WorksheetsBESI TETULANG (REINFORCEMENT)
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Antara berikut, apakah maksud bagi “spesifikasi” yang terkandung di dalam Dokumen Kontrak?
Mengandungi jumlah tuntutan interim
Mengandungi kaedah pembelian bahan
Mengandungi kaedah pelaksanaan kerja
Mengandungi jumlah pembelian bahan untuk projek .
Antara berikut, yang manakah BUKAN Lukisan Pembinaan dalam kerja pemasangan pintu dan tingkap?
Lukisan jurutera
Lukisan arkitek
Lukisan infrastruktur
Lukisan perpaipan dalaman
Bagaimanakah proses penyediaan pelan bangunan daripada perspektif klien bermula?
Klien mestilah memberi idea selepas pelan bangunan dilulus oleh pihak berkuasa.
Klien mestilah memberi idea sebelum pelan bangunan dilulus oleh pihak berkuasa.
Klien tidak perlu mengetahui perkembangan pelan bangunan sehingga dilulus oleh pihak berkuasa.
Klien tidak perlu mengetahui perkembangan pelan bangunan sehingga pelantikan kontraktor berlaku.
Apakah yang dimaksudkan dengan Lukisan Pembinaan?
Lukisan yang dilukis oleh sub-kontraktor
Lukisan yang dilukis oleh Arkitek dan Jurutera.
Lukisan yang dilukis oleh kontraktor.
Lukisan yang dilukis oleh klien.
Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis besi tetulang?
Tetulang Anyaman.
Keluli Terubah Bentuk.
Tetulang Terubah Bentuk.
Keluli Lembut.
Merujuk pada Rajah 1, apakah yang dimaksudkan dengan 10?
Jumlah bar.
Diameter bar
Jenis besi tetulang.
Jarak antara pusat bar.
Merujuk pada Rajah 1, apakah yang dimaksudkan dengan 200?
Jumlah bar.
Diameter bar
Jarak antara pusat bar.
Jarak pada permulaan struktur
Bagaimanakah ketebalan kulit konkrit ditentukan semasa kerja tetulang?
Ketebalan kulit konkrit perlu setara dengan memasang kayu pada tetulang.
Ketebalan kulit konkrit perlu setara dengan memasang batu pada tetulang.
Ketebalan kulit konkrit perlu setara dengan memasang dawai pengikat pada tetulang.
Ketebalan kulit konkrit perlu setara dengan memasang blok penjarak pada tetulang.
Rajah di sebelah menunjukkan reinforcement lapping dalam kerja tetulang. Berapakan ukuran panjang lapping untuk sambungan dua batang bar tetulang?
10D
30D
50D
80D
Apakah perkara yang tidak perlu diambil kira dalam pemilihan besi bar tetulang yang digunakan dalam pembinaan?
Kehendak konktraktor
Fungsi-fungsi besi bar tetulang
Kedudukan struktur
Spesifikasi
Apakah bahan asas yang digunakan dalam fabrikasi tetulang?
i. Benang
ii. Penjarak
III. Dawai pengikat
IV. Besi bar tetulang
Apakah maksud fabrikasi tetulang bagi sesebuah struktur bangunan?
Proses menggabung jalin anggota-anggota tetulang kepada bahagian-bahagiannya sehingga membentuk corak untuk disesuaikan dengan struktur yang dibina.
Proses menggabung jalin anggota-anggota tetulang kepada bahagian-bahagiannya sehingga membentuk kesepaduan dan kekuatan untuk disesuaikan dengan struktur yang dibina.
Proses menggabung jalin anggota-anggota bangunan kepada bahagian-bahagiannya sehingga membentuk kesepaduan dan kekuatan untuk disesuaikan dengan struktur yang dibina.
Proses menggabung jalin anggota-anggota tetulang kepada bahagian-bahagiannya sehingga tidak membentuk kesepaduan dan kekuatan untuk disesuaikan dengan struktur yang dibina.
Nyatakan simbol bar besi tetulang yang standard?
I. Y - Keluli lembut
II. R - Keluli lembut
Y - Keluli tegangan tinggi
X - Lain-lain gred tetulang
Pilih kenyataan yang betul berkaitan dengan kelebihan tetulang anyaman.
I. Dapat meningkatkan kos bahan dan buruh
II. Proses pemasangannya mudah dan cepat
III. Mempunyai daya tahan kakisan dan pengoksidaan yang rendah
IV. Profil rusuk tetulang anyaman meningkatkan ikatan kepada elemen-elemen konkrit.
Nyatakan kegunaan alat tangan yang ditunjukkan pada Rajah di sebelah dalam kerja fabrikasi tetulang?
Untuk memotong tetulang
Untuk membengkok bar tetulang
Untuk mendapatkan ukuran tetulang
Untuk mengikat tetulang dengan lebih cepat
Namakan alat tangan yang digunakan untuk kerja membentuk bar tetulang secara manual?
Pincer.
Wire brush
Twister Wire Hook
Single head bar bender
Mengapakah alat dan peralatan fabrikasi perlu disediakan sebelum kerja-kerja fabrikasi tetulang dilaksanakan?
Supaya alat dan peralatan fabrikasi selamat
Supaya alat dan peralatan fabrikasi tidak rosak
Supaya boleh membeli alat dan peralatan fabrikasi yang baru
Supaya alat dan peralatan fabrikasi senang diselenggarakan sebelum digunakan
Rajah di sebelah menunjukkan alat tangan yang digunakan dalam kerja fabrikasi tetulang. Apakah kegunaan alat tangan tersebut?
Digunakan untuk kerja mengukur bar tetulang
Digunakan untuk membersihkan permukaan tetulang yang hendak difabrikasi menggunakan kaedah kimpalan
Digunakan untuk kerja-kerja membersihkan bar tetulang dalam kuantiti yang banyak
Digunakan untuk kerja mengikat bar tetulang dengan cepat
Apakah kegunaan peralatan yang ditunjukkan pada rajah sebelah?
Untuk membentuk bar tetulang
Untuk memotong lebihan bar tetulang
Untuk mengikat tetulang dengan lebih cepat
Untuk mendapatkan ukuran diameter tetulang
Apakah rujukan untuk kerja-kerja pemotongan dan pembengkokan bar tetulang?
Jadual Kerja
Jadual Bentuk
Jadual Pemotongan
Jadual Pelaksanaan
Mengapakah bar keluli tetulang perlu bebas daripada minyak, gris, habuk atau kotoran yang lain?
Supaya kelihatan bersih
Supaya bar tetulang senang diikat
Supaya bar tetulang mudah dipotong
Supaya konkrit dapat melekat dengan baik
Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa kerja memotong dan membentuk tetulang?
I. Sikap pekerja-pekerja yang bekerja sambil lewa.
II. Keluli mestilah bersih dari minyak dan gris serta bebas dari habuk serta kotoran lain.
III. Pemotongan dan bengkokan tetulang hendaklah memenuhi piawaian BS 4466
IV. Keluli mestilah dipotong dan dibengkokkan mengikut kehendak Jadual Bentuk yang disediakan
Nyatakan tujuan hujung bar besi tetulang mesti dibengkok atau dibentuk cangkuk?
Bagi mengelakkan bar tetulang daripada berkarat
Bagi memudahkan kerja menempatkan bancuhan konkrit
Bagi menambah cengkaman pada konkrit.cepat
Bagi menstabilkan bar tetulang
Berdasarkan maklumat-maklumat pada Jadual di sebelah, nyatakan elemen-elemen yang diperlukan dalam kerja membengkokkan bar tetulang?
I. Jenis bar tetulang
II. Diameter bar tetulang
III. Bentuk bar tetulang
IV. Ukuran panjang bar tetulang
Namakan pegawai yang terlibat dalam menyediakan spesifikasi pemotongan dan pembengkokan bar tetulang seperti yang terkandung dalam Jadual Bentuk?
Penyelia
Jurutera
Pembantu Jurutera
Pengurus Projek
Berdasarkan Jadual di sebelah, berapakah bilangan bar keseluruhan yang diperlukan untuk bar yang bertanda 006?
1 sahaja
9 batang
13 batang
18 batang
Berdasarkan maklumat pada Jadual di sebelah berapakah panjang keseluruhan bar untuk bar yang bertanda 046?
4.23 meter
10.8 meter
29.965 meter
30.825 meter
Merujuk kepada Jadual di sebelah apakah jenis dan saiz bar tetulang yang digunakan untuk projek tersebut?
Y 10
Y 12
Y 16
Y 20
Rajah di sebelah menunjukkan satu daripada langkah kerja dalam menghasilkan komponen tetulang. Nyatakan tujuan utama aktiviti tersebut dilaksanakan?
Menstabilkan keluli bar sepanjang masa
Memastikan bar keluli melekat antara satu sama lain
Menanda kedudukan keluli bar supaya jarak ukurannya sama sebelum dan semasa konkrit dituang
Menentukan keluli bar terletak pada kedudukan yang betul dan tidak berubah kedudukannya sebelum dan semasa konkrit dituang
Apakah tujuan komponen-komponen tetulang yang telah siap diikat diperiksa terlebih dahulu sebelum di bawa ke tapak bina?
Memastikan tetulang diangkat mengikut prosedur yang betul
Memastikan komponen-komponen tetulang siap dipasang mengikut masa yang ditetapkan
Memastikan tetulang yang telah siap dipasang dihantar ke tapak bina mengikut jadual penghantaran
Memastikan tetulang dipasang mengikut pelan lukisan kejuruteraan yang telah diluluskan oleh jurutera
Kenapakah kerja-kerja tetulang merupakan salah satu fasa yang sangat penting di dalam pembinaan rumah kediaman?
Tetulang merupakah elemen pengagihan beban
Tetulang memberikan kekuatan kepada struktur bangunan
Tetulang mengurangkan kekuatan sesebuah struktur bangunan
Tetulang merupakan elemen kurang penting dalam pembinaan struktur bangunan
Berdasarkan Rajah di sebelah, nyatakan kaedah yang digunakan untuk mengangkat komponen-komponenn tetulang tersebut?
Kaedah mudah alih
Kaedah secara manual
Kaedah secara automasi
Kaedah penggunaan jentera
Mengapakah kemahiran membaca garisan grid pada pelan lukisan sangat penting kepada pekerja-pekerja yang memasang komponen-komponen tetulang?
Memastikan komponen-komponen tetulang diletakkan di tapak bina.
Memastikan komponen-komponen tetulang ditempatkan pada tempat yang betul.
Memastikan komponen-komponen tetulang dipotong dan dibengkokkan mengikut kehendak Jadual Bentuk
Memastikan komponen-komponen tetulang bersih dari minyak dan gris serta bebas dari habuk serta kotoran lain.
Kaedah ini lebih praktikal, jimat kos dan jimat masa untuk pembinaan rumah kediaman yang bertingkat-tingkat”
Merujuk kepada kenyataan di atas, apakah jenis kaedah mengangkat komponen-komponen tetulang yang digunakan?
Kaedah mudah alih
Kaedah secara manual
Kaedah secara automasi
Kaedah penggunaan jentera
Apakah tujuan penjarak-penjarak dalam kerja pembinaan struktur?
I. Menyediakan ruang yang cukup untuk kerja mengkonkrit
II. Menyediakan penutup konkrit pada jarak minimum
III. Menstabilkan struktur bangunan
IV. Menyokong tetulang-tetulang
Apakah kebaikan penjarak plastik jika dibandingkan dengan jenis-jenis penjarak yang lain?
I. Sangat kukuh
II. Mudah patah
III. Dapat menahan daripada patah
IV. Mudah diperolehi dari pembekal-pembekal hardware
Apakah antara punca utama pembaziran sisa bahan dalam kerja pembinaan bangunan?
Pembelian bahan binaan yang mengikut keperluan
Kelemahan pengawalan dan pengurusan bahan binaan
Pembelian bahan binaan yang mengikut spesifikasi
Kecekapan pengawalan dan pengurusan bahan binaan
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan fizikal?
Bahan buangan yang perlu dibakar di tapak bina
Aktiviti-aktiviti pembinaan yang membazir masa serta kos
Sisa pembinaan adalah bahan yang diingini dihasilkan secara langsung atau tidak langsung oleh industri pembinaan.
Sisa hasil kerja-kerja pembinaan, penggalian, perobohan, pengubahsuaian dan aktiviti-aktiviti pembinaan yang berkaitan.
Mengapakah besi tetulang yang mempunyai permukaan kasar digunakan sebagai Main Bar di tapak bina?
Dapat pegangan dan ikatan yang lebih kuat.
Dapat pegangan dan ikatan yang lebih tegak.
Dapat pegangan dan ikatan yang lebih kemas.
Dapat pegangan dan ikatan yang lebih jajar.
Antara berikut, yang manakah kepentingan bagi menentukan kedudukan tetulang di dalam struktur konkrit?
Untuk membolehkan konkrit yang dituang ke dalam struktur konkrit mengalir dengan sempurna
Untuk membolehkan konkrit yang dituang ke dalam struktur konkrit tidak mengalir dengan sempurna.
Untuk membolehkan konkrit yang dituang ke dalam struktur konkrit mengeras dengan sempurna.
Untuk membolehkan konkrit yang dituang ke dalam struktur konkrit tidak mengeras dengan sempurna.
