wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI MINDA AKHLAK

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ciri-ciri akhlak menurut Islam kecuali

a)

bersumberkan al-quran dan as-sunnah

b)

meliputi semua aspek kehidupan

c)

berubah mengikut peredaran zaman

d)

berlandaskan fitrah kejadian manusia

2.

Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan _______________ yang baik

a)

sedekah

b)

akhlak

c)

bertakwa

d)

hasad

3.

_______________________ kepada Allah SWT menjadi kayu ukur kemuliaan akhlak seseorang hamba di sisi-Nya.

a)

sedekah

b)

akhlak

c)

bertakwa

d)

hasad

4.

Kepentingan akhlak menurut Islam kepada keluarga ialah

a)

supaya dapat membina negara sejahtera

b)

supaya dapat saling bertolak ansur dalam keluarga

c)

supaya melahirkan individu bertakwa

d)

supaya meningkatkan imej negara

5.

Semua yang berikut adalah ciri-ciri akhlak menurut Islam kecuali

a)

bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah

b)

tetap dan tidak berubah sepanjang zaman

c)

melihat semua perlakuan baik

d)

meliputi semua aspek kehidupan

6.

Berikut adalah proses penyucian jiwa kecuali

a)

Bermatlamat mencari keredaan Allah

b)

Menghias jiwa dengan sifat terpuji

c)

Mengindahkan pekerti melalui perlakuan lahiriah

d)

Mengosongkan jiwa daripada sifat terpuji

7.

Antara berikut yang manakah bukan cara memupuk akhlak mulia

a)

Menjauhi perintah Allah dan rasul

b)

Mujahadah dalam membaiki diri

c)

Sentiasa berdoa memohon dihiasi akhlak muia

d)

Sentiasa bermuhasabah diri

8.

Apakah pengertian akhlak dari sudut bahasa ?

a)

Jamak kepada perkataan al-khuluq bermaksud tabiat, kelakuan, perangai, adat kebiasaan dan agama itu sendiri

b)

Berasal dari perkataan al-khalqu yang bermaksud kejadian, ciptaan dan kejadian yang indah dan baik

c)

Akhlak bermakna perbuatan yang dilakukan oleh seseorang

9.

Apakah pengertian akhlak menurut istilah ?

a)

Sifat yang tertanam dalam diri, yang dapat mengeluarkan satu perbuatan hasil daripada penelitiian tentang perbuatan yang akan dilakukan

b)

Sifat yang tertanam dalam diri, yang dapat mengeluarkan satu perbuatan yang senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan

c)

Sifat yang tertanam dalam diri, yang mampu mengeluarkan perbuatan yang buruk sahaja tanpa penelitian, pemikiran atau paksaan

10.

Pilih definisi akhlak islamiyyah.

a)

Satu ilmu yg membahaskan tatanilai, hukum² dan prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat mazmumah untuk dijauhi dgn tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi untuk mencapai keredhaan Allah.

b)

Satu ilmu yg membahaskan tatanilai, hukum² dan prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat mazmumah untuk diamalkan dgn tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi untuk mencapai keredhaan Allah

11.

Apakah pengertin akhlak menurut Islam ?

a)

Prinsip2 dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

b)

Dapat dirumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yg melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yg sempurna berdasarkan kpd prinsip2 yg telah ditetapkan oleh Allah

12.

Pilih bidang akhlak yang betul ^-^

a)

Dilakukan dengan sedar dan niat

b)

Dilakukan dgn ikhtiar sendiri

c)

Termasuk perbuatan yg bersifat tidak iradi seperti (bernafas, detik jantung)

d)

Melakukannya dgn sengaja tidak dalam keadaan lupa atau bersalah

13.

Pilih fungsi akhlak yang betul.

a)

Perbuatan yang dilakukan tanpa pemikiran dan penelitian

b)

Mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia

c)

Menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tak patut dilakukan oleh seseorang

14.

Untuk mencapai cita2 pmbinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskn beberapa prinsip utama:

a)

Membenarkn risalah muhammadiyyah dan mengamalknnya serta mnjadiknnya uswah hasanah

b)

Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

c)

Berusaha mncari ilmu yg brmanfaat

d)

Niat yg ragu2 dan was-was dlm melaksanakan tingkah laku yg baik

15.

Prinsip2 pembinaan akhlak dan rohaniah manusia jelas kpd kita merangkumi semua aspek (...........) dan (.........) bersifat mutlak dan tepat penilaiannya

a)

Jasmaniyyah, syumuliyyah

b)

Rohaniyyah, jasmaniyyah

c)

Rohaniyyah, alamiyyah

16.

Apakah dalil yg disebut mengenai akhlak yg agung ?

a)

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

b)

إنك لعلى خلق عظيم

17.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yg mulia, Allah telah membekalkn manusia dgn prsediaan semulajadi iaitu...

a)

Berbagai2 naluri dan akal fikiran serta dihiasi dgn brbagai2 ilmu pengetahuan yg boleh mnjadi pedoman hidup demi kepentingan mmbina tamadun di muka bumi ini

b)

Berbagai2 naluri dan akal fikiran serta dihiasi dgn brbagai2 ilmu pengetahuan yg boleh mnjadi prkara yg tidak baik demi kepentingan mmbina tamadun di muka bumi ini

18.

Akhlak memerlukan latihan dan praktis bermula dari hati yang bersih membawa kepada tindakan anggota badan. Apabila sudah terbiasa, ia pasti akan berlaku ...

a)

setiap kali disuruh

b)

dengan difikirkan terlebih dahulu

c)

secara slow motion dan lambat sekali

d)

secara tiba-tiba dan spontan

19.

Selain akhlak sesama manusia yang lain, seorang Muslim juga perlu menjaga akhlak dengan dirinya sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan perkara ini?

a)

Muslim perlu mengutamakan hak jasad/badan dirinya dengan bersukan & menjaga kesihatan

b)

Muslim hanya perlu mengutamakan dirinya sendiri, tidak perlu menghiraukan orang lain

c)

Muslim perlu tunaikan tanggungjawab pada dirinya dengan menjaga akal, hati, nafsu, roh dan jasadnya

d)

Muslim tidak boleh mencela, mengutuk, memarahi, memfitnah, mengecam dirinya sendiri

20.

Apakah akhlak yang mulia yang perlu ada bagi setiap pelajar Muslim?

a)

Memberi respons sinis apabila ditegur guru

b)

Memberikan fokus ketika sesi pembelajaran

c)

Menghormati dan mentaati arahan guru

d)

Mengutuk guru di belakangnya

21.

Bagaimanakah Islam mengajarkan Muslimin untuk berakhlak dengan haiwan ternakan?

a)

Bersumpah dan berjanji untuk tidak akan makan mereka

b)

Menjaga adab-adab penyembelihan yang digariskan Islam

c)

Setiap Muslim wajib memelihara haiwan ternakan agar kebajikan mereka terpelihara

d)

Bertegur sapa dan menjaga silaturahim dengan haiwan ternakan

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan berakhlak dengan haiwan bukan ternakan?

a)

Mempunyai perasaan kasihan kepada haiwan di zoo

b)

Memelihara haiwan eksotik di dalam rumah

c)

Menjaga habitat mereka supaya mereka tidak pupus

d)

Menjaga perasaan mereka agar mereka tidak kecil hati

23.

Apakah adab yang perlu diamalkan sesama rakan, kenalan dan taulan?

a)

Sering bertanya khabar dan saling tolong menolong ke arah kebaikan

b)

Membawang dengan kawan-kawan dan membuang masa bersama-sama

c)

Memulaukan rakan sekelas yang kita tidak suka

d)

Sering meminta diskaun "harga member" dengan rakan yang berniaga

24.

Sebagai seorang anak, apakah tindakan yang menunjukkan seseorang itu tidak berakhlak mulia dengan ibu bapa?

a)

Membiarkan kerja rumah dilakukan oleh ibu bapa sahaja

b)

Membantah dan melawan cakap ibu bapa dengan suara yang kuat

c)

Berbincang dengan ibu bapa dengan cara yang baik dan berhemah

d)

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal

25.

Apabila ditanyakan apakah ciri-ciri dan sifat akhlak yang sentiasa dipraktikkan oleh Rasulullah SAW, maka Ummul Mukminin Aisyah RA menyebutkan bahawa akhlak baginda adalah...?

a)

al-Sunnah

b)

al-Quran

c)

al-Hadith

d)

Mahmudah