Font size
WorksheetsUjian Bertulis Fasa 2 (Resit & 1st Attempt)
Total questions: 26
Worksheet time: 2hrs 40mins
1. Rasuah dari segi Bahasa Arab dikenali dengan ___________.
A.) Al-Rasya
B.) Ar-Rasuah
C.) Al-Rasywah
D.) Ar-Risywah
2. Sambutan Hari Belia di Negara Brunei Darussalam diadakan pada setiap __________.
A.) 1 April
B.) 1 Ogos
C.) 1 Januari
D.) 1 Oktober
3. Salah satu Rukun Akhlak dan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam adalah setiakawan, syura dan bermuafakat membawa berkat. Apakah yang dimaksudkan dengan syura?
A.) Pimpinan
B.) Mesyuarat
C.) Sempurna
D.) Kerjasama
4. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, umur belia adalah di antara __________.
A.) 18 tahun hingga 25 tahun
B.) 15 tahun hingga 35 tahun
C.) 18 tahun hingga 25 tahun
D.) 15 tahun hingga 40 tahun
5. Undang-undang di Negara Brunei Darussalam dalam Akta Pencegahan Rasuah, hukuman bagi yang menghadapkan tuntutan palsu adalah __________.
A.) hukuman denda $30,000 dan penjara 7 tahun
B.) hukuman denda $30,000 dan penjara 6 tahun
C.) hukuman denda $30,000 dan penjara 5 tahun
D.) hukuman denda $30,000 dan penjara 8 tahun
6. Dalam senarai jawapan di bawah ini salah satunya adalah strategi pembangunan Negara Brunei Darussalam, iaitu Strategi __________.
A.) Undang-undang
B.) Kewangan
C.) Kemasyarakatan
D.) Agama
7. Dalam perspektif Agama Islam, amalan rasuah dikategorikan sebagai __________.
A.) dosa kecil
B.) tidak berdosa
C.) dosa besar
D.) dosa pendek
8. Terdapat _____________ pembangunan Negara Brunei Darussalam dalam mencapai Wawasan 2035.
A.) 10 strategi
B.) 13 strategi
C.) 15 strategi
D.) 12 strategi
9. Di bawah tersenarai ciri-ciri belia cemerlang KECUALI __________.
A.) komited
B.) lutanan
C.) berputus asa
D.) titih
10. Dalam Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Akta Pencegahan Rasuah terkandung dalam __________.
A.) Penggal 121
B.) Penggal 131
C.) Penggal 141
D.) Penggal 151
11. "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…” Pengharaman rasuah ini ada disentuh dalam Al-Quran dalam __________.
A.) Surah Ali Imran ayat 188
B.) Surah An-Nissa ayat 188
C.) Surah Al-Mulk ayat 188
D.) Surah Al-Baqarah ayat 188
12. Wawasan Negara Brunei 2035 memfokuskan kepada tiga iaitu __________.
A.) Pendidikan, Agama dan Perniagaan
B.) Pendidikan, Keselamatan dan Kesihatan
C.) Pendidikan, Infrastruktur dan Teknologi
D.) Pendidikan, Kualiti Hidup dan Ekonomi
13. “Jangan anggap ‘rasuah kecil’ tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang.”
Sultan manakah yang bertitah di atas ini?
A.) Sultan Sharif Ali
B.) Sultan Haji Hassanal Bolkiah
C.) Sultan Muhammad Shah
D.) Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III
14. Salah satu punca berlakunya rasuah adalah __________.
A.) masuk neraka
B.) dibuang kerja
C.) kurang didikan agama
D.) keluarga harmonis
15. Pemimpin belia di Negara Brunei Darussalam adalah yang berumur __________.
A.) tidak lebih dari 45 tahun
B.) tidak lebih dari 30 tahun
C.) tidak dikenakan batas umur
D.) tidak lebih dari 18 tahun
16. Maksud rasuah dari segi __________ iaitu sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk menghidupkan kebatilan atau untuk menghancurkan kebenaran.
A.) bahasa
B.) bahasa arab
C.) syarak
D.) undang-undang
17. Definisi Wawasan adalah __________.
A.) Matlamat besar bagi jangka masa panjang yang ingin dicapai oleh sesuatu bangsa dan negara.
B.) Matlamat kecil bagi jangka masa panjang yang ingin dicapai oleh sesuatu bangsa dan negara.
C.) Matlamat besar bagi jangka masa pendek yang ingin dicapai oleh sesuatu bangsa dan negara.
D.) Matlamat kecil bagi jangka masa pendek yang ingin dicapai oleh sesuatu bangsa dan negara.
18. Salah satu takrif suapan menurut ______________ iaitu pulangan berharga, diskaun, komisen, rebet dan bonus.
A.) Akta Pencegahan Rasuah
B.) Akta Mencegah Rasuah
C.) Akta Biro Kawalan Rasuah
D.) Akta Memberi Rasuah
19. Negara Brunei Darusalam menginginkan agar negara menjadi “Baldatun taiyibatun warabbun ghafur” yang membawa maksud __________.
A.) sebuah negara yang subur dan makmur, tenteram
B.) sebuah negara yang subur dan makmur, maju dan adil
C.) sebuah negara yang subur dan makmur, adil dan aman
D.) sebuah negara yang subur dan makmur, bertamadun
20. Di bawah ini tersenarai ungkapan lain bagi rasuah, KECUALI __________.
A.) tumbuk rusuk
B.) sunglau
C.) duit teh
D.) kantau
21. Nyatakan TIGA (3) hasrat yang ingin dicapai oleh Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2035?
22. Senaraikan LIMA (5) strategi pembangunan dalam mencapai Wawasan Negara Brunei 2035.
23. Nyatakan LIMA (5) ungkapan lain bagi menggambarkan perbuatan rasuah dalam perspektif masyarakat Melayu.
24. Senaraikan LIMA (5) ciri-ciri etika kerja yang baik sebagai seorang pekerja.
25. Nyatakan LIMA (5) kesan seseorang terlibat dalam kegiatan rasuah.
26. Berikan LIMA (5) peranan belia dalam mencapai Wawasan Negara Brunei 2035.
