Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU PENANDA WACANA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
_____________ , jelaslah bahawa dadah amat berbahaya kepada masyarakat dan negara.
Kesimpulannya
Sebaliknya
Walau bagaimanapun
Di samping itu
____________ kami tidak pernah mempunyai haiwan peliharaan, ibu dan ayah membenarkan kami memelihara anak kucing itu.
Akhirnya
Oleh sebab
Semenjak itu
Kalau begitu
" Pak cik itu kelihatan tidak bermaya. ______________, saya memimpin tangan pak cik dan menahan sebuah teksi untuk membawanya ke hospital, " jelas Tanuja kepada ibunya.
Jadi
Alkisah
Seterusnya
Di samping itu
Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik . _________________ harga barang keperluan.
Tambahan pula
Oleh sebab itu
Namun demikian
Lebih-lebih lagi
Hasil lukisan Suhada tidak pernah berjaya memenangi anugerah. __________, semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.
Oleh itu
Biarpun demikian
Kalau begitu
Lebih-lebih lagi
Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu, ___________ mereka sampai juga di puncaknya.
akhirnya
namun
di samping itu
oleh yang demikian
"Amalina telah diserang demam campak. ______________, dia tidak hadir ke sekolah, " kata adiknya kepada Cikgu Nurhisyam.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Semenjak itu
Sebaliknya
Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. _____________, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Walau bagaimanapun
Namun demikian
Lantaran itu
Jika begitu
Sudah beberapa hari Pak Mail mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati. ________________, masalah itu tidak mematahkan semangatnya untuk berusaha.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja. _____________, mempersilakan tetamunya menjamu selera.
Oleh itu
Selepas itu
Namun begitu
Sudahlah begitu
Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _______________, jenayah ragut masih tetap berlaku.
Sebelum itu
Kalau begitu
Namun begitu
Di samping itu
Sambutan hari guru akan diadakan tidak lama lagi. _______________, murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
Sebaliknya
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Mula-mula, saya akan menyapu sampah di halaman rumah. ____________, saya akan membuang sampah ke dalam tong sampah.
Lantaran itu
Sebelum itu
Selepas itu
Semenjak itu
Amri menyimpan buku-bukunya ke dalam beg. ____________, dia pun keluar dari kelas itu.
Oleh itu
Selepas itu
Namun begitu
Sudahlah begitu
_______________ membeli kereta, memiliki basikal _____________dia tidak mampu.
Baik......pun
Jangankan.....pun
Walaupun....bahkan
