wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Imbuhan

Total questions: 21

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Adik ... izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.

a)

diminta

b)

meminta

c)

permintaan

d)

terpinta

2.

Semua penduduk telah ... keputusan untuk ... balai raya itu.

a)

bersetuju ... baikkan

b)

menyetujui ... membaiki

c)

dipersetujui ... dibaiki

d)

persetujuan ... baiki

3.

Hadiah itu adalah ... Encik Shafi kepada isterinya bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

diberi

b)

memberi

c)

pemberi

d)

pemberian

4.

Hafizi ... sendirian apabila ... peristiwa lucu tempoh hari.

a)

ditertawakan ... mengingati

b)

tertawakan ... peringatan

c)

mentertawakan ... ingat

d)

tertawa ... teringat

5.

Azim sanggup ... nyawanya semata-mata untuk ... rakannya yang hampir lemas.

a)

menaruh ... selamatkan

b)

bertaruh ... diselamatkan

c)

dipertaruhkan ... terselamat

d)

mempertaruhkan ... menyelamatkan

6.

Penduduk di kawasan pedalaman itu ... penyakit kulit akibat air sungai yang tercemar.

a)

berjangkit

b)

menjangkiti

c)

dijangkiti

d)

jangkitan

7.

"Dalam ... saya, kegagalan murid-murid itu berpunca daripada sikap mereka sendiri," kata Cikgu Ayu.

a)

keamatan

b)

pengamatan

c)

memperamat

d)

teramat

8.

pokok itu tumbang setelah ... kilat petang tadi.

a)

sambaran

b)

disambar

c)

menyambar

d)

bersambar

9.

Kamu perlu ... suara ketika berbual-bual supaya tidak mengganggu orang lain.

a)

kerendahan

b)

merendahkan

c)

perendahkan

d)

terendah

10.

Setiap pagi, anak-anak desa yang berbasikal itu kelihatan ... menuju ke sekolah.

a)

bersaing

b)

menyaingi

c)

persaingan

d)

pesaing

11.

______ itu telah membawa buah tangan untuk ibu.

a)

Dilawat

b)

Lawatan

c)

Melawat

d)

Pelawat

12.

Pesakit itu telah mendapat _____ di hospital Tan Tock Seng.

a)

dirawat

b)

merawat

c)

perawat

d)

rawatan

13.

Ali terperanjat apabila ______ hantu itu.

a)

kelihatan

b)

penglihat

c)

penglihatan

d)

terlihat

14.

Dia telah dinasihati doktor agar _____ rehat yang secukupnya.

a)

dapatan

b)

didapatkan

c)

mendapatkan

d)

terdapat

15.

Nenek memakai cermin mata kerana mengalami masalah_____________.

a)

kelihatan

b)

melihat

c)

dilihat

d)

penglihatan

16.

Ahli keluarga yang paling saya ___________ialah nenek.

a)

disayangi

b)

sayangi

c)

menyayangi

d)

kesayangan

17.

Murid-murid membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan _____________yang betul.

a)

sebutan

b)

sebutkan

c)

menyebut

d)

tersebut

18.

Semua _____________bertepuk tangan setelah persembahan itu tamat.

a)

menonton

b)

ditonton

c)

ditontoni

d)

penonton

19.

bom + ( )

a)

mem

b)

menge

c)

men

d)

meng

20.

indahkan + ( )

a)

me

b)

meng

c)

men

d)

menge

21.
Wanita muda itu ________ apabila diusik oleh lelaki itu.
a)
bersenyum
b)
tersenyum
c)
disenyum
d)
menyenyum