wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN TITAS

Total questions: 50

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

persamaan dan perbezaan tamadun dapat dilihat dari aspek

a)

pendidikan

b)

agama

c)

komuniti

d)

kerajaan

2.

Manakah BUKAN faktor kemerosotan sesebuah tamadun

a)

bencana alam

b)

globalisasi

c)

sikap tertutup

d)

penindasan

3.

Profesor Syed Naqib al Attas menghuraikan definasi tamadun sebagai...

a)

adalah berkisar tentang kekuasaan, kemakmuran dan kemajuan

b)

keadaan hidup manusia yang mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur sebagai sebuah masyarakat

c)

sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama kehidupan manusia

d)

keadaan masyarakat yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran

4.

Nyatakan aspek pembangunan yang penting dalam pembinaan sesebuah tamadun menurut pandangan sarjana Muslim?

a)

Perkembangan hidup dari segi budaya

b)

Perkembangan hidup ke arah yang lebih baik

c)

Perkembangan hidup yang aman dan harmoni

d)

Perkembangan kerohanian dan kebendaan yang selaras dengan ajaran Islam

5.

Menurut Ghazali Basri (2008), perkataan tamadun dikaitkan dengan kata kerja maddana yang bermaksud...

a)

orang bandar

b)

masyarakat yang tersusun

c)

satu pertubuhan dan kuasa yang sah

d)

pembinaan sebuah bandar

6.

Kenyataan berikut merupakan perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun lain, kecuali

a)

keruntuhan akhlak sebagai lambang kemerosotan tamadun

b)

tamadun Islam meletakkan tauhid sebagai asas pembentukan tamadun

c)

tamadun Islam memberi penekanan terhadap aspek pembangunan insani

d)

tamadun Islam muncul sebagai penyambung segala kemajuan yang dicapai oleh tamadun sebelumnya

7.

Prinsip-prinsip Tamadun Islam adalah.....

a)

Memelihara Keselamatan Agama, Memeihara Nyawa, Memelihara Akal, Memelihara Maruah dan Keturunan, Memelihara Hak dan Kebebasan

b)

Memilihara Harta, Memelihara Alam, Memelihara Keluarga dan Rakan-Rakan

c)

Memelihara Tubuh Badan, Memelihara Rumah dan Harta Benda

d)

Memelihara Kerjasama, Memelihara Hak Peribumi, Memelihara kebebasan beragama.

8.

Ciri-ciri Tamadun Islam terbahagi kepada lima....

a)

1.Sunah 2. Quraan 3. Syariat 4. Akhlaq 5. Iman

b)

1.Rabbani, 2. Keseimbangan & kesederhanaan, 3.Universal, 4.realistik & ideal, 5.tetap dan fleksibal.

c)

1.Falsafah 2. Ilmu Pengetahuan 3. Politik 4. Ekonomi 5. Idealogi

d)

1.Kebudayaan 2. Pertanian 3. Kesusteraan 4. Teknologi

9.

Sumber Tamadun Islam adalah berasaskan ilmu wahyu yang melibatkan dua sumber utama....

a)

Tamadun sebelumnya dan selepasnya

b)

Kitab-kitab lama dan sejarah

c)

Al Quraan dan Hadis

d)

Mitos dan lagenda

10.

Prinsip utama tamadun islam adalah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan agama Islam seperti....

a)

Ajaran Sesat, Murtad dan perlakuan jenayah

b)

salah laku, tidak berdisiplin dan engkar peraturan

c)

mematuhi undang-undang jalan raya

d)

memelihara alam sekitar

11.

Tiga asas utama tamadun Islam....

a)

Akidah, syariah dan akhlak

b)

Teknologi, ilmu dan kemajuan

c)

Pertanian, ekonomi dan sosial

d)

undang-undang, peraturan dan hak individu

12.
Berikut merupakan istilah yang pernah digunakan untuk maksud tamadun KECUALI:
a)
madaniyyah
b)
hadharah
c)
civitas
d)
manzum
13.

Pernyataan berikut menjelaskan sifat Tamadun Islam bersifat terbuka dan toleransi KECUALI

a)

Menggalakkan dan menekankan kepentingan dialog dan interaksi antara tamadun.

b)

Membenarkan dan menggalakkan sesuatu unsur tamadun lain yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

c)

Melihat kepentingan hidup hanya untuk orang Islam sahaja bukan untuk mengekalkan keharmonian masyarakat keseluruhan

d)

Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.

14.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan antara tamadun?

a)

Peperangan.

b)

Perdagangan.

c)

Penghijrahan.

d)

Penterjemahan.

15.

Berikut adalah sifat-sifat Tamadun Islam KECUALI

a)

Kesatuan dalam kepelbagaian

b)

Keseimbangan antara rohani dan jasmani

c)

Sempurna dan menyeluruh

d)

Toleransi terhadap kesilapan umatnya

16.

Manakah antara berikut merupakan bandar UTAMA bagi pusat kegiatan intelektual di Andalus?

a)

Toledo, Malaga, Seville dan Granada

b)

Sicily, Parlemo, Toledo dan Cordova

c)

Malaga, Parlemo, Sicily dan Granada

d)

Granada, Seville, Toledo dan Cordova

17.

Apakah langkah UTAMA yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah?

I Membina Masjid Quba

II Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar

III Menggubal Piagam Madinah

IV Menyampaikan dakwah secara insentif

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

18.

Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Rom dan Mesopotomia dan Greek merupakan peradaban mengalami kemerosotan disebabkan oleh kepincangan dalam beberapa aspek peradaban.

Antara berikut yang manakah BUKAN menunjukkan ciri-ciri kepicangan tersebut.

a)

Bencana alam dan penyakit yang teruk

b)

Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta

c)

Pemimpin yang mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat

d)

Pembinaan monumen -monumen besar dan mewah

19.

Syariah adalah intipati asas dalam tamadun Islam. Berikut adalah pernyataan yang benar tentang Syariah dalam tamadun Islam KECUALI

a)

Panduan dalam kehidupan individu dengan Allah, keluarga, negara dan masyarakat

b)

Berkuatkuasa sepenuhnya sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah

c)

Asas perkembangan sistem sosial, ekonomi dan politik Islam

d)

Terdapat unsur yang berbentuk fleksibel berdasarkan kesesuaian masa, tempat, budaya, dan bangsa sesebuah masyarakat Islam

20.

Siapakah pengarah Bayt al-Hikmah ketika pemerintahan khalifah al-Makmun?

a)

Jurjis bin Jibril

b)

Harun al-Rasyid

c)

Hunay b. Ishaq

d)

Abdullah bin Saba’

21.

Kota Baghdad mempunyai 4 pintu masuk UTAMA iaitu:

a)

Kufah, Basrah, Syam dan Damsyik

b)

Kufah, Basrah, Khurasan dan Syam

c)

Kufah, Basrah, Syam dan Makkah

d)

Kufah, Basrah, Syam danYaman

22.

Berikut merupakan kawasan yang meliputi Tamadun Melayu kecuali?

a)

Nusantara

b)

Alam Melayu

c)

Timur Eropah

d)

Tanah Jawi

23.

Berikut adalah yang dimaksudkan dengan Orang Melayu, KECUALI..

a)

Mengamalkan adat tradisi Melayu

b)

Mempunyai ras dan ciri genetik Orang Melayu

c)

Menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca

d)

Orang Melayu hanya terdapat di Malaysia

24.

Takrif Melayu terdapat dalam perlembagaan dalam perkara?

a)

153

b)

160

c)

152

d)

164

25.

Siapakah Melayu diaspora?

a)

Melayu yang berada dalam kawasan Asia Tenggara

b)

Melayu yang menduduki Tanah Melayu

c)

Melayu yang merantau ke luar kawasan Alam Melayu

d)

Melayu yang berada didalam alam Melayu

26.

Tamadun Melayu berkembang dan menghasilkan tamadun awal Asia Tenggara dengan menghasilkan Emapayar Melayu hasil penguasaan laluan.......

a)

Perdagangan

b)

Pertanian

c)

Perikanan

d)

Perindustrian

27.

Kewujudan teknologi Maritim dalam Tamadun Melayu adalah melalui bukti arkeologi 2500 tahun dahulu di kawasan berikut, KECUALI...

a)

Pelabuhan Selat Melaka

b)

Kuala Selinsing

c)

Lembah Klang

d)

Lembah Bujang

28.

Sebelum kedatangan Islam, Empayar Melayu yang terbesar di Tanah Melayu adalah...

a)

Tanah Melayu Indonesia

b)

Langkasuka dan Baruas

c)

Tanah Melaka

d)

Funan dan Srivijaya

29.

Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu dari Cina adalah melalui jalan?

a)

Darat

b)

Laut

c)

Sutera

d)

Udara

30.

Antara kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah dengan kewujudan....

a)

Angkot Wat

b)

Kerajaan Langkasuka

c)

Batu bersurat Terengganu

d)

Candi Borobudur

31.

Selepas kedatangan Islam, kerajaan Melaka bergabung dengan Islam dan mencapai kegemilangan. Antara daerah Islam yang terbentuk adalah...

a)

Jawa, Sunda, Madura, Iban

b)

Acheh, Pasai, Perlak, Patani

32.

Apakah unsur tradisi utama yang dikekalkan turun temurun dalam Tamadun Melayu?

a)

Lemah lembut dalam perkataan

b)

Pakaian Tradisional Melayu

c)

Taat sultan dan hormat pemimpin

d)

Seni masakan tradisional Melayu

33.

Persuratan Melayu sebelum kedatangan Islam menggunakan?

a)

Sastera

b)

Ungkapan dan Mitos

c)

Historiografi Melayu

d)

Tajul Salatin

34.

Antara contoh nama kitab dalam perubatan Melayu adalah:

a)

Ilmu Falak

b)

Kitab Tibb

c)

Taj al-Mulk

d)

Mahsuri

35.

Kerajaan awal Melayu menggunakan sistem?

a)

Perlembagaan

b)

Yang di Pertuan Agong

c)

Beraja

d)

Perdana Menteri

36.

Siapakah Ketua Negara Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Sultan Negeri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Raja berpelembagaan

37.

Apakah nama kitab karangan Ibn Khaldun yang menjadi rujukan Ilmuan Islam?

a)

Mukaddimah

b)

Mukhatimah

c)

Muassarah

d)

Muamalah

38.

Ibn Khaldun menyenaraikan lima ciri bagi umran, apakah yang boleh difahami darinya?

a)

Agama membawa kepada perpecahan

b)

Masyarakat hidup tersusun tanpa perlunya sistem kenegaraan

c)

Hidup dengan cara pembandaran

d)

Tidak perlu kepada kepakaran dalam seni lukis dan seni reka

39.

Bagaimanakah ciri-ciri masyarakat bertamadun mengikut kaedah Islam?

a)

Menumpukan amalan duniawi semata-mata

b)

Menumpukan amalan ukhrawi semata-mata

c)

Menjalani kehidupan atas dasar sebagai khalifah di bumi

d)

Menjalani kehidupan atas menghambakan diri kepada makhluk

40.

Encik Hasan telah dikenakan hukuman sebat di atas kesalahannya meminum arak di khalayak ramai.


Manakah Maqasid Syariah yang PALING TEPAT berhubung dengan hukuman di atas?

a)

Menjaga Akal

b)

Menjaga harta

c)

Menjaga agama

d)

Menjaga maruah

41.

Yang manakah antara berikut merupakan sumber tamadun Islam?

a)

Tripitaka

b)

Ijtihad

c)

Injil

d)

Zabur

42.

Sesungguhnya kuasa-kuasa Barat mempunyai agenda untuk menjatuhkan tamadun Islam. Apakah agenda mereka?

a)

Membantu menyebarkan Islam kepada dunia

b)

Menjadikan negara Islam sebagai rujukan dunia

c)

Mengurangkan pengaruh hagemoni ke atas negara Islam

d)

Menyatakan ideologi Islam sebagai punca keganasan

43.

Pilih ciri-ciri yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun Barat.


i. Ketinggian akhlak

ii. Penciptaan baharu

iii. Keesaan dari sudut kepercayaan

iv. Inovasi dalam sains dan teknologi

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

Semua di atas

44.

Pilih takrifan PALING TEPAT mengenai tamadun Islam ?

a)

Kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman

b)

Kemajuan dicapai umat islam sepanjang sejarahnya

c)

Pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan

d)

Kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam

45.

Berikut ialah tokoh-tokoh ilmu perubatan Islam di Andalusia, KECUALI

a)

Ibnu Rush

b)

Ibnu Sina

c)

Ibnu Baytar

d)

Al-Zahrawi

46.

Hunayn bin Ishak ialah seorang sarjana ulung yang banyak menterjemahkan karya-karya klasik tamadun terdahulu ke bahasa arab. Apakah peranan utama beliau di Bayt al-Hikmah ?

a)

Pengarah Bayt al-Hikmah

b)

Ketua panel penterjemah

c)

Pengumpul karya-karya klasik

d)

Penterjemah karya-karya Yunani

47.

Ketika tahap masa ____________________, masyarakat Melayu dan Nusantara mempunyai amalan menyembah nenek moyang Hyan.

a)

selepas pengaruh Hindu-Buddha

b)

sebelum pengaruh Hindu-Buddha

c)

selepas kedatangan agama Islam

d)

selepas kedatangan agama Hindu-Buddha

48.

Islam tiba di Tanah Melayu dan Nusantara melalui beberapa kawasan. Namun sejarawan kuat berpendapat kedatangan Islam dari ____________________ adalah yang paling kukuh.

a)

India

b)

Tanah Arab

c)

Rantau Balkan

d)

China dan Champa

49.

Sistem khalifah merupakan sistem yang mana khalifah Islam adalah ketua umat Islam seluruh dunia. ____________________ merupakan kerajaan terakhir Islam yang menggunakan sistem khalifah.

a)

Kerajaan Bani Abbas

b)

Kerajaan Fatimiyyah

c)

Kerajaan Bani Umaiyah

d)

Kerajaan Turki Utmaniyah

50.

Antara yang berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai interaksi orang Melayu dan orang bukan Melayu?


I. Pergaduhan kaum 13 Mei 1969

II. Wujud masyarakat Baba Nyonya

III. Makanan Melayu nasi lemak yang enak dimakan

IV. Roti canai menjadi hidangan sarapan masyarakat Malaysia

a)

III sahaja

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas