wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu - Tingkatan 2

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Jika kita makan di luar, kita perlu memilih premis makanan yang bersih dan bebas _______ serangga perosak.

a)

dari

b)

pada

c)

dengan

d)

daripada

2.

Biliknya berbau ______ kerana sudah berbulan-bulan tidak dikemas.

a)

hamis

b)

hapak

c)

tengik

d)

harum

3.

Murid-murid berkunjung ke pameran pencegahan jenayah itu diberikan beberapa naskhah __________ tentang langkah-langkah menghindarkan jenayah.

a)

buku

b)

risalah

c)

katalog

d)

jurnal

4.

Encik Haikal ______ kejayaan anaknya dalam peperiksaan SPM dengan mengadakan majlis kesyukuran.

a)

meraikan

b)

menyambut

c)

memeriahkan

d)

mengagungkan

5.

Saridavati menjadi jurujual di sebuah pasar raya ______ menunggu keputusan peperiksaan.

a)

sambil

b)

kerana

c)

apabila

d)

sementara

6.

Pihak kerajaan dan swasta perlu bekerjasama bagi ______ Kempen Budi Bahasa pada semua peringkat umur.

a)

berjaya

b)

menjayakan

c)

menjayani

d)

kejayaan

7.

Kita perlu beratur mengikut barisan dan tidak boleh ______ giliran orang lain.

a)

memotong

b)

menyampuk

c)

menyelang

d)

menyelit

8.

Karya sastera disampaikan dalam bentuk _______ yang dilengkapi dengan teks, grafik dan audio.

a)

multimedia

b)

multilateral

c)

multibahasa

d)

multidimensi

9.

Lai Yee merujuk kamus untuk ______ bahan-bahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

a)

terjemah

b)

menterjemah

c)

diterjemah

d)

terjemahkan

10.

Ah Kun _______ bertutur dalam bahasa kebangsaan hingga tidak kedengaran langsung pelat Cinanya.

a)

mahir

b)

pintar

c)

pakar

d)

fasih

11.

Pelbagai jenis barang tinggalan sejarah ______ di Muzium Negara.

a)

pameran

b)

berpamer

c)

dipamerkan

d)

mempamerkan

12.

Masyarakat Cina mempunyai ______ ketika membuat kuih bakul.

a)

pantang larang

b)

pantang makan

c)

pantang tidak

d)

pantang-pantang

13.

Wayang kulit merupakan sejenis kesenian yang berasal ______ negeri Kelantan.

a)

dari

b)

pada

c)

dengan

d)

daripada

14.

“______ biarkan anak-anak anda ke taman permainan tanpa pengawasan daripada ibu bapa,” kata beliau dalam majlis itu.

a)

sila

b)

usah

c)

harap

d)

tolong

15.

Budak-budak itu berlari ______ setelah terlempar sarang tebuan ketika bermain di taman permaian.

a)

lenggang-kangkung

b)

lintang-pukang

c)

gopoh-gapah

d)

lalu-lalang

16.

Aktiviti riadah yang dilakukan bersama-sama dengan keluarga dapat ______ hubungan kekeluargaan.

a)

rapatkan

b)

mengeratkan

c)

eratkan

d)

mengerat

17.

Azhan dan adiknya sedang ______ badan sebelum memulakan larian.

a)

mendidihkan

b)

menyejukkan

c)

melembutkan

d)

memanaskan

18.

Para pelancong dari Korea itu tidak melepaskan peluang untuk bergambar semasa melawat ______________ orang Kadazan tersebut.

a)

Kampung

b)

Perkampungan

c)

Desa

19.

Kami terpegun dengan persembahan __________ oleh anak-anak istimewa itu.

a)

budaya

b)

kebudayaan

c)

pembudayaan

20.

Undang-undang negara berada di bawah kuasa institusi __________ .

a)

hakim

b)

kehakiman

c)

perundangan

21.

Kawasan__________ saya meriah kerana terdapat dua buah majlis perkahwinan yang dijalankan serentak.

a)

rumah

b)

perumahan

c)

tempat tinggal

22.

Ketika _________Hari Gawai, perhiasan tradisional orang Ulu akan dipakai untuk dipamerkan kepada orang ramai.

a)

raya

b)

perayaan

c)

festival

23.

Perkataan yang sama taraf/seerti dengan perkataan ikon ialah ?

a)

imej

b)

gambaran

c)

idola

d)

rujukan

24.

Apakah maksud yang sesuai dengan perkataan meraih ?

a)

mengecapi

b)

memperoleh

c)

menghasilkan

d)

dapatan

25.

Perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan reputasi adalah ?

a)

prestasi

b)

nama baik

c)

cadangan

d)

gambaran

26.

Pilih perkataan yang menunjukkan ejaan yang betul.

a)

Destinisi

b)

Destinasi

27.

Pilih perkataan yang menunjukkan ejaan yang betul.

a)

ekopelancongan

b)

eko-pelancongan

c)

ecopelancongan

28.

Pilih perkataan yang menunjukkan ejaan yang betul.

a)

Diishtiharkan

b)

Diisytiharkan

c)

Dishtiharkan

29.

Pilih perkataan yang menunjukkan ejaan yang betul.

a)

semulajadi

b)

semula jadi

c)

semula-jadi

30.

Soalan 13-15 mempunyai kesalahan bahasa dalam ayat. Tulis jawapan yang betul.

Fatin akan makan nasi ayam tetapi tersilap memesan nasi goreng ayam.

(a)  

31.

Sebelum menyertai pasukan Kadet Remaja Sekolah, saya belum memasuki Persatuan Bulan Sabit Merah.

(a)  

32.

Encik Hariz hendak berada di pejabat ketika banjir kilat itu berlaku.

(a)  

33.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa atau mungkin tidak. Pilih jawapan yang sesuai.

Setiap ibu bapa sepatutnya berasa bimbang akan keselamatan anak gadis yang sering pulang ke rumah lewat malam.

a)

bimbangkan keselamatan

b)

bimbang keselamatan

c)

tiada kesalahan

34.

Para pengembara itu tidur di bawah pokok berselimutkan dengan embun.

a)

dengan berselimut embun

b)

berselimutkan embun

c)

tiada kesalahan

35.

Maksud yang sesuai dengan peribahasa bagai aur dengan tebing ialah ?

a)

pihak yang kuat harus membantu pihak yang lemah

b)

gandingan yang sukar dipisahkan

c)

semangat bekerjasama dan saling membantu

36.

Dayana sering dipergunakan dan dipermainkan oleh pihak tertentu kerana sikapnya yang jujur serta lurus itu.

Sikap Dayana sesuai dengan peribahasa.

a)

Kacang hantu

b)

Berat mulut

c)

Lurus bendul

37.

Devarupa melakukan kerja rumah yang disuruh ibunya secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

Sikap Devarupa boleh diibaratkan

a)

Ukur baju di badan sendiri

b)

bagai melepaskan anjing tersepit

c)

kera mendapat bunga

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

38.

Untuk soalan 1-10


TANDAKAN A, B ATAU C UNTUK YANG ADA KESALAHAN DAN TANDAKAN D UNTUK TIADA KESALAHAN.


Sedikit perwarna merah dimasukkan ke dalam adunan kek itu.

a)

sedikit

b)

perwarna

c)

adunan

d)

tiada kesalahan

39.

Huruf-huruf pada kekunci komputer ayah kelihatan pudar akibat kerap digunakan.

a)

pada

b)

kekunci

c)

pudar

d)

tiada kesalahan

40.

Doktor mengesahkan bahawa ayah meghidap kanser pembuluh darah dan dia perlu mendapatkan rawatan segera.

a)

bahawa

b)

menghidap

c)

pembuluh

d)

tiada kesalahan

41.

Para pendagang itu menambat unta masing-masing di bawah pokok kurma milik Sheikh Hadi.

a)

pendagang

b)

menambat

c)

di bawah

d)

tiada kesalahan

42.

Saadiah mengumpulkan _____________ lalu tergesa-gesa meninggalkan rumah.

a)

kain baju

b)

akal fikiran

c)

tikar bantal

d)

hutang piutang

43.

"Kita akan siasat hingga ___________ dalang yang cuba mengganggu kampung ini," kata Tok Janggut dengan penuh semangat.

a)

akar kata

b)

akar umbi

c)

akar banir

d)

akar rambut

44.

Malik dengan ikhlas menyerahkan segala ______________ yang diwarisi daripada datuk dan neneknya kepada Yayasan Anak Yatim kawasan tersebut.

a)

harta karun

b)

harta benda

c)

harta bawaan

d)

harta pencarian

45.

Pertunjukan Citra Warna itu berjaya menarik ramai pelancong kerana _____________nya petah berbahasa Sepanyol, Jepun, Korea, Inggeris dan Jerman.

a)

jurureka

b)

jurumudi

c)

juruacara

d)

juruhebah

46.

Apakah persamaan antara ringkasan dan rumusan?

a)

Mempunyai isi tersirat

b)

Mempunyai 6 isi

c)

Tidak melebihi 100 patah perkataan

47.

Ulasan mempunyai

a)

Isi tersurat sahaja

b)

Isi tersirat sahaja

c)

Isi tersurat dan isi tersirat

d)

Enam idea sokongan

48.

Calon perlu menyatakan 1 idea utama, 6 idea sokongan dan 1 kesimpulan. Berikut merupakan?

a)

Rumusan

b)

Ringkasan

c)

Ulasan

d)

Karangan Bahan Rangsangan

49.

Pendahuluan mesti dimulakan dengan ____________

a)

Rumusan membincangkan

b)

Petikan membincangkan

c)

Karangan membincangkan

d)

Pada era globalisasi ini

50.

Bagaimana murid mengenal pasti isi tersurat?

a)

cari dalam petikan

b)

buat sendiri

c)

google

d)

boleh diabaikan

51.
Petikan membincangkan peranan kaunselor di sekolah.
Nyatakan bahagian perenggan tersebut.
a)
Penutup/Kesimpulan
b)
Pendahuluan
c)
Isi Tersurat
d)
Isi Tersirat
52.

Berapa isi tersurat perlu ada (maksimum)

a)

6

b)

5

c)

4

d)

3

53.

Dalam penulisan sesebuah rumusan, rumusan yang lengkap mempunyai ____ perenggan.

a)

satu

b)

dua

c)

tiga

d)

empat

54.
Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
a)
buah fikiran
b)
buah mulut
c)
buah pena
d)
buah hati
55.
Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
a)
mulut tempayan
b)
baik sangka
c)
murah hati
d)
pilih kasih
56.
Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
a)
buah fikiran
b)
mahkota hati
c)
durian runtuh
d)
mata duitan
57.
Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
a)
berpeluk tubuh
b)
makan suap
c)
putih mata
d)
mati kutu
58.
Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
a)
cacing kepanasan
b)
kaki bangku
c)
gila bayang
d)
otak udang
59.
Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
a)
gulung tikar
b)
angkat kaki
c)
curi tulang
d)
cuci perut
60.
Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
a)
campur tangan
b)
ambil angin
c)
ganti tikar
d)
batu api