WorksheetsKata Pemeri dan Kata Bantu
Total questions: 45
Worksheet time: 25mins
Buah durian yang ....... masak itu telah gugur akibat angin kencang.
belum
pernah
Mustaqim .... melancong ke Paris bersama-sama isterinya pada tahun hadapan.
akan
pernah
Zizan tidak ...... memilih antara Zarina dengan Salina untuk dijadikan isterinya.
dapat
hendak
pernah
Puan Suriati bimbang kerana Amir ..... pulang dari sekolah walaupun hari sudah senja.
telah
belum
dapat
Raju tidak ..... mengikuti mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi sekolahnya.
pernah
akan
belum
wajar
Kamu tidak ..... keluar dari dewan peperiksaan ini sehingga diberitahu.
dapat
boleh
akan
Mary tidak ...... ke sekolah kerana dia dijangkiti demam denggi.
hendak
dapat
Adik saya .... berjalan ketika dia berumur 10 tahun.
dapat
boleh
Jika kamu memerlukan ..... pertolongan, jangan segan-silu untuk menghubungi saya.
apa
apa-apa
apa-apaan
apakah
Kamu jangan pergi ke ....... kerana hujan amat lebat!
mana
mana-mana
"Tolong buang sampah ......", kata Hanis kepada rakannya sambil menuding jari ke arah sampah yang berada di hadapannya.
ini
itu
situ
sana
Kata tugas yang hadir sebelum frasa atau rangkai kata utama dipanggil sebagai.....
kata prafrasa
kata pascafrasa
Kata bantu dan kata pemeri merupakan kata ......
prafrasa
pascafrasa
Kata bantu terbahagi kepada ...... jenis.
hanya satu
dua jenis
tiga jenis
Sila pilih kata bantu yang tepat mengikut jenisnya.
kata bantu gabungan
kata bantu komplemen
kata bantu aspek
kata bantu hubung
Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dalam tempoh masa tertentu.
kata bantu aspek
kata bantu ragam
Sila pilih kata bantu ragam yang tepat.
boleh
belum
masih
patut
Berikut merupakan kata bantu aspek, kecuali......
pernah
sedang
hendak
sudah
Anak dara itu akan belum berumah tangga lagi.
Adakah ayat di atas betul?
Betul
Salah
Cikgu yakin bahawa tugasan itu mesti sudah disiapkan.
Adakah ayat berikut menggunakan kata bantu yang betul?
betul
salah
Cikgu Lina harus sudah pulang ke rumahnya.
betul
salah
Dila hendak mahu minum air walaupun demam.
betul
salah
Intan belum akan menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Alisa.
ayat yang betul
ayat yang salah
Adakah ayat berikut menggunakan kata bantu yang tepat?
Hasmah dapat mengikuti lawatan sambil belajar jika mendpaat kebenaran daripada ayahnya.
betul
salah
Seluar di ampaian (a) kering kerana cuaca panas terik.
Haji Tahir sudah (a) berdiri tanpa bantuan tongkat.
Kakak pernah membancuh air kopi untuk rakan-rakannya.
Adakah ayat di atas tepat?
tepat
salah
Ridzwan .... memegang jawatan pengerusi sebelum diambil alih oleh Maniam.
pernah
sedang
belum
Kata pemeri yang mendahului frasa adjektif adalah .......
ialah
adalah
Tarikh pertunangan Afiqah dengan Armin ...... pada 27 September.
ialah
adalah
Tugas guru ..... mengajar dan mendidik pelajar.
adalah
ialah
untuk
Program in ialah untuk memajukan kawasan desa di seluruh negeri Kedah.
betul
salah
Tindakan pemuda itu ialah tidak masuk akal langsung.
betul
salah
Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan Darul Naim.
betul
salah
Perempuan yang memakai tudung itu (a) kakak saya.
Apa-apa sahaja yang diperkatakan oleh lelaki itu (a) tidak benar.
Usaha kerajaan memajukan industri pelancongan ..... dengan menaik taraf infrastruktur.
adalah
ialah
Adakah penggunaan 'adalah merupakan' betul?
Salah
Betul
Adalah dimaklumkan majlis ini terpaksa dibatalkan.
salah
betul
Tujuan merotan ...... untuk menyedarkan pesalah tentang kesalahan yang dilakukannya.
ialah
adalah
Perkara yang dibincangkan dalam majlis ini (a) tentang jumlah wang yang hangus.
Hal yang penting ..... bahawa tindakan itu sungguh keterlaluan.
ialah
adalah
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kursus pelajar akan diadakan pada hari Selasa.
betul
salah
Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.
betul
salah
Kemalangan yang berlaku ............ kecuaian pemandu itu.
disebabkan
adalah
adalah disebabkan
