wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TAHUN 5 (UJIAN SUMATIF)

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Sila rujuk muka surat 7.

Daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu 'daulah'. Apakah maksud "daulah"?

a)

kerajaan yang kuat

b)

negeri atau kerajaan

c)

negeri yang makmur

d)

kawasan jajahan

2.

Sila rujuk muka surat 11.

Institusi raja menjadi lambang _____________

a)

perpaduan dan kemakmuran negara.

b)

kesejahteraan negara.

c)

kemakmuran dan kekayaan negara.

d)

kedaulatan undang-undnag negara.

3.

Sila rujuk muka surat 11.

Bendera ini merujuk kepada _________ .

a)

Bendera Ratu Denmark.

b)

Bendera Raja Maghribi.

c)

Bendera Raja Thailand.

d)

Bendera Yang di-Pertuan Agong

4.

Sila rujuk muka surat 13.

Semasa Kerajaan Melayu Awal, raja atau sultan berkuasa _________. Kini raja atau sultan adalah tertakluk kepada ____________ .

a)

mutlak, perlembagaan

b)

besar,

undang-undang

c)

penuh,

perintah kerajaan

d)

mutlak,

undang-undang

5.

Sila rujuk muka surat 19.

Penemuan batu bersurat di Sungai Teresat, Kuala Berang pada tahun 1303 membuktikan _______________ ke Terengganu

a)

kedatangan Bugis

b)

kedatangan India

c)

kedatangan Islam

d)

Kedatangan Raja Patanni

6.

Sila rujuk muka surat 21.

"Undang-undang ini mewujudkan keamanan dan keselamatan rakyat di negeri Melaka.

Kenyataan di atas merujuk kepada.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-Undang Laut Melaka

c)

Hukum Kanun Pahang

d)

Undang-Undang 99 Perak

7.

Sila rujuk muka surat 23.

Semasa Zaman Penjajahan British, Undang-undang Islam hanya digunakan dalam hal berkaitan dengan ___________________________ .

a)

tanah, laut dan kuasa ketua kampung

b)

kekeluargaan, harta pusaka dan zakat

c)

sungai, bendang dan sistem perparitan

d)

penduduk kampung, tanah dan harta

8.

Sila rujuk muka surat 25.

Antara berikut, yang manakah bukan nilai sejagat dalam agama membentuk perpaduan?

a)

toleransi

b)

kasih sayang

c)

kesederhanaan dan perdamaian

d)

hasad dengki

9.

Sila rujuk muka surat 32.

Ringkasan Susur Galur Bahasa Melayu.

Filun (austrik) --> Rumpun (............................) --> Bahasa Melayu

Isikan tempat ksong dengan jawapan yang sesuai.

a)

Malaysia

b)

Indonesia

c)

Ausronesia

d)

Malenesia

10.

Sila rujuk muka surat 34.

Apakah maksud 'Lingua Franca'?

a)

Bahasa ibunda

b)

Bahasa perantaraan atau perhubungan antara masyarakat.

c)

Bahasa masyarakat dunia

d)

Bahasa yang terkenal

11.

Sila rujuk muka surat 36.

Di dalam bahasa Belanda ia disebut 'laatje'. Apakah sebutan dalam Bahasa Melayu moden?

a)

laici

b)

laci

c)

kuaci

d)

kocek

12.

Sila rujuk muka surat 37.

Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu :

* sila pilih dua jawapan.

a)

Bahasa rasmi

b)

Bahasa pasar

c)

Bahasa perundangan

d)

Bahasa pertengkaran

13.

Sila rujuk muka surat 46.

Apakah yang dimaksudkan dengan naungan?

a)

Perlindungan yang diberikan oleh kuasa asing kepada sebuah wilayah atau negeri.

b)

Kuasa asing menjadikan sesebuah negeri sebagai wilayah taklukan.

c)

Mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri secara langsung.

d)

Pemerintah tempatan mengurus pentadbiran.

14.

Sila rujuk muka surat 48-49.

Antara berikut kuasa yang manakah TIDAK pernah campur tangan dan menjajah Tanah Melayu?

a)

Siam

b)

Belanda

c)

Jepun

d)

China

15.

Sila rujuk muka surat 50-51.

Antara berikut merupakan factor  kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu KECUALI :

a)

Kedudukan strategik

b)

Kekayaan hasil bumi dan sumber alam.

c)

Diarahkan oleh pemimpin tempatan.

d)

Penyebaran agama.

16.

Sila rujuk muka surat 54.

Jalan kereta api dan jalan raya dibina untuk memudahkan hasil dihantar ke _________________ .

a)

kawasan kilang

b)

pelabuhan

c)

pusat bandar

d)

sekitar kampung

17.

Sila rujuk muka surat 60.

Dol Said, Rentap, Sahrif Masahor amat terkenal suatu Ketika dahulu.  Siapakah 3 individu ini?

a)

Pahlawan tempatan

b)

Pemberontak

c)

Ketua masyarakat

d)

Tali barut British

18.

Sila rujuk muka surat 64.

Apakah sebab penentangan Yamtuan Antah?

a)

British mencampuri urusan pentadbiran di Sungai Ujong.

b)

Yamtuan Antah enggan membayar ufti.

c)

British ingin menrasuah Yamtuan Antah.

d)

Yamtuan Antah tidak suka kepada orang British.

19.

Sila rujuk muka surat 68.

Siapakah nama sebenar Tok Janggut?

a)

Yamtuan Antah.

b)

Haji Mat Hassan Bin Munas.

c)

Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Hamid.

d)

Datuk Paduka Mohammad Salleh Bin Datu Balu.

20.

Sila rujuk muka surat 76.

Pada tahun 1946, apakah jawatan yang disandang oleh Dato’ Onn Bin Jaafar?

a)

Yang Dipertua kedua Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

b)

Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API).

c)

Pengerusi Kongres Melayu.

d)

Yang Dipertua kedua UMNO.

21.

Sila rujuk muka surat 79.

Siapakah Menteri Kesihatan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

a)

Tun Tan Cheng Lok.

b)

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

c)

Dato’ Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz.

d)

Tun V.T Sambathan.

22.

Sila rujuk muka surat 85.

Bilakah tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

16 Februari 2956.

b)

16 September 1963.

c)

31 Ogos 1957.

d)

26 Mac 1985.

23.

Sila rujuk muka surat 92.

Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong memayungi tiga badan kerajaan KECUALI :

a)

Badan Perundangan.

b)

Badan Eksekutif.

c)

Badan kehakiman.

d)

Badan Berkanun.

24.

Sila rujuk muka surat 98.

Berikut merupakan Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong yang dinamakan sebagai?

a)

Tengkolok Diraja.

b)

Keris Pendek Diraja.

c)

Muskat.

d)

Gandik Diraja (Pemeles).

25.

Sila rujuk muka surat 103. (gambar ydpa sekarang)

Nama penuh bagi Yang di-pertuan Agong yang terdapat di dalam gambar ialah?

a)

Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

b)

Sultan Mahmud V

c)

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

d)

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji ahmad Shah Al-Musta’in Billah

26.

 Sila rujuk muka surat 114.

Bintang pecah 14 melambangkan __________________________________.

a)

Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

b)

Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan dalam Malaysia.

c)

Keberanian.

d)

Jambatan Pulau Pinang.

27.

Sila rujuk muka surat 115.

Cogan kata yang terdapat pada Jata Negara ialah :

 

a)

“Muafakat Membawa Berkat”

b)

Bersedia, Berkhidmat, Berbakti”

c)

“Malaysia Makmur dan Harmoni”

d)

“Bersekutu Bertambah Mutu”

28.

Sila rujuk muka surat 117.

Jata Negara dikenali sebagai ____________________ KECUALI :

a)

Lambang kemakmuran dan kekayaan.

b)

Lambang kedaulatan.

c)

Simbol perpaduan.

d)

Lambang rasmi kerajaana Malaysia dan identiti negara.

29.

Sila rujuk muka surat 118.

Mengapakah kita perlu berbangga dengan Jata Negara?

a)

Lambang kebesaran negara.

b)

Lambang kepatuhan negara.

c)

Lambang kesetiaan negara.

 

d)

Lambang kemakmuran negara.

30.

Sila rujuk muka surat 125.

Selain dikenali sebagai bendera kebangsaan Malaysia, ia juga dikenali sebagai ___________ .

a)

Jalur Gemilang

b)

Jalur Negara

c)

Kibaran kebangsaan

d)

Jata Negara

31.

Sila rujuk muka surat 126.

Warna merah pada bendera kebangsaan negara melambangkan _____________________ .

a)

kesetiaan kepada raja dan negara.

b)

kesucian dan keikhlasan.

c)

keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran.

d)

perpaduan takyat yang berbilang kaum.

32.

Sila rujuk muka surat 142.

Antara berikut merupakan etika bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda semasa menyanyikan lagu kebangsaan KECUALI :

a)

Bagi yang berkerusi roda, kepala mesti tegak.

b)

Mata memandang kamera

c)

Diwajibkan berdiri.

d)

Kedua-dua tangan di atas paha dengan kaki dirapatkan.

33.

Sila rujuk muka surat 156.

Sikap penutur yang malu atau tiada kesungguhan lebih menyukarkan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Setiap rakyat Malaysia mersti yakin dengan kemampuan bahasa kebangsaan.

Kenyataan ini merujuk kepada _____________ .

a)

Bahasa Inggeris

b)

Bahasa Melayu

c)

Bahasa Mandarin

d)

Bahasa Tamil

34.

Sila rujuk muka surat 158.

Lengkapkan senikata lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" yang berikut,

Maju bangsa dan maju negara,

______________ bahasa kita,

Bahasa jiwa bangsa.

a)

Gunakan

b)

Lupakan

c)

Megahkan

d)

Banggakan

35.

Sila rujuk muka surat 165.

Mengapakah bunga raya dijadikan sebagai bunga kebangsaan?

a)

Namanya seragam dan mudah didapati di seluruh negara.

b)

Ia tumbuh secara bermusim.

c)

Warnanya yang berwarna-warni.

d)

Negara lain sudah memilih ia sebagai bunga kebangsaan mereka.