WorksheetsKUIZ ETIKA DAN AKHLAK (SEMPENA KARNIVAL MAULIDUR RASUL)
Total questions: 20
Worksheet time: 6mins
Nilai-nilai etika ditentukan oleh manusia dan kehendak masyarakat. Contohnya seseorang yang berpakaian sopan dianggap beretika oleh masyarakat walaupun tidak menutup aurat
BENAR
SALAH
"Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap sebagai perbuatan yang tidak berakhlak dalam Islam kerana ..."
Pilih jawapan yang TEPAT
Boleh menjamin kestabilan negara
boleh merapatkan hubungan sesama manusia
boleh merosakkan keturunan dan maruah
boleh menyatupadukan masyarakat
Saban hari kes gejala sosial dalam kalangan remaja semakin parah. Berikut adalah punca keruntuhan akhlak remaja masa kini KECUALI ...
Pengaruh keagamaan yang kuat
Pengaruh rakan-rakan yang kurang adab
Hubungan keluarga yang tidak harmoni
Pengaruh media sosial yang berleluasa
Islam menetapkan pakaian bagi seseorang Islam mestilah sopan dan menutup aurat seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah
BENAR
SALAH
Etika ialah satu sistem yang menilai tindakan _____ manusia sahaja
pelik
dalaman
baik
zahir
Etika mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan antara _______ dengan _______ sahaja
manusia - pencipta
manusia - alam
manusia - manusia
manusia - haiwan
" Sesuatu tindakan yang pernah dianggap baik pada suatu masa, boleh dianggap tidak baik pada suatu masa yang lain, sesuai dengan pandangan majoriti masyarakat"
Berikut menggambarkan tentang ....
Nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap
Nilai etika bersifat relatif, subjektif dan sementara
Nilai akhlak yang ditentukan oleh Allah SWT
Nilai etika yang ditentukan oleh kehendak dan keperluan
Berikut merupakan nilai-nilai etika kerja KECUALI ...
Amanah
Dedikasi
Bijaksana
Salah guna kuasa
Kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah SAW kesemuanya ialah pelaksanaan daripada ajaran ...
Al-Quran
Al-Imam
Al-Qaisar
Al-Fikr
Bagaimanakah kewujudan etika dan undang-undang alam siber mampu membentuk jati diri pelajar
Pelajar akan berkongsi dan menyebarkan keburukan orang lain
pelajar dapat menyebarkan fitnah dan aib orang lain
Pelajar akan muatnaik gambar dan memberikan komen negatif
Pelajar akan menggunakan alam siber ke arah kebaikan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan
Malu ialah sesuatu sifat yang mendorong kepada sikap meninggalkan ...
kebaikan
keburukan
Rasulullah SAW mempunyai akhlak dan _______ yang mulia.
Pekerti
Bahasa
Tenaga
Seni
Nyatakan maksud bersikap BENAR ?
Menyampaikan ucapan dan perkhabaran yang buruk
Tidak berdusta dari segi perkataan, perbuatan dan pengakuan
Menyampaikan sesuatu yang benar melalui perbuatan sahaja
Islam mendidik manusia berakhlak mulia. Antara adab ketika bersama rakan ialah ...
Menziarahi rakan ketika sakit
Memanggil rakan dengan panggilan yang tidak disukainya
Berkelakuan tidak senonoh dihadapannya
Menolak nasihat oleh rakan
Sebagai seorang sahabat, anda akan memilih sahabat-sahabat yang mempunyai ciri seperti ...
Mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda
Menghormati anda
Mengambil kesempatan di atas kesempitan anda
Menolong anda ketika dalam kesusahan
Pilih manakah yang BENAR tentang adab terhadap guru ?
Mendahului memberi salam
Tidak mengharapkan balasan
Bercakap dengan bahasa yang sopan
Mengaibkan guru di hadapan rakan-rakan
Manakah antara berikut merujuk kepada perbuatan menderhaka kepada ibubapa ?
Menyakiti hati ibubapa
Menengking ibu bapa dengan suara yang tinggi
Biadab
Mendoakan ibubapa selepas solat
Semasa masih kecil, Nabi Muhammad SAW mengembala ...
Unta
Lembu
Kambing
Rusa
Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan ...
11 Rabiul Awal Tahun Gajah
12 Rabiul Awal Tahun Gajah
11 Rabiul Akhir Tahun Gajah
12 Rabiul Akhir Tahun Gajah
Akhlak adalah keperluan rohani dalam kehidupan manusia. Manakah antara berikut BUKAN peranan akhlak ?
Akhlak tidak dapat dipisahkan daripada Islam
Akhlak merupakan lambang kesempurnaan iman
Kedudukan seseorang di akhirat berdasarkan akhlak dan amalan baik di dunia
Akhlak melibatkan ketinggian taqwa dan kealiman manusia tidak berakal
