WorksheetsKuiz Sejarah Bahasa Melayu
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Bermula pada abad ke berapakah Bahasa Melayu Kuno digunakan di Tanah Melayu ?
A) Abad ke- 14
B) Abad ke- 7
C) Abad ke- 5
Antara prasasti berikut, yang manakah menggunakan tulisan Jawi ?
I) Batu nisan Malik al-Salleh
II) Batu bersurat di Minye Tujuh
III) Batu bersurat di Pagar Ruyung
IV) Batu bersurat di Sungai Teresat
Ciri bahasa Melayu klasik termasuklah banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Jawa.
Benar / True
Salah / False
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu?
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Purba
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu mengalami perkembangan awal pasa zaman kerajaan (a) .
Kedatangan agama Hindu ke alam Melayu membawa pengaruh yang ketara terhadap perkembangan bahasa Melayu dari segi
Kosa kata
Sebutan
Sistem tulisan
Pembentukan kata
Bahasa Melayu kuno ditulis dalam huruf Palava pada batu-batu bersurat berikut kecuali
Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang
Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka
Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah
Batu bersurat di Karang Brahi, Hulu Jambi
Pilih pernyataan yang benar tentang Bahasa Melayu Moden.
Melalui proses perancangan bahasa
Pengaruh Bahasa Arab dan Sanskrit diketepikan
Perkembangan berdasarkan Bahasa Inggeris
Antara berikut yang manakah merupakan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka ?
Memperkembang bakat kesusasteraan
Memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara
Menyusun dan menerbitkan kamus bahasa kebangsaan
Memperkembang dan memperkaya bahasa kebangsaan
Faktor utama yang menyebabkan mudahnya penyerapan bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu adalah disebabkan oleh
Kesesuaian kata-kata
tanggapan bahawa bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana
bahasa Sanskrit lebih tinggi mutunya
sifat bahasa Melayu yang dinamis
Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu ?
A) Usaha menerapkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
B) Usaha membakukan sistem ejaan, tatabahasa, dan istilah dalam bahasa Melayu.
C) Usaha menterjemah pelbagai bahan bacaan asing ke dalam bahasa Melayu.
D) Usaha memperluas penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.
Malay – English Dictionary dihasilkan oleh R.O. Winstedt.
Benar / True
Salah / False
Yang berikut ialah ciri bahasa melayu klasik, kecuali ...
A) banyak menggunakan partikel
B) menggunakan kata pangkal ayat yang ketara
C) banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa jawa
D) banyak menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit
Batu bersurat di Kedukan Bukit, di Talang Tuwo, di Kota Kapur dan di Karang Brahi merupakan pernyataan yang benar tentang batu bersurat tersebut , kecuali ...
A) ditemukan pada abad ke-7
B) ditulis semasa pemerintahan kerajaan sriwijaya
C) menggunakan bahasa melayu kuno
D) ditulis dengan menggunakan huruf nagiri
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan 'Mlayu' bermaksud ______ atau ________ .
berlari
mengembara
gembira
mengikut
Bahasa yang berusia antara 2500 hingga 5000 tahun ialah ...
I. Austronesia
II. Nusantara
III. Austroasia
IV. Polinesia
A) I dan II
B) I dan III
C) II dan IV
D) III dan IV
- Bisaya
- Sulu
- Bikol
Senarai bahasa di atas termasuk dalam subkeluarga ......
A) Nusantara
B) Kalimantang
C) Filipina
D) Sumatera
Pernyataan yang manakah BENAR tentang kelompok keluarga dalam susur galur bahasa Melayu?
A) Terdapat 200 hingga 300 bahasa dalam keluarga Nusantara
B) Mengekalkan sebahagian besar ciri bahasa induk
C) Melebihi usia 2500 tahun
D) Terdiri daripada Austroasia, Austronesia, dan Tibet-China
Dari manakah datangnya pengaruh Bahasa Melayu Moden ?
A) Pengaruh Hindu
B) Pengaruh Inggeris
C) Pengaruh Arab
Batu bersurat yang manakah yang tidak ditulis pada abad ketujuh Masihi?
Gandasuli
Karang Brahi
Kedukan Bukit
Talang Tuwo
Yang manakah batu bersurat yang tertua yang menyebut hal kerajaan Sriwijaya?
Kota Kapur
Talang Tuwo
Kedukan Bukit
Karang Brahi
Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu klasik?
Lingua franca
Bahasa perpaduan
Bahasa pentadbiran
Bahasa persuratan
Ciri yang manakah yang sesuai dengan bahasa Melayu moden?
A) Kesinambungan daripada bahasa Sanskrit
B) Mempunyai sifat yang dinamik
C) Tidak berpotensi tinggi
D) Sukar difahami
Benarkah bahasa Melayu Klasik sebagai Lingua-Franca ?
Benar / True
Salah / False
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri bahasa Melayu Kuno yang tidak terdapat pada batu bersurat ?
A) Awalan ber-tulis sebagai mar-
B) Terdapat konsonan rangkap dz dan dh
C) ‘e’ pepet digugurkan sebaliknya digantikan dengan ‘a’
D) W digunakan untuk huruf B dalam Bahasa Melayu Moden
Perkataan yang ada kaitan dengan konsep ‘Melayu’ ditemui pada catatan yang terdapat pada ......
Rekod ahli pelayaran China bertarikh 644-645 Masihi
Batu bersurat Kedukan Bukit
Batu bersurat Talang Tuwo
Bahasa asing tertua merupakan (a) .
Batu bersurat yang manakah yang mencatatkan satu pengaruh baru dalam sejarah perkembangan Bahasa Melayu selain pengaruh Bahasa Sanskrit ?
A) Batu bersurat di Pagar Ruyung , Minangkabau
B) Batu bersurat di Kedukan Bukit , Palembang
C) Batu bersurat di Karang Brahi , Jambi
Yang manakah pasangan perkataan berikut, menepati ciri Bahasa Melayu Kuno ?
A) Bhulan - Phala
B) Merlari – Niminum
C) Mawawa – Merwuat
D) Niwuat – Dangan
[ Marpalas , niparwuat , sapulohdua ]
Kata-kata Bahasa Kuno tersebut bermaksud ......
A) berlepas , dibuat , dua puluh
B) melepas , diperbuat , dua belas
C) berlepas , diperbuat , dua belas
D) melepas , memperbuat , dua puluh
