wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Perniagaan Sem 3 Keusahawanan

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ciri-ciri orang yang efektif menurut Steven Covey kecuali

a)

tajamkan gergaji

b)

bersinergi

c)

lakukan perkara yang sampingan dahulu

d)

cuba memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami

2.

Berikut merupakan sumber yang memberikan usahawan idea baru untuk membuka perniagaan kecuali..

a)

Pelanggan

b)

Pengurus

c)

Saluran pengedaran

d)

Produk sedia ada

3.

Nyatakan proses yang ketiga dalam merealisasikan idea.

a)

membina prototaip

b)

mengkormesialkan

c)

membina konsep

d)

menguji konsep

4.

Kebaikan perniagaan memulakan sendiri ialah

a)

tiada pelanggan sedia ada

b)

pekerja baharu yang diambil adalah kurang mahir

c)

pemilik bebas menentukan cara dan prosedur menjalankan perniagaan

d)

tiada rekod perniagaan untuk dijadikan sebagai panduan

5.

i. setiap ahli dilarang membuat kritikan negatif terhadap pandangan yang dikemukakan oleh ahli lain

ii. kuantiti idea yang disumbangkan amat dititikberatkan


Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah menjana idea melalui

(a)  

6.

Berikut merupakan bentuk-bentuk Francais kecuali..

a)

francais berformat

b)

francais lesen bertanda dagang

c)

francais wakil pengedar

d)

francais pengeluaran

7.

Berikut merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil alih perniagaan sedia ada kecuali .....

a)

keadaan pasaran

b)

harga keluaran

c)

persaingan

d)

kewangan

8.

Pakatan strategik merupakan perniagaan yang dijalankan hasil kerjasama antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan mendapatkan teknologi produk, kemahiran,kepakaran dan pengetahuan pada peringkat tempatan atau antarabangsa..


Berikan satu bentuk pakatan strategik yang anda tahu.

(a)  

9.

'Mementingkan keuntungan semata-mata'


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

pengurus

b)

peniaga

c)

usahawan

10.

"Mementingkan keuntungan di samping sumbangan kepada masyarakat dan negara."


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

pengurus

b)

peniaga

c)

usahawan

11.

Joseph Schumpeter dan Alfred Marshall mengemukan teori keusahawanan melalui pendekatan

a)

ekonomi

b)

psikologi

c)

sosiologi

12.

"Menghasilkan idea baharu dengan melihat persekitaran dan mencipta produk baharu yang dapat memenuhi kehendak pelanggan."


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

berani mengambil risiko

b)

initiatif yang tinggi

c)

kreatif

d)

inovatif

e)

bijak merebut peluang

13.

"Berupaya membuat pembaharuan seperti menambahbaik produk sedia ada dari segi saiz, kegunaan atau rekabentuk."


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

berani mengambil risiko

b)

initiatif yang tinggi

c)

kreatif

d)

inovatif

e)

bijak merebut peluang

14.

"Individu yang efektif akan menetapkan

matlamat untuk sesuatu tindakan yang

dirancang"


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri orang efektif yang

a)

berfikiran menang menang

b)

bersikap proaktif

c)

berorientasikan matlamat

d)

melakukan perkara yang utama dahulu

e)

bersinergi

15.

"Sesuatu tindakan yang dilakukan akan membawa faedah dan kebaikan kepada semua pihak"


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

berfikiran menang menang

b)

bersikap proaktif

c)

berorientasikan matlamat

d)

lakukan perkara yang utama dahulu

e)

bersinergi

16.

"Satu kaedah untuk mengumpul maklumat dengan membuat tinjauan."


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

soal selidik

b)

pemerhatian

c)

kumpulan fokus

d)

sumbangsaran

17.

"Peringkat menerangkan idea secara terperinci kepada bakal pelanggan"


Dalam proses merealisasikan idea, tahap yang manakah merujuk perkara di atas?

a)

tahap menapis idea

b)

tahap membina konsep

c)

tahap menguji konsep

d)

tahap membina prototaip

e)

tahap mengkomersialkan

18.

"Tahap memberi gambaran tentang perlakuan dan ciri-ciri produk sebenar yang hendak dihasilkan"


Dalam proses merealisasikan idea, tahap yang manakah merujuk perkara di atas?

a)

tahap menapis idea

b)

tahap membina konsep

c)

tahap menguji konsep

d)

tahap membina prototaip

e)

tahap mengkomersialkan

19.

"Salisa merupakan seorang usahawan produk kesihatan yang telah menyediakan biasiswa bernilai RM5 juta untuk pelajar lepasan STPM yang ingin melanjutkan pelajaran"


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan usahawan secara makro seperti

a)

menyediakan peluang pekerjaan

b)

menyumbangkan sebahagian prasarana untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

menggalakkan industri sokongan

d)

menjalankan tanggungjawab sosial

e)

menjadi sumber inspirasi kepada individu