wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

perniagaan

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Kawalan kualiti bermaksud:

a)

satu proses semakan produk atau perkhidmatan untuk memastikan produk menepati piawaian kualiti yang ditetapkan

b)

satu proses perbandingan produk atau perkhidmatan untuk memastikan produk menepati piawaian kualiti yang ditetapkan

c)

satu proses penambahbaikan produk atau perkhidmatan untuk memastikan produk menepati piawaian kualiti yang ditetapkan

d)

satu proses pemerhatian produk atau perkhidmatan untuk memastikan produk menepati piawaian kualiti yang ditetapkan

2.

Berikut merupakan kepentingan Kawalan Kualiti KECUALI:

a)

mengurangkan kos pengeluaran

b)

memastikan pematuhan kepada standard piawaian

c)

mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna

d)

meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan

3.

Proses kawalan kualiti (PDCA) melibatkan semua yang berikut KECUALI:

a)

(Plann) Rancang

b)

(Direct) Arahan

c)

(Check) Semak

d)

(Action) Tindakan

4.

Berikut ialah tentang Kaedah Pemeriksaan Menyeluruh KECUALI:

a)

kaedah pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan

b)

sesuai mengawal kualiti produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil

c)

sesuai untuk proses pengeluaran secara massa

d)

dapat mengelak produk yang rosak sampai ke tangan pengguna

5.

Berikut ialah tentang Pelan Persampelan Tunggal KECUALI:

a)

pemeriksaan ke atas beberapa sampel produk yang diambil secara rawak dari satu kumpulan produk

b)

jika didapati sampel yang diambil rosak, keseluruhan produk dari kumpulan tersebut akan ditolak

c)

kumpulan produk tersebut akan diterima jika sampel yang diperiksa menepati piawai kualiti yang ditetapkan

d)

jika didapati tidak menepati piawai kualiti yang ditetapkan, pemeriksaan kali kedua

perlu dilakukan

6.

Berikut ialah tentang Pelan Persampelan Berganda KECUALI:

a)

pemeriksaan kali pertama, sampel produk akan diambil secara khusus dari satu

kumpulan produk

b)

pemeriksaan ke atas produk dibuat untuk kali kedua jika pemeriksaan kali pertama mendapati sampel produk tidak menepati piawai kualiti yang ditetapkan

c)

sampel produk kali kedua akan diambil secara rawak dari kumpulan produk yang sama

d)

jika sampel kedua masih tidak menepati piawai kualiti yang ditetapkan, keseluruhan

kumpulan produk tersebut akan ditolak

7.

'carta mempunyai garis tengah, had kawalan atas dan had kawalan bawah'.


Alat Kawalan Kualiti yang menerangkan petikan diatas ialah:

a)

Carta Gantt

b)

kawalan proses secara statistik (SPC)

c)

carta kawalan

d)

analisis nilai tambah

8.

Berikut adalah tentang Analisis Nilai Tambah KECUALI:

a)

penilaian yang dibuat akan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan membazir yang boleh dibuang tanpa menjejaskan kualiti

b)

satu proses menilai ke atas aktiviti proses pengeluaran yang boleh mewujudkan peningkatan faedah ke atas produk yang dihasilkan berbanding perubahan kos yang dihadapi

c)

Setiap aktiviti dinilai kos operasi, tempoh masa & sumber yang digunakan

d)

hanya aktiviti yang meningkatkan nilai tambah yang berguna kepada pengguna akan

diteruskan

9.

Berikut ialah tentang Kos Pencegahah KECUALI:

a)

kos yang dibayar untuk mencegah berlakunya ketidakpatuhan produk kepada keperluan pengguna

b)

kos yang berlaku apabila produk yang berkualiti rendah ditemui sebelum dihantar kepada pelanggan

c)

cuba menghalang produk yang berkualiti rendah daripada sampai ke tangan pelanggan

d)

melibatkan kos latihan, kos aktiviti peningkatan kualiti & kos penyemakan semula spesifikasi reka bentuk produk

10.

Berikut ialah tentang Kos Kegagalan Dalaman:

a)

kos yang dibayar untuk mencegah berlakunya ketidakpatuhan produk kepada keperluan pengguna

b)

kos yang berlaku apabila produk yang berkualiti rendah ditemui sebelum dihantar kepada pelanggan

c)

kos yang berlaku apabila pelanggan telah menerima produk yang berkualiti rendah

d)

melibatkan kos latihan, kos aktiviti peningkatan kualiti & kos penyemakan semula spesifikasi reka bentuk produk

11.

Berikut ialah tentang Pasukan Penambahbaikan Kualiti KECUALI:

a)

proses membandingkan prestasi dan merit sendiri dengan prestasi dan merit yang terbaik dalam industri yang sama atau berlainan

b)

satu kumpulan pekerja dari jabatan atau proses kerja yang berlainan

c)

kumpulan dengan ahli-ahli yang pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman

d)

bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis, menyelesaikan masalah

dan mengimplementasi perubahan berkaitan peningkatan kualiti

yang berterusan

12.

Berikut adalah pendekatan-pendekatan Kawalan Kualiti KECUALI:

a)

kawalan input

b)

kawalan proses

c)

kawalan luaran

d)

kawalan output

13.

Berikut adalah tentang Kawalan Proses KECUALI:

a)

juga dikenali sebagai kawalan semasa

b)

bagi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah

c)

sampel produk yang dalam proses akan diperiksa

d)

bertujuan untuk penambaikan/pembetulan terhadap proses pengeluaran yang berikutnya

14.

Kawalan inventori bermaksud:

a)

sistem pengurusan stok atau inventori dalam sesebuah perniagaan

b)

sistem kawalan stok atau inventori dalam sesebuah perniagaan

c)

sistem penyelarasan stok atau inventori dalam sesebuah perniagaan

d)

sistem penilaian stok atau inventori dalam sesebuah perniagaan

15.

Berikut ialah kepentingan Kawalan Inventori KECUALI:

a)

meminimumkan kos pemegangan inventori

b)

memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan

c)

menstabilkan harga produk di pasaran

d)

mengoptimumkan penggunaan luas lantai gudang

16.

Kerja Dalam Proses (WIP) ialah:

a)

bahan asas atau sumber-sumber semula jadi yang digunakan dalam proses

pengeluaran untuk menghasilkan produk

b)

barang-barang yang masih dalam proses pengeluaran

c)

hasil yang dikeluarkan setelah proses pengeluaran tamat

d)

hasil yang boleh dipasarkan terus kepada pengguna

17.

Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) ialah:

a)

satu kaedah untuk menentukan nilai pesanan optimum yang dapat meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori

b)

satu kaedah untuk menentukan harga pesanan optimum yang dapat meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori

c)

satu kaedah untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang dapat meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori

d)

satu kaedah untuk menentukan kaedah pesanan optimum yang dapat meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori

18.

Berikut adalah andaian-andaian yang dibuat jika menggunakan EOQ KECUALI:

a)

permintaan adalah tetap dan konstan

b)

kekurangan wujud dalam pasaran

c)

masa menunggu untuk menerima pesanan (lead time) adalah malar

d)

hanya terdapat dua jenis kos iaitu kos pemegangan dan kos pemesanan

19.

Definisi Titik Pesanan Semula (Re-order Point) ialah:

a)

penetapan satu tahap kos yang memerlukan pihak pengurusan memesan semula inventori supaya inventori berada pada tahap mencukupi dan pada masa yang sama

dapat meminimumkan kos inventori

b)

penetapan satu tahap kuantiti yang memerlukan pihak pengurusan memesan semula inventori supaya inventori berada pada tahap mencukupi

c)

penetapan satu tahap kos yang memerlukan pihak pengurusan memesan semula inventori supaya inventori berada pada tahap mencukupi

d)

penetapan satu tahap kuantiti yang memerlukan pihak pengurusan memesan semula inventori supaya inventori berada pada tahap mencukupi dan pada masa yang sama

dapat meminimumkan kos inventori

20.

Berikut adalah benar tentang sistem Just-In-Time (JIT) KECUALI:

a)

sistem di mana item-item inventori tiba apabila diperlukan dalam proses pengeluaran tanpa perlu disimpan dalam stor

b)

berasal dari Jepun

c)

sistem yang meminimumkan kos menyimpan

d)

juga dikenali sebagai sistem inventori sifar

21.

Berikut adalah objektif Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) KECUALI:

a)

meminimumkan kos kawalan kualiti

b)

menghasilkan output yang sentiasa tepat (right the first time)

c)

meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif

d)

memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk yang lebih baik

22.

Berikut adalah kelemahan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) KECUALI:

a)

melibatkan kos yang tinggi dalam memberi latihan, penambahbaikan dan kawalan

b)

kurang dorongan daripada kerajaan tempatan

c)

pekerja kurang memberi komitmen dan kurang memberi kerjasama

d)

kekurangan pekerja yang mahir

23.

Merekayasa (Re-engineering) bermaksud:

a)

proses menstruktur semula proses-proses kerja sampingan dalam struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk meningkatkan kecekapan dengan menimumkan kos yang tidak perlu

b)

proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran

c)

proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk meningkatkan kecekapan dan mencapai kemajuan yang lebih besar

d)

proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk meningkatkan kecekapan dengan menimumkan kos yang tidak perlu