wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN KUIZ PK TINGKATAN 5

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut merupakan hak-hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual?

a)

Hak untuk Hidup,kebebasan dan Keselamatan

b)

Hak bersuara

c)

Hak kesaaan Gender

d)

Hak untuk bebas daripada penyeksaan, kekejaman atau menghukum

2.

Remaja berhak mendapat bimbingan daripada ibu bapa dalam kesihatan reproduktif mereka.


Kenyataan di atas merupakan kepentingan hak daripada -------------------

(a)  

3.

Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual merupakan kepentingan hak perspektif individu. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan 4M? Nyatakan.

a)

Mendengar, melihat, melindungi, mendidik

b)

Mendengar, melindungi, mendidik, memerhati

c)

Mendengar, mempertahankan, mengajar, memerhati

d)

Mempertahankan, melindungi, mendidik, memerhati

5.

Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada remaja dan keluarga.

a)

Kepentingan daripada perspektif individu

b)

Kepentingan daripada perspektif keluarga

c)

Kepentingan daripada perspektif sekolah

d)

Kepentingan daripada perspektif masyarakat

6.

Apakah maksud penagihan berulang?

a)

keadaan seorang penagih yang telah dipulihkan tetapi kembali menagih.

b)

seseorang yang telah pulih dari penagihan

c)

tiada keyakinan diri

7.

Apakah punca penagihan berulang?

a)

keseronokan

b)

tekanan emosi

c)

tidak tidur

8.

masyarakat memandang negatif dan tidak memberi peluang kepada bekas penagih untuk berubah.. merujuk kepada..

a)

Tekanan emosi

b)

desakan keluarga

c)

Stigma masyarakat

9.

Punca paling utama untuk berlakunya penagihan berulang ialah ...

a)

diri sendiri

b)

keluarga

c)

masyarakat

10.

Implikasi penagihan berulang membawa keburukan kepada ..

a)

diri sendiri sahaja

b)

diri dan keluarga anda

c)

diri, keluarga dan masyarakat

11.

Kesan ketagihan alkohol ialah

a)

hilang koordinasi gerak tubuh dan gangguan kepada pertimbangan fikiran.

b)

kesihatan yang baik

c)

dipulaukan oleh masyarakat

12.

.... Menyebabkan kerosakkan kekal kepada sistem saraf pusat tubuh jika diambil dalam jangka masa panjang.. kenyataan ini merujuk kepada..

a)

ketagihan dadah

b)

ketagihan rokok

c)

kesihatan yang kurang baik

13.

Cara menangani penagihan berulang adalah dengan cara..

a)

melakukan aktiviti sosial seperti merangka aktiviti yang bermanfaat untuk remaja

b)

memulakan penagih

c)

tidur secukupnya

14.

Aktiviti ini juga dapat membantu menangani penagihan berulang...

a)

melepak

b)

aktiviti keagamaan

c)

mengurungkan diri

15.

Siapakah yang dapat membantu penagih yang berulang ini?

a)

hanya keluarga

b)

rakan taulan

c)

Rakan, keluarga dan masyarakat

16.

Ketidakstabilan emosi individu akan menyebabkan seseorang menjadi?

a)

Gelisah

b)

Murung

c)

Gembira

d)

Pesimistik terhadap kebolehan diri

17.

Emosi wujud dalam pelbagai bentuk positif atau negatif.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Stres dan tekanan yang berterusan boleh menyebabkan seseorang itu...

a)

Hilang selera makan

b)

Anti sosial

c)

Terjejas waktu tidur

d)

Aktif di dalam pembelajaran

19.

Apakah situasi yang mempengaruhi ketidakstabilan emosi?

a)

Kegagalan dalam peperiksaan

b)

Perpecahan dalam keluarga

c)

Masalah dalam persahabatan

d)

Keputusan cemerlang dalam peperiksaan

20.

Mengurus kestabilan emosi adalah penting untuk?

a)

Membuat keputusan

b)

Merasa gembira

c)

Badan dan minda sihat

d)

Berkomunikasi

e)

Melakukan perkara yang melanggar undang-undang

21.

Terdapat dua bentuk komunikasi dalam keluarga iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Komunikasi verbal didefinisikan sebagai

a)

proses komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan mesej kepada penerima.

b)

proses komunikasi menggunakan bahasa isyarat.

c)

proses komunikasi melibatkan gerak tubuh.

d)

proses komunikasi melibatkan gerakan tangan dan kaki.

23.

Komunikasi bukan verbal seperti

a)

komunikasi secara langsung dalam bilik darjah.

b)

komunikasi menggunakan telefon secara dalam talian.

c)

ekspresi wajah, menggunakan anggota badan lain seperti mata, tangan, senyuman dan bersalaman yang merupakan salah satu cara berinteraksi.

d)

bercakap dengan seseorang ketika menunggu bas.

24.

Komunikasi dalam sesebuah keluarga penting untuk mewujudkan kefahaman dan sikap toleransi dalam keluarga. Berikut cara meningkatkan hubungan kekeluargaan KECUALI

a)

Rekreasi

b)

Menjalin ikatan kekeluargaan

c)

Mewujudkan masa berkualiti

d)

Menyendiri dalam bilik tidur.

25.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketegangan dalam keluarga seperti:

a)

Keganasan Rumah Tangga

b)

Kepincangan Keluarga

c)

Bertolak ansur

d)

Perceraian

26.

Apakah maksud perlakuan Antisosial?

a)

Suka bekerja dengan sekumpulan orang.

b)

Tidak suka bersendirian.

c)

Selalu mengikut segala arahan yang diberikan.

d)

Memandang rendah keupayaan orang lain.

27.

Contoh tingkah laku sosial yang TIDAK sihat.

a)

Menjalinkan semangat setia kawan sesama rakan.

b)

Menjadikan persaingan dalam pelajaran sesuatu yang positif.

c)

Merasakan dirinya lebih baik daripada semua orang.

d)

Membantu rakan yang berada dalam kesusahan.

28.

Apakah jenis-jenis tingkah laku Antisosial?

a)

Ego yang tinggi

b)

Mematuhi peraturan

c)

Menerima pandangan orang lain

d)

Tolong-menolong

29.

Yang manakah BUKAN kesan Antisosial terhadap diri seseorang?

a)

Tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga.

b)

Masyarakat memandang negatif terhadap remaja yang antisosial.

c)

Ahli keluarga mengetahui masalah yang dihadapi olehnya.

d)

Masyarakat memandang negatif terhadap remaja yang antisosial.

30.

Apakah kesan Antisosial terhadap seseorang dengan ahli keluarganya?

a)

Mempunyai hubungan yang baik bersama ahli keluarga.

b)

Ahli keluarga kurang tahu masalah yang dihadapi olehnya.

c)

Sering menyertai atau merancangkan aktiviti keluarga.

d)

Dihormat oleh adik-beradiknya.

31.

Jika seseorang individu berasa sendirinya ada simptom-simptom antisosial, apakah yang boleh dilakukan olehnya?


i. Mendekatkan diri dengan hal-hal keagamaan.

ii. Beriadah bersama-sama keluarga.

iii. Membuang sikap ego yang menguasai diri

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii sahaja

d)

i, ii dan iii

32.

Apakah peranan pihak ibu bapa untuk mengelakkan anaknya antisosial?


i. Bagi anak-anak melayari internet sepanjang masa.

ii. Memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak.

iii. Memberi duit untuk mereka melakukan apa-apa yang mereka suka sahaja.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii sahaja

d)

i, ii dan iii

33.

Apakah aktiviti masyarakat yang boleh diadakan untuk meningkatkan hubungan sosial di sesuatu tempat?


i. Aktiviti gotong-royong

ii. Kem ibadah

iii. Aktiviti sukan penduduk tempatan

iv. Aktiviti berkumpul ramai-ramai tanpa sebab yang positif

a)

i sahaja

b)

i, ii dan iii

c)

i dan ii

d)

i, ii, iii dan iv

34.

Nyatakan faktor penyumbang utama kepada tingkah laku antisosial dalam kalangan remaja?

a)

Sikap ibubapa yang tidak berjaya mendidik anak-anak dengan baik

b)

Pembentukan keluarga dari kecil

c)

Kecanggihan teknologi pada abad ke-21

35.

Berikut merupakan antara jenis-jenis tingkah laku antisosial, kecuali ______________

a)

bersosial

b)

memberontak

c)

sentiasa merasakan dirinya betul

d)

menyendiri

36.

Simptom penyakit cacar ialah .................

a)

demam panas dan hilang selera makan

b)

demam ringan

c)

demam dan kemudian timbul bintik-bintik merah

d)

suhu badan menjadi panas

37.

Penyakit campak boleh merebak melalui ......

a)

bawaan udara

b)

bawaan udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit

c)

titisan air dari mulut atau hidung

d)

percikan cecair dari mulut pesakit

38.
a)

Penyakit beguk

b)

Penyakit campak

c)

Penyakit cacar

d)

Penyakit rubela

39.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

a)

Melalui titisan air dari mulut atau hidung apabila pesakit batuk, bersin atau meludah

b)

Melalui percikan cecair dari mulut pesakit

c)

Melalui bawaan udara dan sentuhan

d)

Melalui bawaan udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit

40.

Demam ringan, ruam, rasa mual,radang mata yang ringan dan bengkak pada kelenjar limfa di belakang telinga dan di bawah leher.

Pernyataan ini merujuk kepada penyakit ........

a)

campak

b)

beguk

c)

rubela

d)

cacar

41.

• Demam panas dan hilang

selera makan

• Pesakit akan mengalami

bengkak pada kelenjar air liur


Pilih gambar yang betul bagi menunjukkan simptom-simptom di atas.

a)
b)
c)
d)
42.

Pilih pernyataan yang betul tentang vaksin.

a)

sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang masih hidup untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

b)

sediaan bakteria atau virus yang sudah mati untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

c)

sediaan virus yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

d)

sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

43.

Berikut ialah cara mencegah penyakit berjangkit kecuali .........

a)

sentiasa menjaga kebersihan badan

b)

tidak berada dekat dengan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit

c)

bersentuhan dengan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit

d)

sentiasa peka dengan setiap penyakit supaya dapat dicegah dari awal

44.

Vaksin digunakan untuk melindungi daripada sesuatu penyakit.

a)

Betul

b)

Salah

45.

Penyakit berjangkit merupakan ............

a)

penyakit akibat bawaan air

b)

penyakit akibat virus

c)

penyakit akibat jangkitan kuman

d)

penyakit bawaan agen jangkitan atau vektor

46.

Buli siber berkait dengan tatacara individu atau kumpulan secara berkala melalui media sosial dengan mesej permusuhan atau keselesaan.

a)

Betul

b)

Salah

47.

Tujuan buli siber lebih kepada menimbulkan persefahaman kepada orang lain.

a)

Betul

b)

Salah

48.

Memuat ___________________________ komen atau gambar tidak sopan terhadap orang lain.

a)

turun

b)

naik

49.

Pelaku akan dipandang serong oleh orang lain kerana bersikap kurang (a)   .

50.

________________________________ individu dalam sesuatu kumpulan Internet dengan sengaja

a)

Memulaukan

b)

Memisahkan

51.

Pemakanan sihat ialah __________

a)

proses pengambilan makanan yang tidak berkualiti untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit.

b)

proses pengambilan makanan yang berkualiti untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit.

c)

makanan yang berminyak, berkalori tinggi serta berlemak.

52.

Pengurusan Diet Seimbang bermaksud

a)

amalan pemakanan yang bersesuaian dengan keperluan diri seperti dalam Piramid Makanan Malaysia.

b)

amalan pemakanan yang mengikut kehendak diri seperti dalam Piramid Makanan Malaysia.

c)

program menguruskan badan

d)

amalan pemakanan dari pihak kementerian kesihatan Malaysia

53.

Tandakan contoh nutrien yang diperlukan tubuh badan. Jawapan mungkin lebih dari satu.

a)

karbohidrat

b)

glukosa

c)

vitamin

d)

mineral

54.

Nutrien makanan yang diperlukan berbeza mengikut... (jawapan mungkin lebih dari 1)

a)

jenis aktiviti

b)

usia

c)

jantina

d)

tahap kesihatan

55.

Bagi memudahkan masyarakat mengamalkan pemakanan secara sihat, ______________ telah dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

a)

program bersenam

b)

suku separuh

c)

Pinggan Sihat Malaysia

d)

Makanan asas Malaysia

56.

Apakah maksud Peti Pertolongan Cemas?

a)

Tempat simpanan semua jenis ubat-ubatan

b)

Tempat simpanan peralatan pejabat

c)

Tempat simpanan alat-alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku kesemasan

d)

Kotak simpanan alatan kecil

57.

Berikut merupakan prinsip pertolongan cemas kecuali ......

a)

Menyelamatkan nyawa

b)

Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

c)

Mendapat bantuan doktor

d)

Menambahkan kesakitan

58.

Lengkapkan nama penuh bagi singkatan teknik pertolongan cemas di bawah


R.I.C.E


APAKAH C?

(a)  

59.

Lengkapkan nama penuh bagi singkatan teknik pertolongan cemas di bawah


R.I.C.E


APAKAH I?

(a)  

60.

Lengkapkan nama penuh bagi singkatan teknik pertolongan cemas di bawah


D.R.A.B.C.


APAKAH A?

(a)