Font size
WorksheetsKESALAHAN BAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Rumah-rumah yang cantik-cantik itu sudah habis dijual.
(a)
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Semua anggota pertubuhan itu bersetuju untuk membincangkan agenda lain-lain hal dalam mesyuarat itu.
(a)
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Dia menaiki mini bas ke tempat kerja.
(a)
Pilih jawapan yang betul
Pak Leman menghalau anak itik-anak itik yang berada di atas tangga rumahnya.
anak itik-anak itik - itik
anak itik-anak itik - anak itik
anak itik - anak itik - anak itik-itik
anak itik-anak itik - anak-anak itik
Pilih jawapan yang betul.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bertitah kepada semua pihak agar tampil untuk membantu mangsa banjir dengan segera.
Sultan Johor - Sultan Pahang
agar tampil - agar bersama
semua pihak - semua-semua pihak
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
Hadif gugup ketika mahu menyerahkan surat amaran berkaitan kes ponteng sekolah yang dikirim oleh guru kelas pada ibunya.
Hadif gugup - hadif cemas
pada - kepada
dikirim oleh guru kelas - guru kelas kirim
tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
Para murid-murid Tingkatan Dua Bukhari didenda oleh Cikgu Rahimah kerana tidak menyiapkan latihan Bahasa Melayu.
Para murid-murid - para murid-para murid
Para murid-murid - murid
Para murid-murid - Murid-murid
Tiada kesalahan
