WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Kita hendaklah menyesuaikan diri __________ berada di tempat orang.
apabila
sementara
supaya
kecuali
"Ampun, tuanku. _________ ialah seorang pedagang kain dari Kuala Sendili," kata lelaki itu kepada sultan.
Aku
Patik
Saya
Baginda
Pak Hussin tidak mampu __________ rumahnya yang rosak selepas banjir kerana kesempitan wang.
membuka
membina
membaiki
membasuh
Juruacara itu mengucapkan __________ kepada tetamu yang baru sampai ke majlis itu.
terima kasih
tutur kata
selamat datang
tingkah laku
Hutang itu akan dibayar oleh Karim secara __________ kepada kawannya.
bertalu-talu
berpusu-pusu
bergilir-gilir
beransur-ansur
Jangan mudah berputus asa,sebaliknya kamu perlu berusaha dengan lebih ..........lagi.
gigih
cekap
pantas
kuat
Walaupun bilik sewa itu agak................. tetapi sewa bulanannya agak mahal.
lebar
sempit
renek
rendah
Perilaku Aminah yang kurang sopan tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.
buah mulut
buah fikiran
buah cakap
buah-buahan
Setiap hari Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
mandi kerbau
mandi peluh
hidung belang
hidung tinggi
