wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Doctor The Silent Leader

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Beliau memegang jawatan utama semasa pemerintahan darurat dalam kedua-dua Majlis Gerakan Negara dan Kabinet dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada September 1970.

Siapakah yang dimaksudkan?

a)

Tun. Dr. Mahathir Bin Mohamad

b)

Tun Dr. Ismail Bin Dato Haji Abdul Rahman

c)

Tan Sri Jemilah Mahmood

2.

Siapakah penggerak utama di sebalik penubuhan MERCY Malaysia?

a)

Tun Dr Mahathir b. Mohamad

b)

Tun Dr Ismail bin Dato Haji Abdul Rahman

c)

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'pemimpin' ?

a)

Pemimpin adalah seseorang yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada ibu bapanya.

b)

Pemimpin adalah seseorang yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada rakan-rakannya.

c)

Pemimpin adalah seseorang yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada pengikutnya.

d)

Pemimpin adalah seseorang yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada jirannya.

4.

Berikut merupakan antara kualiti keberkesanan ke atas seseorang pemimpin kecuali...

a)

Motivasi

b)

Empati

c)

Kreatif

d)

Bertanggungjawab

5.

Seorang pemimpin yang hebat adalah seseorang yang mampu untuk...

a)

memberi arahan tanpa mendengar pendapat daripada orang lain, bijak membuat keputusan serta mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

b)

menjadi pendengar yang baik, penyokong serta memberi inspirasi kepada orang lain.

c)

memberi inspirasi dan menjadi pendengar yang baik walaupun kurang memberi sokongan kepada ahli kumpulannya.

6.

Kebolehan seseorang untuk memahami dan berkongsi perasaan, mengambil perspektif orang lain, dan cuba menyelesaikan masalah orang lain.


Apakah yang dimaksudkan berdasarkan pengertian di atas?

a)

Bertanggungjawab

b)

Simpati

c)

Integriti

d)

Empati

7.

Berikut merupakan contoh-contoh yang melambangkan sifat kreatif bagi seorang ketua kecuali…

a)

Pemimpin yang berfikir secara terbuka untuk mengubah, mampu menukar sesuatu perkara menjadi lebih kreatif dan inovatif.

b)

Seorang yang cenderung untuk mengikut status quo, takut untuk menyuarakan pendapat kepada pihak atasan dan tidak mengambil berat tentang rakan-rakan sekerjanya.

c)

Pemimpin yang berinovasi secara berani dan kreatif menyuarakan pendapat dan lebih memikirkan perasaan rakan seorganisasinya berbanding pihak atasan.

8.

Apakah kelebihan visi dalam sesebuah organisasi? (sila pilih 3 jawapan)

a)

membantu pemimpin menyusun matlamat jangka panjang melalui pencapaian individu yang bermotivasi.

b)

dapat membantu membangunkan cara untuk mencapai atau strategi untuk mencapainya.

c)

dapat memudahkan pemimpin untuk memberi inspirasi kepada rakan sekerjanya untuk mengejar dan merealisasikannya.

d)

memudahkan pemimpin untuk melakukan perkara yang tidak berguna untuk pencapaiannya.

9.

Berikut merupakan faedah-faedah bagi sifat seorang pemimpin yang berusaha untuk memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa kecuali…

a)

Menjamin kejayaan jangka masa panjang

b)

Meningkatkan motivasi dalam diri

c)

Menampakkan kelemahan yang ada pada pemimpin

d)

Dapat menginspirasikan dan menjadi ‘role model’ dalam sesuatu organisasi.

10.

Antara berikut, pernyataan manakah tidak benar?

a)

Kepimpinan dapat disimpulkan sebagai kebolehan atau kekuatan dalam diri seseorang untuk memimpin dan mempengaruhi orang lain dari segi kerja, di mana matlamatnya adalah untuk mencapai sasaran (matlamat) yang telah ditentukan.

b)

Secara umumnya, seorang pemimpin mempunyai visi dan misi yang sangat jelas, mahir dalam memimpin, dan sangat pandai berkomunikasi.

c)

Mempunyai kebolehan untuk membimbing dan mempengaruhi

seseorang atau kumpulan manusia dikenali sebagai pemimpin.

d)

Pemimpin sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada pasukan untuk mengekalkan kemajuan, adalah merupakan pengertian bagi visi.