Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.3 rangsangan dan gerak balas dalam tumbuhan

Total questions: 29

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tumbuhan di dalam Rajah di atas bergerak balas terhadap..

a)

Cahaya

b)

Air

c)

Sentuhan

d)

Graviiti

2.

Apakah jenis rangsangan yang berkaitan dengan pokok yang ditunjukkan di atas?

a)

Air

b)

Cahaya

c)

Sentuhan

d)

Graviti

3.

Gambar di atas menunjukkan akar tumbuhan yang bergerak ke arah air dalam baldi. Mengapakah akar tumbuhan bergerak ke arah air?

a)

Kerana tarikan graviti

b)

Supaya menjadi lebih sejuk

c)

Untuk menyerap air

d)

Untuk membuat makanan

4.

Gambar di atas menunjukkan gambar sebuah bijih benih yang akarnya tumbuh ke bawah dan pucuk ke atas. Apakah keputusan yang boleh dibuat berdasarkan kepada akarnya?

a)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap air.

b)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap graviti.

c)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap cahaya.

d)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap udara.

5.

Gambar di bawah manakah merupakan gerak balas tumbuhan terhadap air?

a)
b)
c)
d)
6.

Sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam sebuah bilik tertutup dengan tingkap terbuka seperti rajah 1. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian di atas?

a)

Tumbuhan itu memerlukan udara untuk tumbuh

b)

Tumbuhan itu memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh

c)

Tumbuhan itu perlu diletakkan di dalam bilik untuk tumbuh

d)

Tumbuhan itu tumbuh sihat tanpa air

7.

Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Pucuk

d)

Batang

8.

Apakah yang akan berlaku jika daun-daun pokok itu disentuh dengan jari?

a)

Daun-daun pokok ini akan gugur

b)

Daun-daun pokok ini akan menjadi kering

c)

Daun-daun pokok ini akan menguncup

d)

Daun-daun pokok ini akan mengeluarkan bau busuk

9.

Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap cahaya matahari?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

10.
Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap tarikan graviti?
a)
Pucuk
b)
Akar
11.
Rangsangan yang menyebabkan gerak balas tumbuhan adalah seperti berikut, kecuali ...
a)
Air
b)
Cahaya Matahari
c)
Sentuhan
d)
Gas
12.
Aiman mendapati tumbuhan yang disimpan dalam kotak hitam telah membengkok ke arah lubang kotak tersebut. Dia dapat merumuskan (membuat kesimpulan) bahawa ....
a)
Pucuk, daun dan batang bergerak balas terhadap cahaya
b)
Akar bergerak balas terhadap cahaya
c)
Pucuk, daun dan batang bergerak balas terhadap sentuhan
d)
Akar bergerak balas terhadap 
13.
Alia memerhati akar tumbuhan dalam pasu plastik lutsinarnya telah membengkok ke kawasan tanah lembap. Apakah inferens (sebab) yang mungkin bagi kejadian tersebut?
a)
Akar bertumbuh dengan aktif apabila bergerak ke tanah lembap
b)
Akar bergerak ke tanah lembap untuk mendapatkan air
14.
Tumbuhan manakah yang bergerak balas terhadap sentuhan?
a)
Bunga raya
b)
Bunga ros
c)
Daun semalu
d)
Daun setawar
15.
Daun semalu menguncup selepas disentuh kerana .....
a)
Daun bergerak balas terhadap sentuhan
b)
Daun tidak sensitif kepada sentuhan
16.
3 biji benih disusun secara melintang, terbalik dan menegak dan didapati akar bertumbuh menghala ke bawah. Apakah kesimpulan boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
a)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air
b)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya
c)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti
d)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan
17.
Aina menanam sejenis tumbuhan di dalam sebuah pasu. Seminggu kemudian seekor kucing telah terlanggar dan menjatuhkan pasu tersebut. Apabila Aina terlihat pasunya jatuh, dia mendapati tumbuhannya berubah seperti dalam rajah. Berikan inferens.
a)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap air manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap graviti
b)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap cahaya manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap graviti
c)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap cahaya manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap air
d)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap sentuhan manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap air
18.
Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan. Tumbuhan berpasu ini diletakkan di dalam kotak hitam yang dilubangkan. Ramalkan pemerhatian yang akan berlaku pada tumbuhan ini selepas seminggu?
a)
Pucuk tumbuh ke arah sumber cahaya
b)
Akar tumbuh ke arah sumber cahaya
c)
Pucuk tumbuh ke arah graviti
d)
Akar menjalar ke lubang kotak
19.

Rajah di atas menunjukkan sejenis tumbuhan. Tumbuhan ini bergerak balas terhadap rangsangan...

a)

Cahaya

b)

Air

c)

Graviti

d)

Sentuhan

20.

Rajah di atas menunjukkan gerak balas tumbuhan, antara berikut yang manakah benar.

a)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti , pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya

b)

Akar dan pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap graviti

c)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air, pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya

d)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air, pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap graviiti

21.

Tumbuhan akan bergerak balas terhadap rangsangan berikut KECUALI ........................ .

a)

air

b)

bunyi

c)

cahaya

d)

graviti

22.

................. merupakan gerak balas berarah tumbuhan terhadap rangsangan luar seperti cahaya, air, graviti dan sentuhan.

a)

Tropisme

b)

Gerak balas nastik

23.

Kenal pasti DUA kepentingan fototropisme terhadap tumbuhan.

a)

memastikan daun menerima banyak cahaya matahari

b)

supaya akar menembus jauh ke dalam tanah

c)

supaya tumbuhan dapat melakukan fotosintesis

d)

membolehkan air diangkut ke seluruh tumbuhan

24.

Kenal pasti DUA kepentingan geotropisme terhadap tumbuhan

a)

untuk menyokong tumbuhan

b)

supaya dapat cahaya matahari

c)

bagi menjalankan fotosintesis

d)

dapat mencengkam tanah

25.

Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Pucuk

d)

Batang

26.

Kenal pasti DUA jenis gerak balas tumbuhan.

a)

tropisme

b)

gerak balas nastik

c)

gerak balas semula

27.
Bahagian tertentu tumbuhan yang tumbuh ke arah rangsangan ialah _____.
a)
tropisme positif
b)
tropisme negatif
c)
gerak balas positif
d)
gerak balas negatif
28.
Gerak balas tropisme terhadap cahaya ialah _____.
a)
fototropisme
b)
geotropisme
c)
hidrotropisme
d)
tigmotropisme
29.
Gerak balas tropisme terhadap graviti ialah _____.
a)
geotropisme
b)
fototropisme
c)
tigmotropisme
d)
hidrotropisme