wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Siri 9- Aktiviti Pengukuhan Nilai Masyarakat Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kenyataan manakah TIDAK BENAR tentang agama?

a)

Mengajar manusia ke arah kebaikan.

b)

Menjauhkan manusia daripada kejahatan.

c)

Menjadi panduan hidup manusia.

d)

Mengajak manusia melakukan kerosakan.

2.

Apakah maksud hedonisme?

a)

Mengagungkan budaya Barat.

b)

Menikmati hidup dengan cara berhibur semata-mata.

c)

Mengimbangi antara keperluan material dan spiritual.

d)

Menggunakan pertimbangan akal dalam membuat keputusan.

3.

Apakah ciri-ciri punk?

a)

Berpakaian formal.

b)

Memakai jeans dan perhiasan emas.

c)

Memakai pakaian ketat dan berwarna hitam.

d)

Mengenakan rantai dan potongan rambut mohawk.

4.

Kenyataan manakah TIDAK BENAR tentang ilmu?

a)

Menyuluh ke arah kebenaran.

b)

Menghindar daripada kebaikan

c)

Mengangkat martabat manusia.

d)

Membezakan orang jahil dan orang berilmu.

5.

Apakah kesan masalah sosial yang melanda masyarakat?

a)

Keselamatan masyarakat terjamin.

b)

Pembangunan terbantut.

c)

Kemudahan awam terjaga,

d)

Ekonomi negara mapan.

6.

Bagaimanakah kehidupan masyarakat yang tidak menghayati aspek-aspek kenegaraan?

a)

Kestabilan politik.

b)

Masyarakat menjadi mundur.

c)

Pembangunan negara akan berjalan dengan lancar.

d)

Rakyat mampu menikmati kehidupan yang berkualiti.

7.

Budaya punk bermula di ....

a)

London

b)

Denmark

c)

Kuala Lumpur

d)

Madras

8.

Apakah asal usul ideologi punk?

a)

Bermula dengan fahaman politik berhaluan kiri.

b)

Muzik Rock yang keterlaluan.

c)

Fesyen-fesyen Barat.

d)

Golongan remaja yang inginkan kebebasan.

9.

Apakah maksud Black Metal?

a)

Kumpulan yang mengetengahkan irama lagu hip hop.

b)

Kumpulan muzik yang menggunakan irama sentimental balada.

c)

Kumpulan Rock liar yang menggunakan senikata lagu memuja kecintaan.

d)

Kumpulan Rock yang memuja unsur-unsur kesyaitanan.

10.

Manakah kenyataan yang SALAH tentang fesyen Barat?

a)

Seksi dan menjolok mata.

b)

Moden dan kontemporari.

c)

Tidak mementingkan maruah pemakai.

d)

Menepati jiwa pelbagai lapisan masyarakat.

11.

Golongan Hedonisme menghabiskan masa di ...

a)

pusat serenti.

b)

pusat hiburan.

c)

tempat ibadat.

d)

tempat rekreasi.

12.

Mengapa masyarakat kita menolak hedonisme?

a)

Menolak kebenaran.

b)

Bertentangan dengan adab dan budaya Timur.

c)

Melanggar fitrah manusia.

d)

Menepati cita ras golongan remaja.

13.

Apakah peranan ibu bapa dalam menyemai semangat cintakan ilmu terhadap anak-anak?

a)

Menyediakan kemudahan internet.

b)

Membina perpustakaan awam.

c)

Membeli buku-buku ilmiah.

d)

Membawa anak-anak melawat muzium.

14.

Kenyataan yang manakah SALAH tentang masyarakat yang cintakan ilmu?

a)

Mengunjungi perpustakaan.

b)

Menghabiskan masa yang terluang dengan membaca.

c)

Membeli buku-buku ilmiah.

d)

Memberikan motivasi memajukan diri.

15.

Apakah kesan utama vandalisme?

a)

Mencantikkan dinding bangunan.

b)

Kemudahan awam rosak.

c)

Mengundang permusuhan kaum.

d)

Imej insititusi tercemar

16.

Apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menggalakkan masyarakat mendekati ilmu?

a)

Kempen Kesedaran.

b)

Kempen Kebudayaan.

c)

Kempen Membaca.

d)

Kempen Sayang Ilmu.

17.

Apakah kementerian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kempen Membaca?

a)

Kementerian Penerangan.

b)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

c)

Kementerian Kebudayaan.

d)

Kementerian Pendidikan.

18.

Apakah matlamat UTAMA Kempen Membaca yang dilancarkan oleh kerajaan?

a)

Memotivasikan sekolah untuk menganjurkan pertandingan bercerita.

b)

Memberikan kesedaran tentang kepentingan menulis.

c)

Melahirkan masyarakat yang tahu membaca.

d)

Menanam budaya dalam kalangan masyarakat

19.

Masalah sosial yang manakah boleh dikaitkan dengan gambar tersebut?

a)

Merempit.

b)

Bohjan.

c)

Gangsterisme.

d)

Gangguan seksual.

20.

Gambar tersebut menunjukkan masalah ...

a)

lepak.

b)

bohsia

c)

gangsterisme.

d)

vandalisme