wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah pt 3 smkrd 2021 bab 1,2,3,4,5,6,7,8

Total questions: 64

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tugas pembesar daerah?

a)

Menjaga keamananan Mengetuai pentadbiran

b)

Mengetuai pentadbiran

c)

Melantik pengganti sultan

d)

Meluaskan kawasan jajahan

2.

Senarai berikut berkaitan dengan system timbangan yang digunakan dalam masyarakat Melayu tradisional.


• 12 saga = 1 mayam

• 16 mayam = 1 bungkal

• 12 bungkal = 1 kati


Apakah barang dagangan yang ditimbang

melalui sistem timbangan tersebut?

a)

Beras

b)

Emas

c)

Minyak

d)

Batu permata

3.

Senarai berikut berkaitan dengan cerita rakyat dalam masyarakat Melayu.


• Si Tanggang Anak Derhaka

• Anjing dengan Bayang-bayang


Apakah peranan cerita tersebut dalam sistem

pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional?

a)

Berkarya

b)

Menghibur

c)

Menasihat

d)

Menghafal

4.

Bagaimanakah kuasa Portugis berjaya tiba di benua Asia?

a)

Bersaing dengan Belanda

b)

Menandatangani perjanjian

c)

Menubuhkan syarikat perdagangan

d)

Menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi

5.

Mengapakah kuasa Barat memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan di Alam Melayu?

a)

Persediaan ke Canton

b)

Mengumpul hasil bumi

c)

Menjalankan perdagangan

d)

Mendapatkan barang dagangan

6.

Mengapakah pada abad ke-19 dan ke-20 memperlihatkan kuasa Barat berlumba-lumba datang ke negara kita untuk mendapatkan getah asli?

a)

Mutu getah asli negara kita terbaik

b)

Kemunculan perusahaan kereta di Eropah

c)

Negara kita pengeluar getah terbesar dunia

d)

Pembesar tempatan berjaya memajukan perusahaan getah

7.

Apakah kesan pembukaan Terusan Suez terhadap negara kita?

I Perusahaan getah meningkat

II Perkembangan industri perkapalan

III Menggalakkan kedatangan kuasa Barat

IV Mempercepatkan urusan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Jadual berikut menunjukkan perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dengan negeri-negeri Melayu.


Tahun Negeri

1650 Perak

1786 Selangor

Apakah tujuan perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

Pertahanan

b)

Penyerahan kuasa

c)

Semangat setiakawan

d)

Perdagangan bijih timah

9.

Antara berikut, yang manakah berjaya menguasai negara kita melalui strategi pajakan?

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

James Brooke

d)

Syarikat British Utara Borneo

10.

Apakah peristiwa yang menunjukkan strategi pakatan dalam penguasaan negara kita?

a)

British mendapatkan Melaka

b)

Kejadian di Tanjung Rachado

c)

Konflik pembesar di Sungai Ujong

d)

Penyerahan Singapura kepada British

11.

Senarai berikut merupakan kuasa Barat yang bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di

Timur pada abad ke-18.


• Britain

• Belanda

• Perancis


Apakah yang hendak dicapai melalui saingan tersebut?

a)

Menguasai kekayaan

b)

Menyebarkan tamadun

c)

Mengembangkan agama

d)

Memperkenalkan sistem pendidikan

12.

Apakah faktor yang menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi yang strategik kepada British?

a)

Pusat bandaraya

b)

Pusat kebudayaan

c)

Pusat pentadbiran

d)

Pusat pengumpulan barang

13.

Siapakah yang membuat tipu helah untuk menduduki Pulau Pinang?

a)

SHTI

b)

J.W.W. Birch

c)

Francis Light

d)

Stamford Raffles

14.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi membolehkan beliau menduduki Singapura?

a)

Mengiktiraf Tengku Hussein sebagai sultan

b)

Memulau pelantikan Tengku Abdul Rahman

c)

Menawarkan bantuan ketenteraan kepada Tengku Hussein

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Abdul Rahman

15.

Bagaimanakah Perjanjian Inggeris-Belanda 1650 memberi kesan kepada kerajaan Alam Melayu?

a)

Menghapuskan institusi kesultanan

b)

Melaksanakan undang-undang Barat

c)

Mengambil alih pemerintahan tradisional

d)

Membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

16.

Apakah syarat perjanjian London 1824?

a)

British berundur di Singapura

b)

Belanda menyerahkan Bangkahulu kepada British

c)

Belanda menyerahkan Melaka kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatkan di tanah Melayu dengan izin British

17.

Apakah persamaan yang dimainkan oleh negeri Pulau Pinang Singapura dan Melaka sebelum menjadi Negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

18.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British?

a)

Kos pentadbiran sifar

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menguasai keseluruhan Selat Melaka

d)

Kejayaan mengatasi perdagangan Belanda

19.

Mengapakah pentadbiran Negeri-negeri Selat oleh Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas had dalam kalangan saudagar Negeri-negeri Selat?

I Tidak melindungi saudagar Negeri-negeri Sela

II Tiada undang-undang berkaitan Negeri -negeri Selat

III Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketua oleh Gabenor

IV Menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pembuangan banduan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London.

Apakah kesan Iangkah tersebut kepada status Negeri-negeri Selat?

a)

Dijanjikan kemerdekaan

b)

Menjadi tanah jajahan British

c)

Mendapat perlindungan British

d)

Mengamalkan pentadbiran British

21.

Senarai berikut merupakan tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembangunan negara

kita.


• Yap Ah Loy

• Abdullah Hukum


Apakah persamaan dalam sumbangan mereka?

a)

Menamatkan huru-hara

b)

Menentang kuasa British

c)

Membangunkan Kuala Lumpur

d)

Memajukan perusahaan bijih timah

22.

Apakah punca kumpulan Ghee Hin dan Hai San terlibat dalam Perang Larut?

a)

Menentang kuasa penjajah

b)

Membantah undang-undang tidak adil

c)

Menolak kadar cukai bijih timah yang tinggi

d)

Mempertahankan hak dalam perlombongan bijih timah

23.

Berikutan kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah berpendapat bahawa beliau adalah orang yang paling layak menjadi Sultan Perak.

Apakah jawatan beliau ketika itu?

a)

Raja Muda

b)

Raja Di Hilir

c)

Menteri Larut

d)

Raja Bendahara

24.

Rompakan kapal dagang British dan serangan rumah api merupakan peristiwa yang digunakan oleh British untuk mendesak supaya negeri Melayu X menerima perlindungan British.

Apakah X?

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

25.

Menurut Perjanjian Pangkor 1874, apakah peranan dan tanggungjawab Residen British?

a)

Mengambil alih pemerintahan

b)

Melemahkan kedudukan sultan

c)

Melaksanakan undang-undang British

d)

Menasihati sultan dalam hal pentadbiran

26.

Pelaksanaan Sistem Residen memperlihatkan pelbagai kelemahan kerana Residen tidak diberi garis panduan yang jelasuntuk menjalankan tugas.

Bagaimanakah British mengatasi masalah kelemahan tersebut?

a)

Membentuk persekutuan

b)

Menghakis kuasa raja-raja Melayu

c)

Melaksanakan undang-undang British

d)

Memastikan sultan menerima nasihat Residen

27.

Senarai berikut merupakan matlamat yang

hendak dicapai oleh Kedah.

• Mempertahankan negeri daripada serangan

kuasa lain

• Meletakkan diri lebih tinggi daripada kuasa

lain

• Mengelakkan gangguan politik kuasa lain


Bagaimanakah pemerintah Kedah mencapai matlamat tersebut?

a)

Mennbesarkan angkatan tentera

b)

Mendapatkan periindungan British

c)

Melancarkan dasar perluasan kuasa

d)

Menjalinkan hubungan dengan Siam

28.

Apakah peranan pembesar peringkat negeri?

a)

Menjaga keamanan

b)

Membekalkan tenaga tentera

c)

Mempertahankan kedaulatan negara

d)

Mentadbir dan mengutip cukai di kawasan

29.

Jentera pentadbiran berikut diwujudkan oleh

Maharaja Abu Bakar di Johor.


• Majlis Jemaah Diraja Johor

• Jemaah Menteri

• Jabatan-jabatan kerajaan


Apakah tujuan baginda berbuat demikian?

a)

Menggubal perlembagaan bertulis

b)

Mengelakkan campur tangan British

c)

Mengasaskan pentadbiran yang cekap

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

30.

Perjanjian berikut telah ditandatangani antara

British dengan Siam sebelum tahun 1909.


Tahun Perjanjian


1897 Perjanjian Sulit

Apakah yang hendak dicapai oleh British dalam perjanjian tersebut?

a)

Menjalinkan perdagangan dengan Siam

b)

Menduduki Negeri-negeri Melayu Utara

c)

Menyekat peluasan kuasa Barat yang lain

d)

Mengakui hak pertuanan Siam ke atas negeri

Kedah

31.

Maklumat manakah yang benar tentang

Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Perjanjian ditandatangani pada 13 September

1909

b)

Perjanjian ditandatangani oleh British dan

negeri Perlis, Kedah, Kelantan danTerengganu

c)

Negeri Perlis, Kedah, Kelantan danTerengganu menerima seorang Penasihat Britsih

d)

Wakil British yang menandatangani

perjanjian ialah E.H. Strobel

32.

Pada tahun 1879, British menawarkan pinjaman

sebanyak 200 000 dolar kepada Johor untuk

membiayai pembinaan kereta api. Apakah tujuan British berbuat demikian?

a)

Menjalinkan persahabatan

b)

Memanipulasi kewangan Johor

c)

Menghulurkan bantuan kewangan

d)

Membawa pemodenan kepada Johor

33.

Apakah asas yang menjadi pegangan dalam Sistem Kesukuan?

a)

Perkenan sultan

b)

Adat masyarakat

c)

Pengaruh pembesar

d)

Kebijaksanaan ketua

34.

Senarai berikut merujuk kepada pembesar-

pembesar yang mentadbir kawasan di Sungai

Sarawak.


• Datu Patinggi

• Datu Bandar

• Datu Temenggung

Apakah status mereka dalam pentadbiran?

a)

Ketua Polis

b)

Pemungut hasil

c)

Wakil Sultan Brunei

d)

Perantaraan rakyat dengan Brunei

35.

Apakah "masalah" yang dihadapi Pengiran Raja Muda Hashim sehingga menyebabkan beliau meminta bantuan James Brooke?

a)

Kemerosotan ekonomi

b)

Kelemahan dalam pentadbiran

c)

Amalan rasuah dalam kalangan pentadbir

d)

Kebangitan penduduk menentang Pengiran Brunei

36.

British menamatkan ancaman lanun dan melindungi perdagangan Brunei merupakan syarat dalam perjanjian di antara Sultan Brunei dengan British pada 18 Disember 1846.

Apakah kesan perjanjian tersebut kepada British?

a)

Menguasai Labuan

b)

Meluaskan kuasa ke Brunei

c)

Menaungi Kesultanan Brunei

d)

Mengambil alih pentadbiran Sarawak

37.

Apakah alasan James Brooke untuk menentang orang Iban di Sarawak?

a)

Pemberontak

b)

Menghapuskan lanun

c)

Mempertahankan Saribas

d)

Melaksanakan pembaharuan

38.

. Apakah jawatan tertinggi masyarakat Iban di Sarawak yang diwujudkan oleh Charles Brooke?

a)

Kapitan

b)

Temenggung

c)

Pegawai Daerah

d)

Ketua Anak Negeri

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran berasaskan kaum di Sarawak.


Etnik Peranan

Melayu Pentadbiran

Cina Ekonomi

Iban Keselamatan dan ketenteraan


Apakah rasional pelaksanaan strategi tersebut?

a)

Pentadbiran berhierarki

b)

Memantapkan pentadbiran

c)

Pengekalan pembesar tempatan

d)

Pelaksanaan perundangan Barat

40.

Antara berikut, yang manakah ciri utama ekonomi moden?

a)

Kesesuaian setempat

b)

Melibatkan pemerintah

c)

Pengeluaran berskala besar

d)

Keutamaan kepada keperluan

41.

Maklumat berikut merujuk kepada kawasan kegiatan pertanian komersial di Sarawak.


• Sungai Igan


Apakah pertanian komersial yang diusahakan?

a)

Sagu

b)

Getah

c)

Gambir

d)

Lada hitam

42.

Mulai tahun 1930, pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah mula mengatasi pengeluaran

oleh pelombong Cina.

Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

Usaha gigih

b)

Kawasan strategik

c)

Penggunaan teknologi moden

d)

Permintaan meningkat di Eropah

43.

. Jadual berikut menunjukkan keluasan ladang getah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1901

hingga 1912.


Tahun Jumlah ekar


1901 5 965


1904 19239


1908 240000


1912 642000


Mengapakah berlaku peningkatan keluasan ladang secara mendadak?

a)

Sumbangan pekebun kecil

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Penglibatan pengusaha tempatan

d)

Permintaan meningkat di pasaran dunia

44.

5. Apakah perkembangan di Negeri-negeri Melayu yang berkaitan dengan maklumat berikut?


• Sistem Kontrak

• Sistem Kangani

a)

Ekonomi eksport

b)

Proses perbandaran

c)

Kemasukan buruh asing

d)

Sistem kewangan dan insurans

45.

. Apakah mata wang yang digunakan bagi menggantikan Dolar Selat pada tahun 1939?

a)

Rupiah

b)

Dolar Malaya

c)

Dolar Malaysia

d)

Ringgit Malaysia

46.

. Apakah tujuan utama landasan kereta api dibina

pada tahun 1885 — 1896?

a)

Menghubungkan seluruh Tanah Melayu

b)

Digunakan untuk membawa penumpang

c)

Menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan

d)

Menghubungkan antara utara Tanah Melayu dengan selatan

47.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan sekolah X semasa penjajahan British.


X

• Lulusan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan pentadbiran.

• Menyediakan keperluan pegawai tadbir rendah dalam perkhidmatan kerajaan.


Apakah X?

a)

Sekolah Cina

b)

Sekolah Tamil

c)

Sekolah Melayu

d)

Sekolah Inggeris

48.

. Antara berikut, apakah bentuk penentangan yang didukung oleh masyarakat tempatan terhadap

British?

a)

Rundingan

b)

Perundangan

c)

Keputusan mahkamah

d)

Langkah tidak bekerjasama

49.

. Maklumat berikut berkaitan dengan sebab-sebab tokoh X menentang kuasa Barat.


Tokoh X

• Dituduh sebagai lanun

• Pergerakan masyarakat diawasi

• Petempatan mereka dihapuskan

Siapakah tokoh X?

a)

Rentap

b)

Syarif Masahor

c)

Dato' Bahaman

d)

Haji Abdul Rahman Limbong

50.

. Rajah berikut berkaitan dengan kebangkitan menentang British.


Perjanjian Mengancam kedudukan

Pangkor 1874 sultan dan pembesar Perak


Siapakah tokoh yang mencabar perjanjian tersebut?

a)

Dol Said

b)

Tok Janggut

c)

Yamtuan Antah

d)

Dato' Maharaja Lela

51.

Mengapakah pembinaan balai polis di Lubuk Terua menimbulkan kemarahan Dato' Bahaman?

a)

British tidak berbincang terlebih dahulu

b)

Masyarakat Lubuk Terua tidak memerlukan balai polls

c)

Peranannya sebagai penguat kuasa undang-undang tergugat

d)

British tidak mengambil orang tempatan menjadi anggota polls

52.

Senarai berikut menunjukkan penentangan masyarakat tempatan terhadap British.

• Dato' Maharaja Lela berjaya membunuh Residen British.

• Syarif Masahor berjaya menyerang Kanowit dan membunuh tiga orang pegawai British.


Pada pendapat anda, apakah kekuatan yang ada pada pejuang-pejuang tersebut sehingga berjaya mencapai matlamat penentangan?

a)

Muafakat

b)

Perundangan

c)

Kubu pertahanan

d)

Teknologi senjata

53.

Mengapakah British mengambil keputusan untuk menghukum Haji Abdul Rahman Limbong

dengan membuang negeri ke Makkah?

a)

Menunjukkan simpati

b)

Mengambil hati sultan

c)

Meredakan ketegangan

d)

Memenuhi kehendak rakyat

54.

Mengapakah British mengambil keputusan untuk menghukum Haji Abdul Rahman Limbong

dengan membuang negeri ke Makkah?

a)

Menunjukkan simpati

b)

Mengambil hati sultan

c)

Meredakan ketegangan

d)

Memenuhi kehendak rakyat

55.

Maklumat berikut merujuk kepada perubahan sikap British dalam pentadbiran di Negeri-negeri

Melayu.

• Berhati-hati dalam sistem pentadbiran.

• Merombak semula skim penempatan pegawai.

Apakah peristiwa yang membawa kepada perubahan sikap British?

a)

Masalah ekonomi

b)

Penentangan masyarakat tempatan

c)

Tuntutan kuasa pentadbiran pembesar tempatan

d)

Sikap tidak bekerjasama dari pemerintah tempatan

56.

Mengapakah British menubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu?

a)

Mengurangkan kos pentadbiran

b)

Menguasai seluruh negeri Melayu

c)

Meningkatkan taraf hidup orang Melayu

d)

Melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran

57.

Berikut merupakan kaedah British menentukan sempadan Siam dengan Negeri Melayu Utara.

Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909

Apakah yang menjadi asas kepada pembahagian sempadan?

a)

Sungai

b)

Kebudayaan

c)

Sokongan penduduk

d)

Latar belakang sejarah

58.

. Maklumat berikut merujuk kepada bantahan terhadap Perjanjian Bangkok 1909.

"Beta tidak dimaklumkan tentang perjanjian tersebut dan Siam pula tidak mempunyai

sebarang hak ke atas negeri kita."

Siapakah yang mengutarakan kata-kata tersebut?

a)

Sultan Muhammad IV

b)

Sultan Zainal Abidin III

c)

Raja Syed Alwi Jamalullail

d)

Sultan Abdul Hamid Halim Shah

59.

Maklumat berikut berkaitan dengan wilayah X.


X

• Dihuni oleh kira-kira 15 000 orang Melayu.

• Diserah kepada Siam kerana mengikuti

Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909.


Apakah wilayah X?

a)

Setul

b)

Pujoh

c)

Tabal

d)

Terutau

60.

Apakah sumbangan Tennenggung Daeng Ibrahim?

a)

Memajukan Singapura

b)

Memodenkan pentadbiran negeri

c)

Mengubal undang-undang tubuh

d)

Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di London

61.

. Sistem Kangcu diperkenalkan sebagai usaha pemerintah negeri Johor untuk memperkasakan

ekonomi negeri. Apakah hasil pertanian yang diusahakan?

I Tebu

II Getah

III Gambir

IV Lada hitam

a)

I clan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

62.

Siapakah penasihat British di Kedah?

a)

J. P. Roger

b)

J. W. W. Birch

c)

W. G. Maxwell

d)

J. L. Humphreys

63.

Maklumat berikut berkaitan dengan Tindakan Raja Melayu menangani cabaran Barat.

Durbar di Kuala Lumpur 1903

Apakah perkara yang menjadi desakan Raja Melayu dalam Durbar tersebut?

a)

Penubuhan sekolah kaum wanita

b)

Pemusatan kuasa Residen Jeneral

c)

Kemajuan pendidikan orang Melayu

d)

Penubuhan Regimen Askar Melayu Diraja

64.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha pemerintah X menangani tekanan British melalui

diplomasi.

• Menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

• Berkunjung ke England untuk bertemu dengan Ratu Victoria.

Siapakah X?

a)

Sultan Abu Bakar

b)

Sultan Muhammad IV

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Abdul Hamid Halim Shah