Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kata nama am haiwan yang betul.

a)

Sang Kancil

b)

gajah

c)

Si Tompok

d)

rumput

2.

Puan Salamah merupakan seorang.................di Universiti Malaya.

a)

pensyarah

b)

polis

c)

angkasawan

d)

pencuri

3.

......................yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.

a)

Kuih

b)

Lauk

c)

Sayur

d)

Barang

4.

Murid-murid sedang bersenam di........................

a)

pawagam

b)

kilang

c)

perpustakaan

d)

padang

5.

Pak Cik Borhan menggunakan......................yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.

a)

gergaji

b)

gunting

c)

cangkul

d)

penukull

6.

______________ itu menyiram tanaman di ladangnya agar lebih subur.

a)

Petani

b)

Nelayan

c)

Doktor

d)

Askar

7.

Saraswati dan ibunya gemar membeli-belah di __________________.

a)

Taman Buaya

b)

Sekolah Kebangsaan Gemas

c)

Pusat Membeli-belah Dataran Pahlawan

d)

Restoran Pasti Sedap

8.

Cikgu Tiaga menulis beberapa __________________ ayat pada papan tulis.

a)

baris

b)

patah

c)

rangkap

d)

untai

9.

Dua _____________________ meriam dipamerkan di hadapan Kota A'Famosa.

a)

butir

b)

laras

c)

buah

d)

biji

10.
Ayah membeli sepuluh ________________ sate.
a)
cucuk
b)
batang
c)
gugus
d)
ikat
11.

Sesetengah ibu bapa menyumbangkan beberapa ____________ majalah pendidikan kepada pihak perpustakaan sekolah setiap bulan.

a)

butir

b)

buah

c)

naskhah

12.

Dengan hanya ___________ MyKad, kita dapat menyelesaikan pelbagai urusan.

a)

sebiji

b)

sebuah

c)

sekeping

13.

"___________ akan menurut perintah, tuanku," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Iskandar Syah.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Patik

14.

Cikgu Amlee sangat baik dan peramah. Oleh itu, _______________ sangat disayangi oleh murid-muridnya.

a)

mereka

b)

beliau

c)

kamu

d)

dia

15.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
16.

Danny dan Sani berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.

a)

Mereka

b)

Engkau

c)

Dia

d)

Beliau

17.
Ziyad sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.
a)
Patik
b)
Beliau
c)
Dia
d)
Awak
18.

Orang yang selalu bertengkar

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Air dicincang tidak akan putus

c)

Seperti anjing dengan kucing

d)

Bagai dihiris sembilu

19.

Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.

a)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

Malang tidak berbau

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

20.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
21.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

22.

Amsyar ________________ roti itu.

a)

membawa

b)

menggigit

c)

memasak

d)

berlari

23.

Hasye ____________ karipap di kantin.

a)

membeli

b)

melukis

c)

makan

d)

menjual

24.

Radi ______________ pokok bunga.

a)

mencuci

b)

menari

c)

menanam

d)

menyiram

25.

Aisyah ______________ ibu bapanya di dapur.

a)

mencuci

b)

memasak

c)

membantu

d)

menyiram

26.

Nenek Aimi sedang ______________ pinggan di dapur.

a)

mencuci

b)

membuat

c)

membantu

d)

membuang

27.

Ayah ______________ teh untuk tetamu.

a)

memasak

b)

membuat

c)

mencuci

d)

membancuh

28.

Kakak Arissa pandai ______________ sandwic.

a)

mencuci

b)

membuat

c)

membantu

d)

menyapu

29.

Damia ____________ gigi setiap pagi.

a)

mencuci

b)

menggosok

c)

mengelap

d)

membancuh

30.

Bola itu _____________ oleh Anson.

a)

disepak

b)

dipijak

c)

dibaling

d)

ditolak

31.

Sampah-sarap itu ______________lalu ________________ oleh Encik Yussin.

a)

dikumpul ...dibakar

b)

dibawa ...divakum

c)

dikumpul...dicuci

d)

disapu...dibuang

32.

Kain itu _____________ oleh nenek untuk dijadikan sebagai selimut.

a)

dicucuk

b)

dikemas

c)

dijahit

d)

dilipat

33.

Tempat duduk kereta ayah _________________ oleh kakak supaya tidak berhabuk.

a)

dicuci

b)

divakum

c)

dilap

d)

disedut

34.
Rumah itu cantik __________ kotor.
a)
dan 
b)
tetapi
35.
Ikmal bangun tidur _________ ke bilik air.
a)
lalu
b)
dan
36.
Adik menangis _________ hendak susu.
a)
supaya
b)
kerana
37.
Pokok rambutan di dusun datuk berbuah ____________.
a)
penuh
b)
besar
c)
harum
d)
lebat
38.
Pisau itu ______________ kerana baru sahaja diasah.
a)
tajam
b)
tinggi
c)
cantik
d)
tumpul
39.
Nyatakan bau tempat ini.
a)
wangi
b)
hapak
c)
busuk
d)
harum
40.

Serangga yang bertubuh ______ telah merosakkan daun- daun di taman bunga itu.

a)

besar

b)

kecil

c)

bulat

d)

lurus