Font size
WorksheetsLatihan Kata Ganti Nama 1
Total questions: 50
Worksheet time: 17mins
“ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
Saya
Kami
Beta
Patik
“Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
Saya
Kamu
Dia
Beliau
“ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
Beta
Hamba
Patik
Baginda
Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
dia
beliau
mereka
kita
“ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
Beta
Hamba
Patik
Baginda
_____ telah berkhidmat sebagai guru di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
Dia
Beliau
Mereka
Kita
______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
Saya
Anda
Mereka
Kita
“ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
kita
kami
kalian
kamu
“ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
Saya
Kamu
Dia
Kita
“______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus dan Johan kepada Ang.
Saya
Kamu
Kami
Kita
“Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
kamu
kita
kalian
anda
_____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
Dia
Beliau
Mereka
Baginda
_____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
Saya
Anda
Dia
-nya
Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
beliau
dia
ia
-nya
"Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.
saya
kamu
kami
kita
Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
Kami
Kalian
Mereka
Kita
"Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
tuanku
kamu
dia
kalian
Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
saya
kamu
beliau
baginda
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
saya
kamu
dia
kita
Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
saya
kamu
dia
beliau
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
kami
kalian
mereka
kita
"Nah, ambil wang _______! "kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
ini
itu
sini
situ
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
sini
sana
situ
mana
"Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.
sini
situ
sana
mana
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______ .
dia
beliau
ia
-nya
"Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.
saya
kamu
kami
kalian
"Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______," kata Laily kepada Ahmad.
ini
itu
sini
situ
"_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,"ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka.
Kami
Kalian
Kita
Mereka
“ mahu keluar bermain,” kata Aiman dan abangnya kepada ayah mereka.
Saya
Kami
Kita
Kalian
Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis perasmian itu kerana berada di luar negara.
dia
baginda
beliau
ia
“Tulis nama di ruang ini,” kata kerani itu kepada Kamsiah.
saya
kamu
dia
kita
Razali menangis kerana dirotan oleh ayahnya.
dia
beliau
kami
kita
Perompak-perompak itu telah ditangkap oleh polis. Esok, akan didakwa di mahkamah.
dia
beliau
mereka
kalian
Tiga orang pemuda itu memberitahu Sarjan Farid bahawa telah dirompak.
dia
beliau
ia
mereka
Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menghadiri majlis itu. diiringi Raja Permaisuri Agong.
Dia
Beliau
Baginda
Beta
Saya dan Danish berjiran. tinggal di Taman Jasmin.
Kami
Kalian
Kita
Mereka
Ali dan Danish berjiran. tinggal di Taman Jasmin.
Kami
Kalian
Kita
Mereka
Murid-murid itu kuat berlari. terpilih untuk mewakili sekolah.
Dia
Mereka
Kita
Beliau
Pengemis itu kelihatan lemah kerana sudah sehari suntuk ______ tidak makan.
dia
beliau
mereka
baginda
"Buku cerita di atas meja ______ kepunyaan adik", kata ayah kepada Sani.
saya
kamu
ini
itu
“Bilakah ______ hendak datang ke rumah saya ?” tanya Munir kepada Aiman dan Salim.
kamu
kalian
kita
mereka
Kami tinggal di ______ semenjak lima tahun yang lalu.
ini
sini
kini
begini
Jangan datang ke ________kerana tempat ini tidak selamat.
ini
sini
itu
situ
Jangan pergi ke ________kerana tempat itu tidak selamat.
ini
sini
itu
situ
Lelaki yang berkemeja biru ______ abang saya.
ini
sini
itu
situ
Pasu bunga di bawah pokok _______ dibeli oleh ayah di Sarawak.
itu
sini
begini
begitu
Guru Besar sedang menyampaikan ucapan di hadapan murid-murid sekolahn. __________ menasihati__________
supaya sentiasa menjaga nama baik sekolah.
Dia..........mereka
Dia..........kalian
Beliau..........mereka
Beliau..........kalian
"Sudah beberapa kali _______ mengingatkan _______ supaya jangan ponteng sekolah." kata Cikgu Lim kepada Chong dan David.
beliau..........mereka
saya..........kamu
saya..........mereka
kami..........kita
“______ perlu bercakap dengan sopan terutama dengan orang yang lebih tua daripada _____ ,” kata Cikgu Normah kepada murid-muridnya.
Kamu..........anda
Anda..........kamu
Kita..........kita
Kamu..........kamu
“Walau apa pun yang terjadi, ______ rakyat Malaysia harus bersatu padu untuk menjamin kesejahteraan negara _____,” kata Perdana menteri.
kalian..........kalian
kita..........kita
saya..........saya
mereka..........mereka
