wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL C01 (NEW)

Total questions: 22

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah teknik menyoal yang baik boleh diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)?

a)

Menyoal, berhenti sebentar dan namakan pelatih.

b)

Menyoal, namakan pelatih dan beri respon positif

c)

Menyoal, namakan pelatih dan minta pelatih ulang soalan

d)

Menyoal, berhenti sebentar dan minta semua pelatih jawab serentak

2.

Antara berikut, yang manakah aktiviti yang dilaksanakan semasa Langkah Penggunaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amali? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)

a)

Betulkan kesilapan pelatih dengan segera

b)

Senaraikan aktiviti yang patut dibuat oleh pelatih

c)

Beri ringkasan mengenai apa yang telah diajar dan faedahnya

d)

Beri bantuan, penerangan dan huraian semasa pelatih menjalankan aktiviti.

3.

“Pelatih cenderung mengulangi apa yang dipelajarinya yang dapat membawa kepada perasaan suka dan akan cuba mengelakkan perkara yang tidak disukainya”.

 

Namakan prinsip asas undang-undang belajar yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Undang-undang kesan

b)

Undang-undang latihan

c)

Undang-undang awalan

d)

Undang-undang siap sedia

4.

“Pelatih belajar melalui aktiviti membuat atau pengalaman. Semakin banyak latihan ulangan yang diberi, semakin teguh lagi kemahiran yang diperolehi”.

 

Namakan Corak Pengajaran Empat Langkah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Langkah Persediaan

b)

Langkah Pengesahan

c)

Langkah Penggunaan

d)

Langkah Penyampaian

5.

Apakah tugas-tugas pengajar dalam Langkah Penyampaian semasa sesi pembelajaran teori? (pilih 3 jawapan betul)

a)

Hadkan kandungan pelajaran sewajarnya.

b)

Sentiasa bersabar dan betulkan kesilapan pelatih

c)

Mengajar langkah demi langkah mengikut susunan logik.

d)

Penekanan perkara-perkara penting dan langkah keselamatan

6.

Apakah aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan dalam Langkah Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran teori?

a)

Edarkan Kertas Penerangan

b)

Soal pelatih berdasarkan topik yang telah diajar

c)

Bantu pelatih supaya dapat melakukan tugas dengan baik.

d)

Arahkan pelatih merujuk Kertas Kerja untuk melaksanakan tugas.

7.

Bagaimanakah kaedah terbaik untuk mengendalikan jawapan pelatih yang separuh betul?

a)

Berikan jawapan yang betul serta merta

b)

Hukum pelatih dengan hukuman yang ringan

c)

Soal soalan tambahan untuk memperolehi jawapan yang lengkap

d)

Ulang soalan untuk beri lebih kefahaman terhadap soalan yang diberi

8.

Apakah tujuan sesi percambahan fikiran (brainstorming) dilaksanakan dalam kaedah pengajaran berkumpulan?

a)

Untuk membina kebolehan pelatih dalam menyelesaikan masalah yang timbul

b)

Untuk mencetuskan suasana pembelajaran yang menarik minat pelatih melalui pemikiran kreatif.

c)

Untuk melibatkan semua pelatih dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan topik pembelajaran.

d)

Untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu kerja yang memerlukan aktiviti-aktiviti berterusan untuk menjayakannya.

9.

Antara berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan analisa keperluan latihan?

a)

Latihan mestilah dilaksanakan berasaskan kepada keperluan sebenar

b)

Seseorang penyelia seharusnya memastikan matlamat sebenar latihan tercapai

c)

Satu proses yang dirancang untuk memperbaiki pencapaian individu melalui pengalaman terdahulu.

d)

Peroses menentukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk memperbaiki pencapaian individu tertentu.

10.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri suara yang baik bagi seorang pengajar? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)

a)

Nada suara

b)

Kadar suara

c)

Kekuatan suara

d)

Pengekalan suara

11.

Bagaimanakah kaedah pengajaran secara main peranan atau role play dilaksanakan?

 

a)

Pengajar menyoal untuk menggerakkan pemikiran dan kefahaman pelatih melalui pemikiran secara kreatif.

b)

Penerangan seberapa ringkas langkah-langkah kerja mengikut prosedur dan penggunaan peralatan yang betul.

c)

Penyelesaian terhadap sebarang masalah antara seorang pengajar dengan seorang pelatih atau sekumpulan kecil pelatih.

d)

Pengajar memilih pelajar untuk melakonkan watak yang berkaitan dengan perkara yang hendak diterangkan kepada pelajar

12.

Bilakah Kertas Penerangan perlu diedarkan?

a)

Semasa Langkah Penggunaan sesi pengajaran dan pembelajaran teori

b)

Semasa Langkah Penggunaan sesi pengajaran dan pembelajaran amali.

c)

Semasa Langkah Penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran teori

d)

Semasa Langkah Penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran amali

13.

Bagaimanakah pengajar memastikan Alat Bantuan Mengajar yang dibangunkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)

a)

Pastikan boleh dibaca dan tepat.

b)

Berlatih sehingga persembahan berjalan lancar

c)

Bangunkan pelan kontigensi jika sesuatu berlaku.

d)

Bentangkan beberapa idea atau tajuk dalam satu slaid

14.

Apakah kebaikan menggunakan Alat Bantuan Mengajar dalam sesi penyampaian?

a)

Melengkapkan lagi idea-idea kreatif

b)

Menerangkan idea-idea yang kompleks

c)

Melaksanakan sesi pembelajaran secara dalam talian

d)

Menggilap kepakaran menggunakan pelbagai aplikasi.

15.

Mentor perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara mentee. Mentor juga perlu sensitif pada bahasa lisan yang digunakan serta mengenalpasti kehendak mentee yang sebenar.”

 

Apakah kemahiran yang digunakan oleh seseorang mentor dalam menjalankan peranannya seperti pernyataan di atas?

a)

Kemahiran berfikir.

b)

Kemahiran bertanya

c)

Kemahiran memerhati

d)

Kemahiran memberi maklum balas

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan ’menginterpretasi’ dalam mengenalpasti punca masalah semasa sesi kaunseling dijalankan?

a)

Pemahaman kaunselor terhadap isu-isu klien tidak menyeleweng

b)

Pergantungan klien kepada kaunselor untuk menjawab soalan sangat tinggi

c)

Penjelasan terhadap makna isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor

d)

Penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan bersama klien

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah dalam penyampaian latihan?(PILIH 3 JAWAPAN BETUL)

a)

Tutorial

b)

Syarahan

c)

Demosntrasi

d)

Ceramah Bengkel

18.

Apakah kebaikan kaedah syarahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

a)

Pengajar dapat menilai kemampuan pelatih.

b)

Pelatih dapat memahami pengajaran dengan lebih banyak

c)

Menghilangkan rasa jemu pengajar semasa mengajar satu kumpulan pelatih yang ramai.

d)

A.     Membolehkan isi pelajaran disampaikan kepada satu kumpulan pelatih yang ramai dalam masa yang singkat.

19.

Antara berikut, yang manakah teknik facilitation bagi membantu kumpulan untuk fokus kepada tugasan? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)

a)

Teknik soal jawab.

b)

Teknik penghuraian

c)

Teknik mempamerkan empati.

d)

Teknik merumus dan meringkaskan idea.

20.

Bagaimanakah seseorang jurulatih (coach) membimbing pelatihnya (coachee) menentukan matlamat dalam sesi kejurulatihan (coaching) yang diikuti?

a)

Membantu coachee mengenalpasti situasi mereka di dalam isu yang sedang berlaku.

b)

Memastikan coachee mengenalpasti apakah haluan yang ingin dicapai dalam sesi tersebut.

c)

Membuat demontrasi kerja amali sebelum coachee melakukannya sendiri tanpa pemantauan.

d)

Memberi  tunjuk  ajar  kepada  coachee mengenai  cara  peningkatan  sesuatu kemahiran

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik kejurulatihan (coaching) yang aktif?

a)

Jurulatih akan respon bagi setiap kegagalan yang berlaku

b)

Jurulatih akan membantu dalam merekod idea-idea yang terhasil dari diskusi.

c)

Jurulatih akan membantu dalam menghasilkan idea dan nasihat kepada pelatih

d)

Jurulatih akan membantu dalam memberi matlamat yang tepat untuk setiap tugasan.

22.

Antara berikut, yang manakah persoalan untuk menentukan objektif pengajaran?(PILIH 3 JAWAPAN BETUL)

a)

Mengapakah konsep dan kemahiran itu penting?

b)

Bilakah pelatih akan mula memahami topik yang telah disampaikan?

c)

Apakah kemahiran terpenting untuk pelatih faham diakhir pembelajaran?

d)

Bagaimanakah anda tahu pelatih faham dengan jelas seperti yang telah disampaikan?