WorksheetsKuiz BM
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
................................. yang baru dipikatnya itu dikurung di dalam sangkar.
Tikus
Burung
Ikan
Monyet
Ibu belajar menganyam .......................... mengkuang daripada nenek.
alas
tikar
sarung
lapik
Ilyas cuba menenangkan kedua-dua orang ......................... yang sedang bertegang leher itu.
kanak-kanak
nenek tua
pemuda
peragut
Penyiasatan kes pembunuhan itu diketuai oleh ___________.
Mejar Umping
Doktor Lim
Peguam Tommy
Inspektor Rahman
Jam tangan yang berjenama __________ itu dihadiahkan oleh Encik Goh kepada anaknya.
Rolex
Darlie
Caltex
Toyota
Orang ramai berkunjung ke ___________ untuk melihat gerhana matahari.
Bangunan KLCC
Menara Kuala Lumpur
Planetarium Negara
Zoo Negara
Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
kaku
riang
diam
nyenyak
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
cemas
terharu
terkejut
kecewa
Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
Ular Sawa itu sedang ___________ seekor anak kambing.
mematuk
melulur
meratah
menggigit
Sarah membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga.
membakar
menekan
menerap
mengadun
Ngah Lijah duduk ______ di atas pangkin itu untuk meluruskan kakinya setelah penat bekerja di sawah.
berlunjur
meniarap
beradab
termenung
Kakak ____________ dulang yang berisi beberapa gelas air oren untuk dihidangkan kepada tetamu.
mengilik
menatang
membimbit
memangku
______________ kah yang bakal menggantikan tempat Tuan Guru Besar selepas beliau bersara wajib nanti?
Apa
Di mana
Berapa
Siapa
______________ kah caranya kamu mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ?
Siapa
Kenapa
Berapa
Bagaimana
________________ kesan buruk yang akan timbul sekiranya pembalakan haram tidak dikawal?
Apakah
Bilakah
Berapakah
Di manakah
Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
tetapi
bahawa
supaya
kerana
Jurulatih itu menjelaskan perkara sebenar __________ semua anak buahnya berpuas hati.
tetapi
sambil
kecuali
sehingga
Pameran buku itu dibuka kepada orang ramai setiap hari __________ hari Jumaat.
sementara
kemudian
kecuali
jikalau
Salmah dan Hani selalu _____________ semasa membersihkan taman perumahan mereka.
tegur - menegur
berkejar - kejaran
rempah - ratus
teresak - esak
Adik tidak dapat menunggang basikalnya kerana __________ basikalnya telah rosak.
rempah - ratus
hingar - bingar
kekisi
jejari
Ibu memasak kari ayam dengan menggunakan ____________ yang dibeli.
hiruk - pikuk
rempah - ratus
awan - gemawan
adai - badai
"Ampunkan _______ Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja.
beta
patik
hamba
baginda
Setiap kali Nana datang ke rumah saya, dia mesti __________ kerana kami sedang makan.
langkah seribu
langkah kanan
langkah panjang
Semua kemahuan Azmir dipenuhi. Dia _________ keluarganya
anak bongsu
anak angkat
anak sulung
anak emas
______________bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam.
Reka cipta
Reka bina
Reka rupa
Reka acuan
Beberapa orang _____________ syarikat itu telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.
jawatankuasa
warganegara
kakitangan
pesuruhjaya
Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes yang menyebabkan virus demam denggi kepada manusia. Kita sering kali alpa dan memandang enteng tentang wabak denggi sehingga ada dalam kalangan ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi.
Apakah maksud rangkai kata memandang enteng?
mengambil mudah
membuat senang
menjadi remeh
melihat renyah
Demam denggi bermula dengan pesakit mengalami demam panas diikuti dengan simptom-simptom lain seperti sakit kepala, sakit sendi dan sakit pada bahagian belakang mata serta ruam merah di kulit. Apabila platlet darah pesakit demam denggi semakin berkurangan secara berterusan, tekanan darah akan menjadi rendah, denyutan nadi juga semakin laju dan akhirnya berlaku kematian.
Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi berdasarkan petikan kecuali
ruam merah di kulit
sakit kepala
demam selesema
sakit sendi
Demi memastikan keluarga bebas daripada demam denggi, kita mestilah memastikan keselamatan di dalam rumah. Sebagai contoh, tingkap dan pintu mestilah ditutup menjelang waktu senja. Selain itu, kita juga boleh menggunakan lingkaran elektrik atau penyerap cecair bagi menghalang serangga seperti nyamuk aedes masuk ke dalam rumah.
Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan demam denggi?
menggunakan cecair anti denggi
menutup pintu dan tingkap pada waktu malam
menggunakan lingkaran elektrik
memastikan keselamatan di dalam dan di luar rumah
Kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap penyebaran maklumat secara global. Kewujudan media baharu seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube telah memberikan impak yang positif terhadap masyarakat global.
Berikut adalah antara platform media sosial, kecuali...
youtube
wikipedia
Rangkaian media sosial telah memberikan akses kepada semua pengguna Intemet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada cara tradisional. Mesej penting dapat dihantar secara dalam talian pada bila-bila masa kerana sifatnya yang mudah diakses dengan kemudahan Internet. Tindakan seperti ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos daripada terpaksa membuat penghantaran melalui pos.
Berikut merupakan manfaat media sosial kepada pengguna, kecuali...
pengguna dapat berhubung dengan lebih cepat
pengguna terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan Internet
pengguna dapat menghantar mesej penting dengan mudah
pengguna dapat menjimatkan masa daripada membuat penghantaran melalui pos
