NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa
Total questions: 35
Worksheet time: 1hrs 10mins
Kakak meletakkan ....agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.
pemukul
pengandar
penyandar
penyendal
Kedengaran ombak menderu dan ... bunyi riaknya di tepi pantai.
menderam
mendesau
menderau
mendesing
"Jangan ... apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal," kata jurulatih kepada pasukan Harimau Bintang.
cuak
ngeri
culas
seram
... tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.
Jejari
Kekisi
Tetupai
Kekuda
Kudin menggunakan beberapa ... kain untuk membuat layar kapalnya.
helai
keping
kajang
lembar
Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ... hujan lebat.
malahan
justeru
namun
kendatipun
Kemalangan itu berlaku ... di atas jambatan.
nyaris-nyaris
benar-benar
tepat-tepat
betul-betul
Cerpen karya penulis itu ... sahaja tetapi plot yang digarapnya menarik sekali.
ringkas
singkat
senang
mudah
Kejayaan cemerlang Aidid dalam UPSR ialah hasil ... usahanya yang bersungguh-sungguh
dari
bagi
untuk
daripada
Hujan yang ... telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.
menitis
menitik
merintik
mencurah
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan berbangga dengan ... sekolah itu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
peningkatan
pemantapan
pencapaian
perubahan
Selepas menyelesaikan tugasan ini, bolehlah kita berehat ...
sesungguh-sungguhnya.
semahu-mahunya.
selama-lamanya.
seada-adanya.
Sharifah _____ ramah ketika melayan tetamu yang datang ke rumahnya.
benar
sekali
paling
sangat
Ikan paus yang hidup di laut _____ sejenis haiwan mamalia.
ialah
adalah
iaitu
benar
"Ini _____ buku rujukan Sains yang saya ceritakan kepada kamu itu," kata David Lee kepad Fuad.
-lah
-tah
lagi
-kah
Selepas menghadiri majlis hari jadi sahabat karibnya, FIrdaus _____ pulang ke rumah.
juga
lagi
pun
memang
_____ amalkan makan makanan ringan. Hal ini disebabkan makanan ringan tidak baik untuk kesihatan.
Minta
Jemput
Jangan
Tolong
"_____kah harga sekilogram buah anggur ini?" tanya Puan Diana kepada penjual buah itu.
Apa
Berapa
Bila
Siapa
Setelah diberitahu tentang kebakaran yang memusnahkan rumahnya, Mak Leha yang sedang menoreh getah di kebun___________pulang ke rumah.
terkial-kial
terketar-ketar
terkocoh-kocoh
tercungap-cungap
Aini berasa____________apabila tiba-tiba seorang perompak mengacukan pisau ke arahnya.
cuak
pucat
cakna
ranggi
Suziana rindu _____adiknya yang sudah setahun tidak pulang bercuti dari luar negara
pada
akan
kepada
terhadap
Sejak Judin dan keluarganya berpindah ke Sabah, kami tidak ________tentang perkembangan mereka.
tahu-menahu
tanya-menanya
kenal-mengenal
tengok-menengok
Peribahasa yang berikut menggambarkan perbuatan yang sia-sia, kecuali
melepaskan anjing yang tersepit
mencurahkan garam ke laut
mencurah air ke daun keladi
harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Tempat kerja ayah terletak antara balai bomba dan balai polis
antara balai bomba dan balai polis
di antara balai bomba dan balai polis
antara balai bomba dengan balai polis
di antara balai bomba dengan balai polis
Zarina ________gambar itu lama-lama kerana menyerupai wajah arwah adik kesayangannya
melirik
menatap
meninjau
mengintai
Pembentangan kertas kerja tentang amalan berjimat cermat itu disampaikan oleh ___________dari Universiti Malaya
karyawan
perunding
sasterawan
cendekiawan
" ________________, sakitnya gigi geraham saya ini", kata Borhan kepada ibunya
Cis
Nah
Aduh
Aduhai
Nenek membeli lima_________petai untuk membuat sambal tumis ikan bilis petai
kerat
papan
batang
tangkai
Peribahasa bagai pinang dibelah dua bemaksud sudah sepadan atau sejodoh. Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas ialah.......
bagai isi dengan kuku
bagai dakwat dengan kertas
bagai pahat dengan penukul
bagai cincin dengan permata
Oleh sebab tidak dapat menyiapkan tugasan yang diamanatkan oleh majikannya, Amirul seperti __________apabila membentangkan hasil tugasannya
cacing kepanasan
rusa masuk kampung
telur di hujung tanduk
embun di hujung rumput
Lantai diruang tamu sangat licin.
Perkataan"LICIN" tergolong dalam :
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
KATA NAMA
Jalan Haji Salleh terletak di belakang bangunan biru itu.
"JALAN HAJI SALLEH" tergolong dalam :
Kata Adjektif
Kata Penunjuk Arah
Kata Nama Khas
Adik beradik kembar itu pergi ke sekolah menaiki basikal.
Perkataan "SEKOLAH" tergolong dalam :
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Hubung Pancangan
Abang dan ayah sedang menebas semak samun di kebun atuk.
Perkataan "TEBAS" tergolong dalam :
Kata Hubung
Kata Arah
Kata Kerja
Di manakah kedai runcit Pak Hamid?
Perkataan "DI MANAKAH" tergolong dalam :
Kata Kerja
Kata Tanya
Kata Arah
