Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji tasawwur Islam T4

Total questions: 57

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep Sistem Sosial Islam

a)

Sistem yang ada cara manusia berhubung

b)

Sistem yang menjadi panduan berkaitan cara manusia berhubung dengan makhluk lain

c)

Sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu sama lain

d)

Sistem manusia yang memberi panduan berkaitan cara manusia tidak berhubung antara satu sama lain

2.

Senaraikan sumber utama sistem sosial Islam

a)

AL Quran

b)

Al Quran dan Al -Sunnah

c)

Al Quran , Al -Sunnah dan Al Ijmak

d)

Al Quran , Al -Sunnah , Al Ijmak dan Al Qias

3.

Berdasarkan ayat al Quran di atas pilih yang manakah matlamat Sistem Sosial Islam.

a)

Mencari Keredaan manusia

b)

Melaksanakan tugas sebagai manusia

c)

Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya

d)

Mencapai kesejahteraan dan keharmoniaan hidup di dunia

4.

Agama mengajar umat Islam agar sentiasa beradab dan beretika. Pilih manakah adab dan etika yang betul

i- Berpandukan Al Quran

ii- Menghormati kepelbagaian budaya dan adat resam

iii- Mengamalkan akhlak mulia pada masa-masa tertentu

iv- Mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan individu

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i dan iv

d)

ii dan iv

5.

Lengkapkan maksud adab di bawah

Tingkah laku yang (a)   berbudi bahasa ,pekerti halus dan mulia.

6.

Lengkapkan maksud etika di bawah..

Prinsip (a)   atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia

7.

Berdasarkan gambar apakah sifat mahmudah lain yang perlu ada dalam pergaulan

a)

Sayang menyayangi ahli keluarga sahaja

b)

Menolong orang lain apabila perlu sahaja

c)

Membantu orang lain yang lebih memerlukan dari diri sendiri

d)

memberi makanan hanya kepada haiwan

8.

Islam amat mementingkan aspek hak asasi manusia.Senaraikan hak asasi tersebut

i- Kebebasan Beragama

ii-Kebebasan Bersuara dan______

a)

Nyawa tidak dilindungi

b)

Kehormatan Diri

c)

Harta individu adalah milik semua orang

d)

tiada jaminan keamanan dan keselamatan

9.

Berikut ialah matlamat hukum jenayah Islam kecuali

a)

Untuk melindungi individu daripada jenayah yang berlaku

b)

Untuk menginsafkan penjenayah

c)

Untuk membersihkan dosa penjenayah

d)

Untuk menyelamatkan penjenayah daripada siksaan di akhirat

10.

Antara keistimewaan Sistem Sosial Islam ialah .....

a)

Bersumberkan pendapat manusia

b)

Menjaga Hak Asasi Haiwan

c)

Menjadikan keluarga sebagai asas mayarakat sejahtera

d)

Membangunkan modal harta manusia

11.

Matlamat institusi kekeluargaan Islam ialah ...

a)

Mengurus hal ehwal rumah tangga seperti menjaga harta dengan baik

b)

Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan pernikahan yang sah

c)

Terdiri daripada suami, isteri dan anak - anak

d)

Menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal

12.

Untuk mewujudkan keluarga yang memenuhi kehendak Islam, setiap ahli keluarga perlu ..... secara positif.

a)

Berkomunikasi

b)

Bercakap

c)

Berperanan

d)

Bertingkahlaku

13.

Ciri - ciri kekeluargaan Islam dibina atas dasar .... kepada Allah SWT

a)

Keberanian

b)

Perintah

c)

ketakutan

d)

Ketaatan

14.

Membina ahli keluarga yang terdidik dengan nilai - nilai Islam merupakan ....

a)

Matlamat institusi kekeluargaan Islam

b)

Peranan bersama suami isteri

c)

Nilai pembinaan keluarga Islam

d)

Kepentingan pembinaan keluarga

15.

Antara ciri -ciri kekeluargaan Islam adalah seperti berikut, kecuali ...

a)

Sentiasa berkomunikasi secara positif

b)

Melaksanakan peranan dan tanggungjawab

c)

Menjamin keutuhan sosial dan ekonomi

d)

Sentiasa memberi sokongan diantara satu sama lain

16.

Berikut merupakan kepentingan menunaikan tanggungjawabantara suami dan isteri kecuali ...

a)

Melaksanakan keadilan kepada suami, isteri dan anak - anak

b)

Mewujudkan ketaatan isteri kepada suami

c)

Memastikan keharmonian keluarga

d)

memberi kebebasan keapda isteri untuk mencari nafkah

17.

Suami, isteri, dua orang saksi, wali dan akad (Ijab dan Qabul) merupakan ...

a)

Syarat wajib nikah

b)

Rukun dan syarat perkahwinan

c)

Syarat sah nikah

d)

Rukun nikah

18.

Antara berikut, manakan yang dimaksudkan dengan konsep kekeluargaan Islam ?

a)

Perkahwinan atas dasar ketaatan kepada Allah SWT

b)

Perkahwinan bertujuan untuk memiliki harta

c)

Menyamaratakan taraf kedudukan antara suami dan isteri

d)

mengeratkan hubungan percintaan sebelum berkahwin

19.

Keluarga Islam yang diberkati dibina dengan sentiasa mengamalkan ........... mulia dan contoh teladan yang baik.

a)

Akhlak

b)

Perbuatan

c)

Sikap

d)

Percakapan

20.

Sentiasa menjauhi perbuatan mungkar serta berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan peranan kepada .....

a)

Guru

b)

Ibu

c)

Bapa

d)

Anak

21.

Sistem ini mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu sama lain.

a)

Sistem Sosial Islam

b)

Sistem Pergaulan Islam

22.

Berikut ialah sumber utama Sistem Sosial Islam kecuali

a)

Al-Quran

b)

Al-Sunnah

c)

Al-Qias

d)

Al-Jamaah

23.

Kalam Allah SWT yang diturunkan melalui malaikat Jibrail a.s. kepada Rasulullah SAW untuk diamalkan dan disampaikan kepada umat manusia.

a)

Al-Sunnah

b)

Al-Quran

24.

Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nasnya dengan sesuatu hukum yang ada nasnya disebabkan adanya persamaan illah (sebab) hukum.

a)

Al-Qias

b)

Al-Ijmak

25.

Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum syarak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

a)

Al-Ijmak

b)

Al-Qias

26.

Segala perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat fizikal atau akhlak.

a)

Al- Sunnah

b)

Al-Qias

27.

Yang manakah berikut adalah benar tentang matlamat Sistem Sosial Islam?

a)

Mendapatkan keredhaan Allah SWT

b)

Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya

c)

Menafikan tugas sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan alam.

d)

Menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

28.

Etika ialah tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang halus dan mulia seseorang individu.

a)

BETUL

b)

SALAH

29.

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

etika

b)

adab

c)

pekerti

30.

Berikut adalah adab dan etika berdasarkan Sistem Sosial Islam kecuali

a)

Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah

b)

Mengamalkan akhlak mulia pada setiap masa

c)

Perhubungan atas dasar kebendaan dan kemasyhuran

d)

Menghormati kepelbagaian budaya dan adat resam

31.

Mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan individu adalah adab dan etika Sistem Sosial Islam.

a)

BETUL

b)

SALAH

32.

____________ ialah tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang halus dan mulia.

a)

Adab

b)

Etika

c)

Pergaulan

33.

Yang manakah merupakan adab dan etika berdasarkan sistem sosial Islam

a)

Berpandukan al-quran dan as-sunnah

b)

Mementingkan keperluan peribadi

c)

Mengamalkan akhlak mulia kepada orang Islam sahaja

d)

Menghormati kepelbagaian budaya dan adat resam

e)

Perhubungan berdasarkan keimanan dan ketakwaan

34.

Yang manakah bukan Hak Asasi yang dijamin Islam dalan sistem sosial Islam

a)

Hak persamaan jantina

b)

Hak beragama

c)

Hak kebebasan bersuara

d)

Hak memelihara kehormatan diri

35.

Islam menganjurkan agar manusia berusaha mencari rezeki bagi meningkatkan taraf hidup. Ini bermakna Islam menjamin hak_______________dalam Sistem Sosial Islam

a)

Hak bersuara

b)

Hak kebebasan beragama

c)

Hak memelihara nyawa

d)

Hak pemilikan harta

36.

Konsep hiburan dalam Islam ialah

a)

Mengagungkan Allah SWT

b)

Memuaskan keinginan

c)

Berhibur untuk melupakan masalah

d)

Menangguhkan ibadat

37.

Adab dan etika dalam berhibur

a)

Hiburan yang boleh meningkatkan keimanan

b)

Tiada unsur yang merosakkan akidah dan maksiat

c)

Memuja artis yang disukai

d)

Boleh melewatkan ibadat solat mengikut waktu yang sesuai

38.

berikut BUKAN merupakan kepentingan menjaga adab ketika berhibur

a)

Meningkatkan keimanan

b)

Menjaga akhlak selari dengan nilai Islam

c)

Kebebasan sesuka hati

d)

Mengetahui batasan ketika berhibur

39.

Islam membenarkan hiburan asalkan tidak melanggar batas (a)   .

40.

Antara manfaat berhibur adalah untuk dapat (a)   fikiran.

41.

Hiburan tanpa batasan akan merosakkan (a)   .

42.

Antara hiburan yang boleh menyihatkan fizikal seseorang ialah (a)   .

43.

Adab yang mesti dipatuhi apabila terdapat percampuran lelaki dan perempuan dalam sesuatu majlis adalah (a)   aurat.

44.

Dalam hiburan _________, lirik lagu yang kita nyanyikan hendaklah tidak bercanggah dengan hukum syarak.

a)

tarian

b)

novel

c)

sukan

d)

nyanyian

45.

Hiburan yang melampau dan melalaikan mestilah

a)

dijauhi

b)

disokong

c)

dicuba

d)

disebarkan

46.

Hiburan yang berunsurkan maksiat hendaklah dijauhi kerana ia (a)   .

47.

Hiburan yang digemari remaja masa kini tetapi boleh merosakkan.

a)

Nasyid

b)

K-pop

c)

Tarian zapin

d)

Novel

48.

Konsep Keseniaan Islam ialah : Aktiviti seni atau karya yang dicipta dengan menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan _____________ yang menepati syarak

a)

kegembiraan

b)

kesantunan

c)

kebaikan

d)

kehalusan

49.

Firman Allah SWT dalam ayat 60 Surah An Naml menceritakan tentang................. ciptaan Allah SWT

a)

Kehebatan agung

b)

Keagungan seni

c)

keindahan alam

d)

keunikan

50.

Berikut ialah konsep Keseniaan Islam

i-mengagungkan Allah SWT

ii-Berteraskan Syriat Islam

iii-Meliputi ibadah dan Akhlak

iv-Bersifat menyeluruh

a)

i , ii dan iii

b)

i , ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i ,iii dan iv

51.

Berikut ialah adab dan etika Keseniaan menurut Islam

i- Menghasilkan keseniaan yang boleh meningkatkan keimanan

ii- Hasil seni yang bercanggah dengan syarak

iii-Keseniaan yang berterasakan nilai akhlak Islam

iv-Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika berkarya

a)

i ii dan iii

b)

i ii dan iv

c)

ii ,iii dan iv

d)

i iii dan iv

52.

Definisi seni berasal daripada perkataan latin : kemahiran, cara ,kaedah. dalam peradaban Islam Mohd Bakhir Hj Abdullah ( 2007) menjelaskan seni ialah menifestasi daripada perasaan dan fikiran dengan berbagai cara dan bentuk . kecuali.....

a)

sastera

b)

lagu

c)

ukiran/ binaan

d)

idea

53.

Tiga asas utama KESENIAAN ISLAM ialah

a)

Aqidah , Syariat dan Akhlak

b)

Akidah , ibadah dan muamalat

c)

Akidah, ibadah dan akhlak

d)

Akidah ,muamalah dan akhlak

54.

Jelaskan kepentingan adab dan etika keseniaan menurut Islam

a)

Mengakui dan menyakini kekuasaan Allah SWT Yang Maha berkuasa lagi Maha Menciptakan.

b)

Mempamerkan kecemerlangan budaya umat Islam

c)

Memberi panduan dalam menghasilkan seni yang menepati kreativiti manusia

d)

Memenuhi fitrah manusia yang menyukai keindahan

55.

Apakah maksud ESTETIKA

a)

Cabang ilmu yang mengkaji konsep berkaitan keindahan cita rasa dan lain-lain

b)

Cabang seni yang mengkaji konsep berkaitan keindahan cita rasa dan lain-lain

c)

Cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan cita rasa dan lain-lain

d)

Cabang kemahiran yang mengkaji konsep berkaitan keindahan cita rasa dan lain-lain

56.

Lengkapkan pandangan Ibnu khaldun tentang keseniaan

Seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika ,etika dan ________

a)

ilmu

b)

seni

c)

logik

d)

nilai murni

57.

Kbat Analisis

Abdullah mempunyai bakat seni melukis yang hebat.Beliau mendapat banyak tempahan melukis potret wanita ( 4m)

a)

Abdullah menghasilkan karya seni mengikut permintaan peminat

b)

Abdullah menghasilkan karya seni mengikut permintaan peminat berdasarkan syariat Islam

c)

Abdullah menghasilkan karya seni mengikut permintaan peminat berdasarkan syariat Islam .Beliau akan melukis potret yang wanita menutup aurat .

d)

Abdullah menghasilkan karya seni mengikut permintaan peminat berdasarkan syariat Islam .Beliau akan melukis potret yang wanita menutup aurat .Kesimpulannya Abdullah dapat menghasilkan pendapatan yang berkat dan diredhai Allah kerana mematuhi syariat ketika berkarya.