wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pengetahuan Sains Tahun 3

Total questions: 50

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang diperlukan untuk pembesaran tumbuhan?
a)
air
b)
ikan
c)
cacing
d)
sayur
2.
Berapa batang gigi terdapat pada manusia?
a)
40
b)
32
c)
30
d)
38
3.
Binatang manakah ialah herbivor?
a)
harimau
b)
beruang
c)
kambing
d)
kucing
4.

Apakah nama gigi ini?

a)

Gigi kacip

b)

Gigi taring

c)

Gigi geraham

d)

Gigi batu

5.

Maklumat di bawah menerangkan fungsi gigi X.


"Gigi X berfungsi untuk memotong makanan."


Antara berikut yang manakah ialah gigi X?

a)

Gigi kacip

b)

Gigi taring

c)

Gigi susu

d)

Gigi geraham

6.

Nyatakan jumlah set gigi manusia.

a)

1 set

b)

2 set

c)

3 set

d)

4 set

7.

Kita menggosok gigi pada struktur yang paling luar gigi. Apakah nama struktur tersebut?

a)

Dentin

b)

Gusi

c)

Saraf

d)

Enamel

8.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?

a)

Bilangan set gigi susu yang lengkap ialah 20 batang.

b)

Bilangan gigi kekal yang lengkap ialah 32 batang.

c)

Gigi susu akan menggantikan gigi kekal.

d)

Gigi kekal lebih kuat berbanding gigi susu.

9.

Objek-objek yang manakah digunakan untuk menjaga kebersihan gigi?

a)
b)
c)
d)
e)
10.

Berapa kalikah kita perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan dalam masa setahun?

a)

2 kali

b)

4 kali

c)

6 kali

11.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Karbohidrat memberikan tenaga kepada manusia untuk menjalani proses hidup.

b)

Lemak digunakan untuk memanaskan badan.

c)

Pelawas penting untuk tumbesaran manusia.

d)

Air diperlukan untuk mengawal suhu badan manusia.

12.

Apakah kepentingan makanan-makanan ini kepada manusia?

a)

Memberi tenaga kepada manusia

b)

Membantu manusia membesar

c)

Melindungi manusia daripada panas, hujan dan bahaya

d)

Membantu manusia menjaga kesihatan

13.

Antara perbuatan berikut, yang manakah TIDAK mengganggu proses pencernaan manusia?

a)

Makan sambil bercakap dan berlari.

b)

Makan sambil melompat.

c)

Makan sambil duduk.

d)

Makan terlalu cepat.

14.

Contoh makanan bagi kelas makanan KARBOHIDRAT ialah

a)
b)
c)
d)
15.

Gambar di atas menunjukkan contoh makanan bagi kelas makanan ________

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Lemak

16.

Yang manakah aliran proses pencernaan yang betul?

a)

Mulut - Perut - Esofagus - Usus - Dubur

b)

Hidung - Mulut - Esofagus - Usus - Dubur

c)

Mulut - Esofagus - Perut - Usus - Dubur

d)

Mulut - Esofagus - Usus - Dubur

17.

Luas adalah

a)

jarak antara 2 titik

b)

besarnya sesuatu permukaan

c)

besarnya sesuatu ruang

18.

Manakah antara berikut pasangan objek dan unit luas yang sesuai?

a)

taman permainan - sentimeter persegi

b)

dewan sekolah - meter persegi

c)

gelanggang futsal - kilometer persegi

19.

Hitung luas permukaan rajah berikut.

a)

3 cm²

b)

5 cm²

c)

6 cm²

d)

9 cm²

20.

Isi padu adalah

a)

jarak antara 2 titik

b)

besarnya sesuatu permukaan

c)

besarnya sesuatu ruang

21.

Kira isi padu bongkah ini.

a)

4 cm³

b)

8 cm³

c)

16 cm³

d)

20 cm³

22.

Kirakan jumlah kiub 1cm x 1cm x 1cm yang diperlukan bagi mengisi kotak lohong ini.

a)

3

b)

6

c)

9

d)

27

23.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan mata yang betul semasa mengambil bacaan isi padu cecair?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

Manakah unit isi padu yang paling sesuai digunakan pada susu kotak dalam gambar berikut?

a)

mililiter

b)

liter

c)

meter padu

25.

Hitung isi padu bagi pemadam ini dengan menggunakan kaedah sesaran air.

a)

10 cm³

b)

12 cm³

c)

14 cm³

d)

16 cm³

26.

Rajah menunjukkan dua silinder penyukat yang berisi dengan air.


Berapakah isi padu sebiji guli itu?

a)

6 ml

b)

9 ml

c)

12 ml

d)

18 ml

27.

Berapakah bilangan ahli dalam Sistem Suria?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

28.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

29.

_______________ ialah pusat bagi Sistem Suria.

a)

Asteroid

b)

Komet

c)

Matahari

30.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

bulat, orbit

b)

elips, orbit

c)

bulat, jalur

d)

elips, jalur

31.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

32.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

33.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

34.

Rajah menunjukkan satu objek semula jadi.


Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai …………………….

a)

meteor

b)

meteorit

c)

meteoroid

35.

Rajah menunjukkan Sistem Suria.


Terdapat …………………… planet di dalam Sistem Suria.

a)

7

b)

8

c)

9

36.

Rajah menunjukkan model Sistem Suria.


Planet Neptun paling jauh dari Matahari.

Jadi suhunya …………………….

a)

paling tinggi.

b)

paling rendah.

c)

sederhana sahaja.

37.

Rajah menunjukkan sekumpulan murid sedang melakukan penyiasatan tentang masa pengedaran planet.


Apakah tujuan aktiviti ini?

a)

Menghubungkait masa pengedaran dan jarak kedudukan planet dari Matahari.

b)

Untuk mengukur keluasan padang.

c)

Menghubungkait jarak kedudukan planet dari Matahari dengan masa pengedarannya.

38.

Mengapakah planet-planet di dalam Sistem Suria tidak berlanggar antara satu sama lain?

a)

Planet pandai mengelakkan diri.

b)

Planet berputar dengan perlahan.

c)

Planet mempunyai orbitnya sendiri.

39.

Namakan bahan yang digunakan untuk menguji sifat bahan.

a)

Kertas A4

b)

Kertas litmus biru dan merah

c)

Kertas warna merah

d)

Kertas warna biru

40.

Air garam akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

41.

Air soda bikarbonat akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

d)

merah ke merah

42.

Objek atau bahan di sekeliling kita ada yang boleh timbul di permukaan air dan ada yang boleh tenggelam di dasar air.

a)

BETUL

b)

SALAH

c)

TIADA JAWAPAN

43.

Timbul dan tenggelam sesuatu objek adalah berhubung kait dengan ketumpatan objek tersebut terhadap ketumpatan air.

a)

BETUL

b)

SALAH

c)

TIADA JAWAPAN

44.

Objek yang kurang tumpat daripada air akan __________________.

a)

timbul

b)

tenggelam

45.

Sabun yang lebih tumpat daripada air akan __________________.

a)

timbul

b)

tenggelam

46.

Span yang kurang tumpat daripada air akan __________________.

a)

timbul

b)

tenggelam

47.

Air boleh menjadi lebih tumpat apabila garam atau gula ditambah.

a)

BETUL

b)

SALAH

c)

TIADA JAWAPAN

48.

Minyak akan ___________ di permukaan air.

a)

timbul

b)

tenggelam

49.

Klip kertas akan ___________ di permukaan air.

a)

timbul

b)

tenggelam

50.

Kertas litmus biru bertukar merah. Apakah sifat bahan yang diuji.

a)

Alkali

b)

Neutral

c)

Asid