertindas melalui perkara berikut:

i. Kerja Amal

ii. Hak Asasi Manusia dan Sosial

iii. Ajaran Sosial Gereja

iv. Keutamaan terhadap orang miskin

a)

A. i & ii

b)

B. i, ii dan iii

c)

C. I, ii, iii dan iv.

d)

D. iii sahaja

5.

5. Gereja bersuara dan menentang sebarang undang-undang atau struktur yang bersifat diskriminasi atau menindas orang berdasarkan jantina, kaum, agama, warganegara, atau disebabkan latar belakang sosial, budaya dan ekonomi mereka.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

6.

6. Gereja percaya bahawa semua manusia adalah anak-anak Allah, tapi kadangkala tidak semua layak diperlakukan dengan adil dan dengan hormat.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

7.

7. Apakah objektif Ajaran Sosial Gereja?

a)

A. Membantu memahami bagaimana kita dipanggil untuk berusaha membangunkan dunia supaya lebih adil dan baik

b)

B. Menyuruh umat manusia untuk sentiasa saling bergotong royong untuk menyiapkan sesuatu

c)

C. Menyedarkan umat katolik tentang panggilan dan misi Gereja di dunia khususnya mendirikan lebih banyak gereja.

8.

8. Surat Yakobus 2:1-6 menyatakan bahawa kita tidak harus

a)

A. Menghormati mereka yang kaya sahaja tetapi juga mereka yang miskin juga.

b)

B. Membeza-bezakan layanan terhadap yang miskin dan yang kaya.

c)

C. Mengasihani hanya yang miskin sahaja tetapi juga orang kaya

9.

9. “Demikian juga halnya dengan iman: Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakikatnya adalah ___________ ” Ayat ini dipetik dari Yakobus 2:17

a)

A. setakat di akal bukan di hati

b)

B. kosong

c)

C. mati

10.

10. Apakah antara cabaran Rumah-rumah amal yang dikendalikan oleh organisasi-organisasi Katolik?

a)

A. Kekurangan dana untuk pengurusan operasi

b)

B. Kekurangan penghuni yang ingin masuk

c)

C. Kekurangan iman para sukarelawan dan pekerja

11.

11. Gereja perlu menumpukan perhatian kepada hal-hal kerohanian atau keagamaan dan bukannya terlibat dalam isu-isu sosial.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

12.

12. Apakah cara terbaik dalam membantu golongan miskin dan menderita?

a)

A. Menghantar makanan setiap minggu dan bukan sekadar setiap hari sahaja.

b)

B. Memberi bantuan makanan untuk sementara sahaja tetapi menumpukan mereka kepada sifat lebih berdikari.

c)

C. Tiada siapa pun bebas dari kesusahan, biarlah semua belajar menangani hal-hal masing-masing.

13.

13. ‘Beatifikasi’ bermaksud Perisytiharan Gereja bahawa seseorang tertentu telah memperolehi kedudukan ‘berbahagia’ di Syurga dan dipanggil Santo

a)

A. Betul

b)

B. Salah

14.

14. Seseorang yang telah dibeatifikasi boleh dipanggil sebagai Santo.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

15.

15. Misi Gereja bukan hanya menghulurkan wang, makanan atau keperluan lain kepada orang miskin dan serba kekurangan tetapi juga untuk membantu berkembang dalam aspek kehidupan: Fizikal, Ekonomi, Sosial, Budaya, Pengetahuan dan lain-lain.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

16.

16. KGK 1946: Perbezaan-perbezaan antara manusia termasuk maksud Allah, yang menghendaki bahawa kita saling memerlukan. Perbedaan itu harus meningkatkan kasih Kristiani.

Pernyataan di atas bermaksud seperti berikut kecuali:

a)

A. Janganlah kita membeza-bezakan diri kita dengan orang lain.

b)

B. Kita harus ada perasaan ingin saling membantu antara satu sama lain dalam kesenangan atau kesukaran

c)

C. Kita diciptakan berbeza namun kita perlu faham memang itu tujuan Tuhan.

17.

17. Allah memberikan manusia talenta yang berbeza-beza supaya kita saling ___________ satu sama lain.

a)

A. Mendorong

b)

B. Bersyukur

c)

C. Melengkapi

18.

18. Dalam cinta kasih, seseorang harus dapat melengkapi apa yang tidak dapat dimiliki oleh yang lain

a)

A. Betul

b)

B. Salah

19.

19. “Kasihilah orang miskin, dan jangan membalikkan punggungmu dari mereka kerana jika engkau mengabaikan mereka, engkau mengabaikan Kristus.” Kata-kata ini asalnya dari

a)

A. Santo Augustine Hippo

b)

B. Frederick Ozanam

c)

C. Mother Teresa Kalkuta

20.

20. "Sesiapa yang mempunyai dua helai baju, harus memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai baju; dan sesiapa yang mempunyai makanan harus berkongsi makanan dengan yang berkekurangan" adalah ayat-ayat dari

a)

A. Matius 3:11

b)

B. Markus 3:11

c)

C. Lukas 3:11