NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU 4
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Para pengunjung dapat melihat pameran haiwan dan tumbuhan _________ semasa berkunjung ke Pusat Sains Negara.
prasekolah
prakata
pratonton
prasejarah
Sungai itu _______ akibat musim kemarau yang melanda kawasan tersebut.
kering-kontang
kontang-kanting
compang-camping
bengkang-bengkok
Pihak penganjur sambutan hari keluarga itu menyediakan beberapa _______ hamper untuk acara cabutan bertuah.
bungkus
bentuk
kotak
ikat
Kai Man hanya duduk di bawah pokok itu, sedangkan rakan-rakannya sedang membersihkan taman sains.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
ringan tulang
cepat tangan
berat tulang
kaki bangku
Suasana di sawah padi pada waktu pagi sungguh aman.
Pilih perkataan sinonim bagi aman.
cerah
indah
damai
nyaman
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dapat merapatkan hubungan dalam kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Apakah kebaikan mengadakan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina ?
Bilakah majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina akan diadakan ?
Siapakah yang menganjurkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu ?
Di manakah majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu akan diadakan?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Jannah dan Zhe Jun akan mendeklamasikan sajak semasa sambutan Hari Kebangsaan sekolah.
Sajak sambutan Hari Kebangsaan sekolah akan dideklamasikan semasa Jannah dan Zhe Jun.
Sajak akan dideklamasikan oleh Jannah dan Zhe Jun semasa sambutan Hari Kebangsaan sekolah.
Semasa sambutan Hari Kebangsaan sekolah oleh Jannah dan Zhe Jun akan mendeklamasikan sajak.
Sambutan Hari Kebangsaan sekolah Jannah akan mendeklamasikan sajak oleh Zhe Jun.
Pilih jawapan yang betul.
Jangan susun buku-buku ini di rak.
Harap masuklah ke dalam rumah saya ini.
Sila mandi di sungai itu kerana airnya dalam.
Tolong diam semasa guru sedang berucap di hadapan.
Pilih ayat yang betul.
Daniel berasal daripada Sabah.
Sate ayam itu dibeli akan ayah Amirul.
Jia Wei dan adiknya gemar menunggang basikal di taman.
Jason berasa bangga kerana dilantik oleh ketua pengawas sekolah.
Syamsul meletakkan tiga ekor arnab peliharaannya di ________ sangkar yang bersih.
atas
tengah
dalam
bawah
