Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TUJUAN PERNIAGAAN

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, perkara manakah yang berkaitan dengan maksud perniagaan?

(Pilih 2 jawapan yang betul)

a)

Melibatkan urus niaga jual beli keluaran

b)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

c)

Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan

d)

Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

3.

Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

(Pilih 3 jawapan yang betul)

a)

Melakukan pertukaran nilai

b)

Melatih tenaga kerja mahir

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

4.

Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

(Pilih 3 jawapan yang betul)

a)

Melakukan pertukaran nilai

b)

Melatih tenaga kerja mahir

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

5.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?

a)

Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata

b)

Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual

c)

Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya

d)

Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan

6.

Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan?

a)

Jumlah jualan - kos stok

b)

Jumlah kos + Jumlah hasil

c)

Jumlah jualan - Jumlah kos

d)

Jumlah hasil + Jumlah kos barang

7.

Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Kawalan Bekalan 1975

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

8.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Biasanya menjual barang pada harga kos

b)

Contoh organisasi bermotif untung ialah Kelab Belia Sungai Kantan

c)

Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma

d)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta pengguna

9.

Antara yang berikut, kaedah manakah yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) untuk menjalankan perniagaan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Secara percuma

b)

Jualan secara lelong

c)

Jualan pada harga kos

d)

Jualan pada harga di atas kos

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?

a)

Penjual menjual barang pada harga diskaun

b)

Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada kos jualan

c)

Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos

d)

Penjual menjual barang pada harga di mana ia dapat menampung kos jualan

11.

Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?

a)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran

b)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing

c)

Penetapan harga jualan barang di bawah harga minima

d)

Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar

12.

Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjual barang pada harga di bawah kos?

a)

Untuk mempromosikan barang

b)

Untuk mengusir pesaing daripada pasaran

c)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu

d)

Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang

13.

Gambar di atas menunjukkan sejenis milikan perniagaan.

Pernyataan manakah yang merupakan tujuan perniagaan tersebut?

a)

Menyediakan barang dan perkhidmatan secara percuma

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Menawarkan barang dan perkhidmatan pada harga kos

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan di bawah kos

14.

Perniagaan bermaksud aktiviti ...

a)

menjaga kebajikan masyarakat

b)

memperoleh keuntungan maksimum

c)

menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli

15.

Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

16.

Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dan pembeli dikenal sebagai ...

a)

konsep asas perniagaan

b)

konsep asas keuntungan

c)

konsep pemilikan perniagaan

d)

konsep penawaran dan permintaan

17.

Konsep asas perniagaan merangkumi __________ komponen utama.

a)

tiga

b)

empat

c)

lima

d)

enam

18.

Tujuan perniagaan adalah ...

a)

meningkatkan taraf hidup masyarakat

b)

menawarkan barang dan perkhidmatan

c)

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

d)

memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama

19.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu barang.


[Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak]


Apakah kaedah perniagaan ini?

a)

Secara percuma

b)

Pada harga kos

c)

Pada harga di bawah kos

d)

Secara sumbangan masyarakat