wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PROGRAM KOLABRATIF QUIZZI SEJARAH T4B6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan karya yang menyebarkan ideologi komunis?

a)

Manifesto

b)

Das Manifesto

c)

Das Kapital

d)

Communist Kapital

2.

Ideologi komunis mula berkembang di Tanah Melayu pada awal tahun 1920-an. Ideologi ini dibawa melalui

a)

Parti Komunis China

b)

Parti Komunis Nanyang

c)

Parti Koumintang

d)

Malayan Democratic Party

3.

Alimin

Tan Melaka


Mengapakah mereka gagal menyebarkan pengaruh komunis kepada orang Melayu?

a)

Perbezaan budaya

b)

Komunis menggunakan kekerasan

c)

Kemelesetan ekonomi

d)

Pemimpin tidak bersatu

4.

1. Berikut adalah maklumat tentang Parti Komunis Malaya.


· Ditubuhkan 30 April 1930

· Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Bagaimanakah cara pengaruh mereka disebarkan di Tanah Melayu?

a)

Parti politik

b)

Kampung Baru

c)

Kesatuan sekerja

5.

Pertubuhan berikut ditubuhkan oleh semasa Perang Dunia Kedua.


Bintang Tiga


Apakah tujuan penubuhannya?

a)

Menentang Jepun

b)

Mengelakkan pemberontakan

c)

Mewujudkan keamanan

d)

Membentuk kerajaan baharu

6.

1. Antara berikut, yang manakah merupakan bentuk kerjasama yang diberikan oleh British kepada PKM semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

a)

Bekalan senjata

b)

Bantuan kemanusiaan

c)

Penubuhan MPAJA

7.

Mengapakah British membekalkan senjata kepada Parti Komunis Malaya semasa Perang Dunia Kedua?

a)

Menentang Jepun

b)

Mengelakkan pemberontakan

c)

Mewujudkan keamanan

d)

Membentuk kerajaan baharu

8.

Dialog berikut mungkin dituturkan selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu.


Komunis A :Selama ini kita dipergunakan oleh British

Komunis B :Betul, mereka guna kita untuk menentang

Jepun

Komunis C :Sekarang mereka nak ambil tindakan pada

kita

Apakah tindakan British selepas pengunduran tentera Jepun?

a)

British membubarkan MPAJA

b)

MRLA ditubuhkan menggantikan MPAJA

c)

Ahli PKM dipenjarakan

d)

British merampas senjata PKM

9.

Malayan People’s Anti Japanese Army(MPAJA) menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana

a)

kekalahan Jepun

b)

kekosongan politik

c)

masalah kewangan

d)

sokongan rakyat

10.

· Menyeksa penduduk

· Melakukan pembunuhan

Mengapakah anggota MPAJA bertindak sedemikian?


a)

Keganasan tentera Jepun

b)

Penangkapan pembesar

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Kelewatan penubuhan kerajaan

11.

Maklumat berikut berkaitan persidangan yang dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa.


· Persidangan Kongres Belia Asia

· PersidanganParti Komunis India


Apakah kesan dari persidangan tersebut kepada Tanah Melayu?

a)

Sistem Ahli diperkenalkan

b)

Parti Komunis Malaya diharamkan

c)

Pemberontakan PKM dilancarkan

d)

PKM diiktiraf sebagai parti politik sah

12.

Apakah tindakan komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu?

a)

Menyerang lombong bijih timah

b)

Memutuskan bekalan air

c)

membakar balai polis

13.

Komunis telah mengancam keselamatan rakyat dengan

a)

Mengalihkan landasan kereta api

b)

Membakar harta benda penduduk

c)

Menyerang pasukan polis

d)

membakar ladang getah

14.

1. Mengapakah darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada Jun 1948?

a)

Pemogokan pekerja kilang

b)

Pemusnahan landasan kereta api

c)

Pembunuhan pengurus ladang

d)

Propaganda parti berhaluan kiri

15.

Bagi menangani ancaman komunis, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang darurat. Antara tindakan yang diambil dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut ialah

a)

memagar kampung dan menahan tanpa bicara

b)

mengharamkan akhbar Cina

c)

melakukan sekatan jalan

d)

melakukan sekatan ekonomi

16.

Kerajaan telah mengharamkan PKM dan parti politik radikal dalam usaha untuk menguatkuasakan undang-undang darurat. Parti yang diharamkan ialah

a)

AMCJA dan AWAS

b)

AWAS dan PKMM

c)

PUTERA dan PKMM

17.

Mengapakah British menangkap pemimpin berikut semasa zaman darurat?


· Ahmad Boestamam

· Ishak Haji Muhamad

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Bekerjasama dengan komunis

c)

Pemimpin gerakan radikal

d)

Menyebarkan ideologi sosialis

18.

Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan bagi membanteras ancaman komunis.


Menubuhkan pasukan keselamatan Special Constable yang terdiri dari 24,000 anggota


Apakah tugas utama pasukan tersebut?

a)

Mengawasi pergerakan penduduk

b)

Mengawal ladang dan lombong

c)

membuat rondaan pinggir hutan

d)

Menjaga keselamatan pegawai British

19.

Maklumat berikut berkaitan pasukan keselamatan yang berperanan membanteras ancaman komunis.


· Anggota menyamar sebagai komunis

· melakukan tugas risikan


Pasukan yang dimaksudkan ialah


a)

Auxilary Police

b)

Home Guard

c)

Cawangan Khas

d)

Polis Hutan

20.

Maklumat berikut berkaitan pasukan Polis Hutan yang ditubuhkan oleh British.


· Tahun 1951 dinamakan Jungle Squad

· Tahun 1958 dinamakan Polis Hutan


Apakah peranan pasukan tersebut?

a)

Mengawasi pergerakan penduduk

b)

Mengawal ladang dan lombong

c)

Menjaga Kampung Baru

d)

Menjaga keselamatan pegawai British

21.

Kerajaan memperkenalkan langkah berikut di bawah Undang-Undang Darurat.


· Sistem pendaftaran kebangsaan

· Penggunaan kad pengenalan

Mengapakah tindakan ini dilaksanakan?

a)

Mengawal pergerakan tentera

b)

Membezakan orang awam dan komunis

c)

Memberi bantuan kewangan

d)

Mengenalpasti bilangan warganegara

22.

Pernyataan berikut berkaitan Rancangan Briggs yang telah dilancarkan oleh Sir Henry Gurney Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950.


Setinggan Cina pinggir hutan dipaksa berpindah kepada petempatan baru dikenali sebagai Kampong Baru


Mengapakah Rancangan Briggs ini dilancarkan?

a)

Memberi taraf kewarganegaraan

b)

Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina

c)

Menghapuskan komunis

d)

Melemahkan gerakan Min Yuen

23.

Apakah langkah yang digunakan dalam rancangan Briggs untuk membanteras ancaman komunis pada tahun 1950?

a)

Melonggarkan syarat kerakyatan

b)

Menawarkan pemberian hadiah

c)

Membuka Kampung Baru

d)

Melancarkan Gerakan Kebuluran

24.

Apakah usaha yang dijalankan oleh British untuk menarik sokongan orang Cina menentang komunis?

a)

Mewujudkan perpaduan kaum

b)

Melonggarkan syarat kerakyatan

c)

Memberi bantuan kewangan

d)

Menempatkan mereka di kampong baru

25.

Perang Saraf telah berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan menghapuskan perasaan perkauman. Bagaimanakah ia dilaksanakan?

a)

Menubuhkan Home Guard

b)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan dan mengadakan lawatan

c)

Mewujudkan kampong baru

d)

Menubuhkan Home Guard dan mengadakan lawatan

26.

Kerajaan bertindak menyebarkan 40 juta risalah dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?

a)

Menerangkan dasar kerajaan

b)

Menyekat bantuan kepada komunis

c)

Memujuk komunis menyerah diri

d)

Menjalankan pendaftaran kebangsaan

27.

Majlis Perundangan Persekutuan pada Disember 1949 telah melancarkan kempen “Bulan Rakyat Menentang Penjahat” yang berjaya menarik penyertaan melebihi 435000 penduduk berbilang kaum.

Apakah kesan daripada kempen tersebut?

a)

Penubuhan Parti Perikatan

b)

Sistem Ahli diperkenalkan

c)

Mengeratkan hubungan antara kaum

d)

Ancaman komunis diatasi

28.

1. Jadual berikut merujuk kepada rundingan Tunku Abdul Rahman dengan Parti Komunis Malaya(PKM).



28-29 Disember 1955

Pertemuan Baling

Apakah tujuan rundingan tersebut diadakan?

a)

Memulihkan keamanan

b)

menawarkan bantuan kewangan

c)

Menamatkan perjuangan komunis

d)

Menjamin keselamatan rakyat

29.

Berikut merujuk kepada Rundingan Baling antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya(PKM).


28-29 Disember 1955

Pertemuan Baling

Apakah syarat yang dikemukakan oleh pihak komunis?

a)

Pengiktirafan terhadap PKM

b)

Penubuhan negara bercorak republik

c)

Penggabungan PKM dan Koumintang

d)

Pembubaran Perjanjian Persekutuan 1948

30.

Malayan Chine Association (MCA) telah bersama-sama dengan kerajaan untuk memerangi komunis. Langkah yang dilakukan oleh MCA ialah

a)

Menangkap ejen komunis

b)

Menubuhkan pasukan keselamatan

c)

Membantu memindahkan setinggan Cina

31.

Mengapakah kerajaan membelanjakan anggaran sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara tahun 1948 hingga 1960?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Membendung rusuhan kaum

d)

Membanteras ancaman komunis

32.

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Berkurung untuk menghadapi ancaman komunis. Apakah kesan kepada rakyat apabila kerajaan melaksanakan langkah berikut semasa zaman darurat?

a)

Pergaduhan kaum

b)

Aktiviti harian terjejas

c)

Perpaduan semakin erat

d)

Ekonomi sara diri meningkat

33.

Pernyataan berikut berkaitan dengan petempatan Kampung baru semasa zaman darurat.


· Didominasi kaum Cina

· Kawalan keselamatan ketat


Kesan kepada masyarakat di Tanah Melayu ialah

a)

pembangunan tidak terancang

b)

merenggangkan hubungan antara kaum

c)

kegiatan ekonomi terganggu

d)

parti politik berasaskan kaum diharamkan

34.

Berikut merupakan kesan zaman darurat dari aspek politik kecuali

a)

peningkatan jumlah warganegara

b)

penubuhan MCA

c)

mempercepat kemerdekaan

d)

penubuhan persekutuan Tanah Melayu

35.

Perang Saraf merupakan rancangan British untuk menghapusan pengaruh komunis. Apakah cara yang digunakan untuk memenangi kepercayaan Orang Asli ?

a)

Menyalurkan bantuan kewangan untuk membeli keperluan

b)

membina petempatan baharu untuk diduduki

c)

mendirikan 14 kubu yang terdapat kemudahan barangan keperluan harian , perubatan dan pendidikan

36.

Penguatkuasaan Undang-undang Darurat merupakan salah satu cara menyekat pengaruh komunis. Berikut merupakan tindakan dalam penguatkuasaan Undang-undang Darurat kecuali

a)

menahan sesiapa yang disayaki terlibat dalam pergerakan komunis

b)

mengenakan hukuman mati kepada sesiapa yang membawa senjata api dan bahan letupan

c)

mengikuti sesiapa sahaja yang disyaki bekerjasama dengan komunis

d)

mengenakan hukuman yang berat kepada sesiapa yang bekerjasama dengan komunis

37.

Siapakah nama pengurus ladang Eropah yang telah dibunuh di Sungai Siput Perak?

a)

Edward Gent

b)

John Allison

c)

Henry Gurney

d)

George Birch

38.

Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan. Di manakah lokasi Parti ini ditubuhkan?

a)

Kuala Lipis, Pahang

b)

Sungai Siput, Perak

c)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan

39.

Pasukan Askar Melayu berperanan dalam usaha mematahkan perjuangan komunis. Apakah tugas Pasukan Askar Melayu dalam usaha tersebut?

a)

menangkap individu yang bekerjasama dengan komunis

b)

membanteras gerila komunis di dalam hutan

c)

menyamar sebagai penyokong komunis

d)

membuat intipan terhadap kegiatan komunis

40.

Hadiah wang tunai ditawarkan kepada penduduk dalam usaha membasmi komunis. Apakah tindakan yang mesti dilakukan oleh penduduk untuk mendapatkan ganjaran tersebut

a)

menjadi pengintip kepada kegiatan komunis

b)

menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis

c)

mencari lokasi komunis bersembunyi

d)

mengenal pasti individu yang bekerjsama dengan komunis