wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan dengar dan berikan respons

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Pilih respons yang betul.


Ibu : Varuni, berikan bekal makanan ini kepada ayah.


Varuni : __________________.

a)

Baiklah, ibu. Saya akan memberi bekal makanan ini kepada ayah.

b)

Baiklah, ibu. Saya akan memberitahu ayah esok.

2.

Ibu: Pastikan ada penjarakan sosial dengan kawan-kawan kamu apabila sekolah dibuka nanti.

a)

Chempaka: Ya,ibu. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh apabila sekolah dibuka nanti.

b)

Chempaka: Tidak,ibu. Saya akan memeluk kawan-kawan saya apabila sekolah dibuka nanti.

c)

Chempaka: Baiklah,ibu. Saya akan memastikan ada penjarakan sosial dengan kawan-kawan saya apabila sekolah dibuka nanti.

3.

Cikgu Ng: Basuh tangan kalian sebelum dan selepas makan.

a)

Murid-murid : Baiklah , cikgu. Kami akan membasuh kaki sebelum dan selepas makan.

b)

Murid-murid : Baiklah , cikgu. Kami akan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.

c)

Murid-murid : Tidak , cikgu. Kami malas membasuh tangan.

4.

Pilih respons yang betul.


Fendi, tolong susun buku di atas rak.

a)

Baiklah abang. Saya akan menyusun buku di dalam almari.

b)

Baiklah, abang. Saya akan mengambil buku di atas rak.

c)

Baiklah, abang. Saya akan menyusun buku di atas rak.

5.

Pilih respons yang betul.


Ibu : Sandra, tolong susun pasu-pasu bunga ini di sana.


Sandra: Baiklah, ibu. _______________________.

a)

Saya akan susun bunga-bunga itu di sini.

b)

Saya akan menyusun pasu-pasu bunga ini di sana.

c)

Saya akan simpan pasu-pasu bunga ini di sana.

6.

Bapa : Amira, tolong keluarkan lobak dari peti sejuk.

Amira : ___________________________________________

a)

Baiklah, bapa. Saya akan keluarkan peti sejuk.

b)

Baiklah, bapa. Saya akan mengeluarkan peti sejuk.

c)

Baiklah, bapa akan mengeluarkan lobak dari peti sejuk.

d)

Baiklah, bapa. Saya akan mengeluarkan lobak dari peti sejuk.

7.

Kakak : Tolong potongkan rumput itu, Amira.

Amira : ___________________________________________

a)

Baiklah, kakak. Saya akan memotong rumput itu.

b)

Baiklah, kakak. Saya akan menpotong rumput Amira.

c)

Baiklah, kakak akan memotong rumput itu.

d)

Baiklah, kakak. Saya akan menpotong rumput itu.

8.

Pilih 1 jawapan yang betul.

选出一个正确的答案。

a)

Baiklah ayah, saya akan lap pinggan itu.

b)

Baiklah ibu, saya akan menyapu lantai.

c)

Baiklah kakak, saya akan mengemop lantai.

9.

Puan Arina: Kamu perlu menyimpan wang belanja itu dengan berhati-hati.

Sandra: Baiklah, ibu. Saya akan__________________.

a)

menyimpan wang belanja itu dengan berhati-hati.

b)

berhati-hati di sekolah.

c)

menyimpan wang belanja di dalam poket.

10.

Puan Arina: Berbelanjalah dengan cermat di sekolah, Sandra.

Sandra: Baiklah, ibu. Saya akan__________________.

a)

berhati-hati semasa di sekolah.

b)

berbelanja dengan cermat di sekolah.

c)

berbelanja dengan cermat di rumah.

11.

Ayah: Kamu perlu menggunakan wang belanja ini dengan cermatnya.

Fendi: Baiklah, ayah. Saya akan__________________.

a)

menyimpan wang belanja itu dengan berhati-hati.

b)

berhati-hati di sekolah.

c)

menggunakan wang belanja ini dengan cermatnya.

12.

Datuk : Simpanlah cangkul ini ke dalam stor.

a)

Baik, datuk. Saya menyimpan cangkul ini.

b)

Baiklah, datuk. Saya akan ke stor.

c)

Baik, datuk. Saya akan menyimpan cangkul ini ke dalam stor.

13.

Pak cik : Serahkan surat-surat ini kepada ayah kamu.

a)

Baik, pak cik. Saya akan menyerahkan surat-surat ini kepada ayah.

b)

Baiklah, pak cik. Saya akan memberitahu ayah.

c)

Baik, pak cik. Saya akan membawa surat-surat ini balik ke rumah.

14.

Cikgu : Tampal poster ini pada dinding.

a)

Baiklah, cikgu. Saya akan menampal poster ini pada dinding.

b)

Ya, cikgu. Saya akan menampal pada dinding.

c)

Baik, cikgu. Saya akan menyediakan banyak poster.

15.

Cikgu Wong: Murid-murid, gunakan bahasa Melayu dengan betulnya semasa berbicara dan menulis.

a)

Ya, murid-murid. Saya akan menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya semasa berbicara dan menulis.

b)

Baiklah, cikgu. Kami akan menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya semasa berbicara dan menulis.

c)

Kami akan menggunakan bahasa Inggeris semasa berbicara dan menulis.

16.

Haikal : Alia, boleh kamu ambilkan buku di atas meja abang?


Alia : ________________________________________________________

a)

baiklah abang, saya akan ambilkan buku itu.

b)

Baiklah, abang. Saya akan ambilkan buku di atas meja abang.

c)

Baik. Saya ambilkan meja untuk abang.

d)

Ya, Haikal. Saya ambilkan buku abang.

17.

Mei Mei : Aida, bolehkan kita siapkan tugasan ini bersama-sama?


Aida : __________________________________________________

a)

Baiklah, Mei Mei. Saya akan siapkan tugasan ini bersama-sama.

b)

Ok, Mei Mei. Kita boleh siapkan tugasan ini bersama-sama.

c)

Tidak Mei Mei. Kita boleh siapkan tugasan ini bersama-sama.

d)

Boleh, Mei Mei. Kita boleh siapkan tugasan ini bersama-sama.

18.

Cikgu Lee : Beritahu ketua kelas agar menghantar buku latihan ke bilik guru.


Ahmad : _________________________

a)

Baiklah, cikgu. Saya akan menghantar buku latihan ke bilik guru.

b)

Baiklah, cikgu. Saya akan memberitahu ketua kelas agar menghantar buku latihan ke bilik guru.

c)

Ya, cikgu. Ketua kelas akan menghantar buku latihan ke bilik guru.

19.

Mengapakah kamu makan buah-buahan?

a)

Saya sangat suka makan buah-buahan.

b)

Saya makan buah-buahan pada setiap hari.

c)

Saya makan buah-buahan kerana buah-buahan baik untuk kesihatan.

20.

Cikgu : Sebelum keluar, letakkan semula barang-barang yang diambil.

Murid-murid:_________________________________________.

a)

Baiklah, cikgu. Kami akan meletakkan semula barang-barang yang diambil sebelum keluar.

b)

Baiklah, cikgu. Kami akan menyimpan barang-barang yang diberi.

21.

Kamu mencuci rambut dengan apa?

a)

Saya mencuci rambut di kedai rambut.

b)

Saya mencuci rambut dengan syampu.

c)

Saya mencuci rambut setiap hari.

22.

Cikgu: Pastikan tangan kamu kering sebelum menekan suis.

Murid- murid: _____________________________________________.

a)

Baiklah, cikgu. Kami akan memastikan tangan kami kering selepas menekan suis.

b)

Baiklah, cikgu. Kami akan memastikan tangan kami kering sebelum menekan suis.

23.

Kakak : Beruslah gigi kamu dua kali sehari.

a)

Baiklah, kakak. Saya tidak akan lupa.

b)

Ya, kakak. Saya akan memberus gigi dua kali sehari.

c)

Baik, kakak. Saya akan selalu memberus gigi.

24.

Kakak: Nani, berhati-hati semasa melintas jalan.

a)

Baiklah, kakak. Saya akan berhati-hati semasa melintas jalan.

b)

Baiklah, ayah. Saya akan berhati-hati.

c)

Baiklah kakak. Saya akan duduk.

25.

Encik Gobi,sila iklankan tentang Program Hari Keluarga taman kita dalam laman Facebook.

a)

Baik, menjunjung titah tuanku.

b)

Baiklah, esok sahaja saya buat.

c)

Apa tujuan kita membuat iklan di laman Facebook?

d)

Baiklah, saya akan segera membuat iklan dalam laman Facebook supaya lebih ramai penduduk taman ini dapat menyertai program Hari Keluarga.

26.

Ibu: Tolong cucikan cawan selepas minum.

a)

Baik, ibu. Saya akan cuci selepas makan.

b)

Baik, ibu. Saya akan cuci esok.

c)

Baik, ibu. Saya akan mencucikan cawan selepas minum.

27.

Abang: Beruslah gigi kamu dua kali sehari.

a)

Ya, abang. Saya akan memberus gigi dua kali sehari.

b)

Baiklah, abang. Saya tidak akan lupa.

c)

Baik, abang. Saya akan selalu memberus gigi.

28.

Ibu : Bawa semua kotak-kotak ini ke rumah nenek.

a)

Ya, ibu. Saya akan pergi ke rumah nenek.

b)

Baik, ibu. Saya akan menyimpan semua kotak-kotak ini di rumah nenek.

c)

Baiklah, ibu. Saya akan membawa semua kotak-kotak ini ke rumah nenek.

29.

Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar?

a)

Kita perlu menjaga alam sekitar supaya alam tidak tercemar.

b)

Kita perlu menjaga alam sekitar supaya cikgu sayang.

c)

Kita perlu menjaga alam sekitar supaya ibu marah.

30.

Apakah sebab kita perlu berkongsi kereta apabila pergi ke tempat kerja yang sama?

a)

Kita perlu berkongsi kereta apabila pergi ke tempat kerja yang sama supaya dapat menjimatkan air.

b)

Kita perlu berkongsi kereta apabila pergi ke tempat kerja yang sama supaya dapat menjimatkan elektrik.

c)

Kita perlu berkongsi kereta apabila pergi ke tempat kerja yang sama supaya dapat menjimatkan supaya dapat mengurangkan asap kenderaan yang menyebabkan pencemaran udara.

31.

Mengapa kita tidak boleh buang sampah ke dalam sungai?

a)

Kita tidak boleh buang sampah ke dalam sungai kerana hidupan di dalam sungai akan mati.

b)

Kita tidak boleh buang sampah ke dalam sungai kerana hidupan di dalam sungai akan gembira.

c)

Kita tidak boleh buang sampah ke dalam sungai kerana hidupan di dalam sungai akan muntah(吐).

32.

Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?

a)

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya kesihatan terjamin.

b)

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya dapat banyak kawan.

c)

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya badan berbau busuk.

33.

Bagaimanakah kita dapat menjaga kebersihan alam sekitar?

a)

Kita dapat menjaga kebersihan alam sekitar dengan menebang pokok.

b)

Kita dapat menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

34.

Cikgu Wong: Guan Hong, sila berikan tugasan ini kepada murid-murid yang lain.

a)

Guan Hong: Baiklah, Amira. Saya akan memberikan tugasan ini kepada mereka.

b)

Guan Hong: Baiklah, cikgu. Kami akan sila berikan tugasan yang diberi pada hari ini.

c)

Guan Hong: Baiklah, cikgu. Saya akan memberikan tugasan ini kepada mereka.

35.

Mengapakah kamu menangis, Mitra?

a)

Saya sedih kerana subang kegemaran saya telah hilang.

b)

Maafkan saya,Rudra.

c)

Saya telah melawat nenek di kampung.