NEW
Font size
WorksheetsRCE ISKANDAR 2021 - KUIZ SEKOLAH MENENGAH
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Berikut merupakan ciri-ciri kupu-kupu KECUALI
sesungutnya selalu menonjol
sayapnya tidak bergerak secara serentak semasa terbang
menutup sayapnya ketika berehat
aktif di waktu malam
Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan habitat di kawasan bandar KECUALI
menanam hanya satu jenis tumbuh-tumbuhan yang menjadi kegemaran fauna pilihan anda
membiarkan taman atau ruang kosong di rumah anda menjadi liar
membina ‘rumah’ atau kawasan perlindungan bagi fauna
meninggalkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidah dapat dihabiskan di luar rumah
Yang manakah antara berikut bukan etika yang perlu dicontohi semasa melakukan pemerhatian?
Mengelak daripada memegang haiwan yang hendak diperhatikan
Tidak mengganggu sarang haiwan
Mencabut tumbuh-tumbuhan untuk tujuan mengambil gambar
Memasang perangkap dengan bimbingan pakar
Berikut merupakan ciri-ciri sumber yang tidak boleh diperbaharui KECUALI
boleh digunakan sekali sahaja
banyak membebaskan karbon
sumbernya terhad
lebih mahal berbanding sumber yang boleh diperbaharui
Di antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui?
Biojisim dan solar
Gas asli dan nuklear
Biojisim dan nuklear
Gas asli dan solar
Pilih kenyataan yang paling tepat
Sumber boleh diperbaharui menyumbangkan cuma 10% karbon dioksida ke bumi
Arang batu merupakan sumber tenaga terbanyak yang digunakan di Australia
Pembinaan jalan bersebelahan dengan rumah kediaman merupakan adalah contoh alam sekitar yang tidak lestari
Penanaman tanaman secara bergilir-gilir di sesuatu kawasan tanah merosakkan komposisi tanah dan tidak lestari
Pembangunan lestari menitik beratkan faktor-faktor berikut KECUALI
kepercayaan
ekonomi
masyarakat
alam sekitar
Akta manakah yang merangkumi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam?
Akta 2007 (Akta 690)
Akta 2007 (Akta 672)
Akta 2008 (Akta 690)
Akta 2010 (Akta 672)
Apakah agensi kerajaan yang mengawal selia SWM Environment?
Solid Waste Management & Public Cleansing Corporation (SWCorp)
Solid Waste Management & Public Cleansing Corporation (SWMCorp)
Solid Management & Public Cleansing Corporation (SWCorp)
Solid Management & Public Cleansing Corporation (SWMCorp)
Berapa banyakkah sisa makanan yang dijana oleh rakyat Malaysia?
15, 880 tan sehari
16,688 tan sehari
15, 880 tan seminggu
16, 688 tan seminggu
Apakah konsep 3R dalam kitar semula?
Reuse – Reduce – Recycle
Reduce – Reuse – Recycle
Recycle – Reuse – Reduce
Refine – Reuse – Rebuild
Mengapakah kita perlu mengasingkan sisa mengikut kategorinya?
Kerana gesaan kerajaan
Untuk memudahkan proses kitar semula
Untuk mengelakkan dari disaman oleh pihak berkuasa tempatan
Untuk mendapat pujian orang lain
Apakah yang dimaksudkan dengan sisa organik?
Sisa yang terhasil dari aktiviti pembuangan sampah
Sisa yang asalnya terhasil dari organisma hidup
Sisa dari restoran
Sisa yang mengandungi hanya unsur karbon
Apakah yang menyebabkan sampah berbau busuk?
Tindakbalas gas beracun
Tindakbalas mikroorganisma terhadap sisa makanan
Kerana makanan sudah basi
Kerana sisa tidak dibuang dengan cara yang betul
Apakah nama kaedah yang digunakan untuk menukarkan sisa menjadi baja organik?
Pengasingan sisa
Fertigasi
Pengkomposan
Penurunan
Apakah perbezaan utama di antara baja kimia dan baja kompos?
Baja kimia lebih murah
Baja kompos berbau busuk
Kandungan bahan kimia di dalam baja kimia lebih tinggi dari baja kompos
Baja kimia lebih selamat digunakan berbanding baja kompos
Berapakah spesies haiwan dan burung yang terdapat di Tasik Chini?
305 haiwan, 188 burung
304 haiwan, 189 burung
188 haiwan, 305 burung
189 haiwan, 304 burung
Apakah yang menyebabkan saiz sesebuah negara itu semakin mengecil?
Penebangan hutan yang tidak terkawal
Pencairan ais
Hakisan tanah
Hakisan pantai
Berapa peratus bahan buangan plastik yang kembali ke sungai atau laut di Malaysia?
6.5%
6.6%
6.4%
6.7%
Kumpulan manusia yang mencari perlindungan di tempat lain (berhijrah) disebabkan keadaan di tempat mereka yang sudah tidak sesuai untuk didiami. Kenyataan ini merujuk kepada
Pelarian Antarabangsa
Pelarian Iklim
Pelarian Cuaca
Pelarian Pencemaran
Apakah yang dimaksudkan dengan Quadruple Helix?
Keterlibatan empat organisasi dari empat penjuru iaitu Kerajaan, Industri, Akademia dan Komuniti
Keterlibatan empat organisasi dari tiga penjuru iaitu Industri, Akademia dan Komuniti
Keterlibatan tiga organisasi dari tiga penjuru iaitu Industri, Akademia dan Komuniti
Keterlibatan Organisasi Bukan Kerajaan, Industri, Akademia dan Komuniti
Yang manakah antara berikut bukan objektif keterlibatan Quadruple Helix dalam Kebun Komuniti?
Menggalakkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi menyokong kerjasama
Menggalakan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran
Dapat berkongsi sumber kepakaran dari pelbagai pihak
Mendapatkan pengiktirafan di dalam pertandingan
Berikut adalah peranan organisasi-organisasi Quadruple Helix dalam Kebun Komuniti KECUALI
kerajaan berperanan memberi suntikan dana berbentuk fiskal
akademia berperanan memberikan latihan teknologi kepada komuniti
komuniti berperanan melakukan kerja-kerja berkebun secara paksaan
industri berperanan membantu memasarkan produk keluaran pertanian
Berikut adalah kebaikan yang dapat dicapai melalui kebersamaan Quadruple Helix dalam Kebun Komuniti KECUALI
meningkat perpaduan bangsa dan agama
mendokong dan merealisasikan SDG (matlamat pembangunan mampan)
melemahkan daya tahan fizikal dan mental
menghasilkan rantaian makanan yang selamat
Mengapa kita perlu membasuh batu-batu kecil (pebbles) sebelum dimasukkan ke dalam bekas terrarium?
Menghilangkan kotoran dan bakteria
Mencantikkan terrarium
Membolehkan air diserap
Menambahkan berat terrarium
Apakah fungsi arang di dalam terrarium?
Mengekalkan bauan tanah yang kurang enak
Menyerap bahan kimia dari tanah, air dan udara yang terkumpul di dalam terarium
Mengairkan lebihan wap air
Menyediakan zat makanan
Apakah turutan lapisan terrarium bermula dari lapisan paling bawah?
Arang, pasir, batuan kecil, tanah kompos, tumbuhan
Tanah kompos, pasir, batuan kecil, tumbuhan
Batuan kecil, pasir, arang, tanah kompos, tumbuhan
Arang, pasir, batuan kecil, tumbuhan, tanah kompos
Apakah fungsi batu-batu kecil di dalam terrarium?
Pengairan (wap air berlebihan akan diserap oleh batuan kecil)
Menyerap bauan
Menyediakan zat makanan kepada tumbuhan
Menyerap bahan kimia dalam tanah
Apakah masalah utama yang sering berlaku pada tumbuhan terrarium?
Kekurangan air
Terlebih air
Kekurangan nutrien dan zat
Kekurangan cahaya matahari
Berikut merupakan sebahagian daripada definisi biodiversiti bandar KECUALI
kepelbagaian hidupan (flora dan fauna)
kepelbagaian genetik flora dan fauna
kepelbagaian jenis gas di udara
kepelbagaian jenis habitat
