wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Siri 6: Nilai-nilai Masyarakat Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut menunjukkan tanggungjawab, KECUALI ...

a)

kewajipan yang dipikul oleh seseorang.

b)

tugas atau kerja yang mesti dilakukan oleh seseorang.

c)

seorang bapa yang bekerja keras demi menyara isteri dan anak-anak.

d)

Punethen melanggar lampu isyarat warna merah untuk masuk ke dalam politeknik.

2.

Elinash mempunyai sikap malas sehingga mengabaikan pelajarannya dan menyebabkan beliau gagal dalam peperiksaan. Elinash harus bertanggungjawab ke atas kelalaian itu kepada ...

a)

diri sendiri

b)

ibu bapa

c)

ketua kampung

d)

ketua menteri

3.

Bagaimanakah cara seseorang individu itu menjalankan tanggungjawab kepada tuhan?

a)

Bersikap kejam

b)

Selalu bersyukur

c)

Menganiayai haiwan

d)

merosakkan rumah ibadat

4.

Menjaga maruah adalah salah satu tanggungjawab terhadap diri. Apakah kepentingan menjaga maruah diri?

a)

Nama baik dan kehormatan diri terpelihara.

b)

Melambangkan kemewahan hidup.

c)

Melahirkan masyarakat yang angkuh dan ego.

d)

Gejala sosial berlaku dengan meluas.

5.

Cara menjaga maruah diri ialah ...

a)

Mengaibkan orang lain.

b)

Memakai pakaian yang seksi.

c)

Bercakap dengan menggunakan kata kesat.

d)

Menjaga tatasusila dalam hubungan sesama manusia.

6.

Mengapakah tanggungjawab menjaga kesihatan diri dengan mendapatkan kerehatan yang cukup amat penting?

a)

Supaya disayangi oleh orang sekeliling.

b)

Mengurangkan tekanan dan boleh menenangkan minda.

c)

Rutin harian sebagai seorang yang bertanggungjawab.

d)

Mengelakkan tertidur semasa belajar atau bekerja.

7.

Kelebihan orang yang bertanggungjawab menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh seperti yang berikut, KECUALI ...

a)

dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

b)

mendapat kejayaan dan kemajuan dalam hidup.

c)

dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.

d)

boleh membezakan antara yang baik dan buruk.

8.

Situasi-situasi yang berikut menunjukkan Ross seorang yang bertanggungjawab dari segi mental dan fizikal dalam pergaulan seharian, KECUALI ...

a)

sentiasa berpakaian kemas dan bersih ke politeknik.

b)

sentiasa bersikap rasional semasa membuat keputusan.

c)

sentiasa merasa iri hati dengan kejayaan rakan-rakannya.

d)

sentiasa menerima pandangan rakan sekelas dengan hati yang terbuka.

9.

"Membantu membuat kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah"


Pernyataan di atas merujuk tanggungjawab terhadap ...

a)

diri sendiri

b)

keluarga

c)

masyarakat

d)

negara

10.

Pilih pernyataan TIDAK BENAR berkaitan keluarga.

a)

Mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain.

b)

Unit kecil daripada masyarakat yang terdiri daripada dua orang atau lebih.

c)

Saling bermusuhan dan membawa haluan hidup masing-masing.

d)

Mengambil berat dan saling sayang-menyayangi antara adik beradik.

11.

Bagaimanakah cara seorang anak yang bertanggungjawab menghormati ibu bapanya?

a)

Bertutur dengan kata yang kasar.

b)

Meminta duit yang berlebihan walau pun ibu bapa dalam kesusahan.

c)

Menyenangkan hati dan melakukan segala permintaan mereka.

d)

Memukul serta mengherdik apabila berlaku perselisihan pendapat.

12.

Subanu telah melakukan kesalahan sehingga menyebabkan ibu bapanya berasa kecil hati. Sebagai anak, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh Subanu bagi memujuk ibu bapanya?

a)

Memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya.

b)

Lari dari rumah dan menyepikan diri danpa menghubungi ibu bapanya.

c)

Berkelakuan seperti biasa tanpa berasa bersalah terhadap kedua ibu bapanya.

d)

Bermasam muka dan bersikap lewa terhadap ibu dan bapanya.

13.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tanggungjawab terhadap keluarga?

a)

Yuvan menjaga adiknya semasa ibu bapa mereka keluar membeli barang keperluan.

b)

Nisha mencuci kereta bapanya setiap kali hujung minggu.

c)

Chong menghubungi ibunya untuk bertanya khabar sekiranya beliau tidak dapat pulang ke kampung.

d)

Devi membeli keperluan pakaian kerjanya setiap kali mendapat gaji bulanan.

14.

"Shamita dan adik beradiknya sentiasa menjaga pertuturan dan perbuatan."

Pernyataan tersebut merujuk tanggungjawab terhadap keluarga dalam aspek ...

a)

saling memberikan perhatian.

b)

menjaga nama baik keluarga.

c)

meluangkan masa sesama keluarga.

d)

memberikan kasih sayang.

15.

Manakah peranan individu dalam memberi kasih sayang kepada keluarga?

a)

Mengabaikan hubungan kekeluargaan.

b)

Mematuhi nasihat ibu bapa.

c)

Sentiasa berkasar dengan keluarga.

d)

Tidak meluangkan masa bersama keluarga

16.

Pilih pernyataan yang BETUL berkaitan masyarakat.

a)

Tidak mengenali jiran tetangga.

b)

Saling memerlukan antara satu sama lain.

c)

Tidak bertegur sapa dan suka menyendiri.

d)

Saling mementingkan diri sendiri.

17.

Kita bertanggungjawab mengamalkan nilai-nilai murni yang menunjukkan semangat hidup bermasyarakat seperti berikut, KECUALI ...

a)

memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah.

b)

hidup bertolak ansur antara satu sama lain.

c)

tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga.

d)

saling bantu-membantu antara sesama sendiri.

18.

Perkara yang boleh mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah melalui ...

a)

semangat kekitaan dan kesatuan.

b)

bergaduh dan bermasam muka.

c)

bersikap iri hati dan cemburu.

d)

membuat hal masing-masing.

19.

Peribahasa Melayu 'jaga tepi kain orang' relevan dengan kehidupan masa ini kerana...

a)

dapat mengintip dan mengetahui masalah orang sekeliling.

b)

dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat.

c)

berpeluang dapat menghebohkan kejadian orang lain.

d)

membendung masalah sosial yang semakin berleluasa.

20.

Sutha Dewi baru sahaja berpindah ke Taman Alamaya yang terletak Permatang Pauh. sebagai penduduk taman tersebut, apakah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh Sutha Dewi untuk terus bersosial dengan masyarkat setempat tersebut?

a)

Duduk bersendirian di rumah.

b)

Membina hubungan yang baik dengan jiran.

c)

Sombong dan tidak mahu bertegur sapa.

d)

Melancong setiap kali ada program dijalankan.