WorksheetsULANG KAJI TATABAHASA 1
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
"Mengapakah ________ bermuram durja?" tanya Datuk Bendahara kepada Sultan Ahmad.
tuanku
hamba
patik
tuan hamba
Setiap murid agak hairan akan _________ sikap Ryan sejak kebelakangan ini. Dia menjadi semakin rajin.
pertukaran
pergantian
perubahan
peralihan
Pihak Kastam dan Eksais Diraja berjaya _______ 200 karton rokok dalam operasi mencegah penyeludupan pada malam tadi.
merompak
merampas
menimbulkan
menguasai
Pihak polis sedang ______ gerak-geri kumpulan penjenayah itu sebelum melancarkan serbuan.
meneliti
menatap
mengintip
memantau
Biskut di dalam tin yang tidak bertutup itu sudah tidak _____ lagi. Biskut itu tidak sedap lagi.
rangup
garing
lemau
lembik
Sebagai juruteknik, Harry memang _________ mengendalikan mesin di kilang itu.
cergas
cekap
tangkas
lincah
Asam pedas adalah ________ makanan kegemaran Kit Yin.
dalam
seperti
antara
terhadap
Kasih sayang Yvonne _____ kedua-dua ibu bapanya tidak berbelah bahagi.
dalam
demi
dari
terhadap
_________ besar daripada rakyat Malaysia pada masa ini celik komputer.
Segelintir
Sebahagian
Seluruh
Sekalian
Ting Weng memberitahu saya _______ bapanya akan dinaikkan pangkat pada hujung bulan ini.
sekiranya
walhal
bahawa
tatkala
Ahmad gagal dalam ______ itu kerana dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya dengan lancar.
janji temu
temu duga
temu ramah
temu jodoh
Kita mestilah menghormati ______ kaum lain dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan orang lain.
pantang undur
keluar pantang
pantang jumpa
pantang larang
Mak Cik Soh memasukkan _______ ke dalam sarung bantal yang baharu itu.
pepatung
lelabu
kekabu
lelangit
Budak lelaki itu memekik meminta tolong apabila ternampak seorang kanak-kanak _____ di dalam air.
tercapai-capai
berkepul-kepul
terlonjak-lonjak
terkapai-kapai
Pencuri itu berjalan _________ setelah ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung.
terhuyung-hayang
terumbang-ambing
terkapai-kapai
tergopoh-gapah
Delwey suka menonton rancangan kartun di televisyen, ________ kartun 'Minion'.
sehubungan dengan itu
lebih-lebih lagi
lantaran itu
oleh yang demikian
Joanne mendidihkan air terlebih dahulu sebelum ____ kuih koci itu.
merebus
mengukus
mereneh
memanggang
Stanley menghadiahi buah hatinya se______ bunga mawar sempena hari kekasih.
tangkai
kuntum
jambak
jambangan
Yin Ning hendak _______ ibunya menjadi seorang doktor yang berhati emas dan sanggup merawat pesakit ketika pandemik ini.
mengadu untung
mengikut jejak
mencolok mata
menurut kata
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Kecantikan gadis itu memang tiada tolok bandingnya.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai cincin dengan permata
bagai bulan dipagari bintang
bagai bulan dengan matahari
