wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL PPMP JPN JOHOR (SET 3)

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat di bawah berkaitan peranan pemerintah dan rakyat. (m/s 13)


**Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri , demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya. **


Apakah tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Membekalkan tenaga kerja

b)

Menghadiri majlis umum

c)

Mengutip hasil melalui sistem serah

d)

Memelihara keamanan dan kebajikan

2.

Kegagalan Gerakan Propaganda pimpinan Jose Rizal telah mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal di Filipina. (m/s 28)


Apakah tindakan yang diambil bagi mencapai matlamat perjuangannya?

a)

Melancarkan revolusi

b)

Mengadakan tunjuk perasaan

c)

Menubuhkan persatuan anti penjajah

d)

Membesarkan angkatan tentera

3.

Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalis lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar. (m/s 37)


* Raja Chulan Raja Abdullah

* Mahmut Mat

* Mohammad Eunos Abdullah


Apakah yang diperjuangkan oleh golongan ini?

I Menuntut kebebasan daripada penjajah

II Membaiki taraf hidup orang Melayu

III Membuka peluang pekerjaan untuk orang Melayu

IV Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah pada tahun 1914? (m/s 54)

a)

Pembentukan Kuasa Paksi

b)

Pembubaran Liga Bangsa-Bangsa

c)

Pencerobohan Jerman ke atas Rusia

d)

Pembunuhan bakal raja Austria-Hungary

5.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu ? (m/s 69)

a)

Tentera British berpaling tadah

b)

Sokongan orang dagang

c)

Strategi yang berkesan

d)

Pergolakan politik di Tanah Melayu

6.

Maklumat berikut berkaitan tindak balas orang Melayu terhadap Bintang Tiga. (m/s 84)


** Orang Melayu bersatu dan membentuk Gerakan Fi-Sabilillah apabila Bintang Tiga mengancam institusi politik, kekeluargaan dan agama Islam. **


Apakah matlamat pembentukan Gerakan tersebut?

a)

Mempertahankan maruah bangsa

b)

Mengatasi masalah kemiskinan

c)

Memperjuangkan nasib petani

d)

Mencapai kemerdekaan

7.

Bagaimanakah British Military Administration berusaha untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di Tanah Melayu selepas pengunduran tentera Jepun? (m/s 94)

a)

Memecat pegawai yang menyokong Jepun

b)

Menghantar pulang imigran Cina dan India

c)

Mengadakan pilihan raya umum untuk memilih kerajaan

d)

Membubarkan Malayan’s People Anti Japanese Army

8.

Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan? (m/s 118)

a)

Tiada mempunyai ketua yang berkaliber

b)

Tidak memahami tujuan penyerahan

c)

British membangunkan ekonomi

d)

Penduduk terhutang budi

9.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut ialah ... (m/s 126)


I semua negeri Melayu disatukan

II Dewan Undangan Negeri ditubuhkan

III Singapura diasingkan daripada persekutuan

IV bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah faedah yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (m/s 136)

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Menguasai pentadbiran

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan karya ideologi politik pada abad ke-19. (m/s 146)


* Communist Manifesto

* Das Kapital


Apakah persamaan idea yang terdapat pada karya tersebut?

a)

Perinsip persamaan hak

b)

Kerajaan bercorak republik

c)

Memiliknegarakan ekonomi

d)

Pemerintahan berbentuk tirani

12.

Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu. (m/s 161)


Apakah kesan pengisytiharan undang-undang tersebut?

a)

Pengukuhan perpaduan kaum

b)

Pertambahan jumlah setinggan

c)

Pembesaran pasukan bersenjata

d)

Peningkatan jumlah kewarganegaraan

13.

Apakah peranan jawatankuasa ini dalam isu pendidikan? (m/s 177)

a)

Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam

b)

Mencadangkan penubuhan institusi pengajian tinggi

c)

Mencadangkan penubuhan sekolah pelbagai aliran

d)

Mencadangkan sistem peperiksaan mengikut jurusan

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan parti politik selepas Perang Dunia Kedua. (m/s 185)


* Februari 1949 -->> Malayan Chinese Association (MCA)


Apakah matlamat penubuhan parti tersebut?

a)

Bekerjasama menentang komunis

b)

Memperjuangkan pendidikan yang seragam

c)

Mendapatkan hak dan kedudukan sama rata

d)

Menuntut kewarganegaraan secara jus soli

15.

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan.

Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya tersebut? (m/s 200)


I Berketurunan kerabat raja

II Berumur 21 tahun dan ke atas

III Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

IV Berpendidikan sekolah Inggeris

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan menunjukkan kompromi melalui perkongsian kuasa antara kaum bagi mencapai kemerdekaan. (m/s 204)


Apakah kesan daripada pembentukannya?

a)

Pemimpin tempatan berkuasa penuh

b)

Syarat kerakyatan dilonggarkan

c)

Institusi beraja terus diperkukuh

d)

Kerajaan diketuai oleh Ketua Menteri

17.

Apakah bentuk bantuan yang dijanjikan oleh Komanwel kepada Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan? (m/s 218)

a)

Pinjaman kewangan

b)

Kerjasama pertahanan

c)

Pembangunan pertanian

d)

Perkongsian teknologi

18.

Apakah tujuan rombongan tersebut berlepas ke London? (m/s 223)

a)

Merundingkan tarikh kemerdekaan

b)

Menandatangani perjanjian pertahanan

c)

Membincangkan isu kerakyatan

d)

Mengukuhkan hubungan luar

19.

Apakah pengertian kemerdekaan yang diberikan oleh tokoh-tokoh berikut? (m/s234-235)


* Tunku Abdul Rahman – Malayasia

* Mahatma Ghandi – India

* Nelson Mandela – Afrika Selatan

a)

Kebebasan politik

b)

Pembasmian kemiskinan

c)

Penghapusan perkauman

d)

Kehancuran ideologi penjajah

20.

Tunku Abdul Rahman telah dikalungkan dengan rantai emas pada alam sambutan pemasyhuran kemerdekaan. (m/s 239)


Apakah simbolik di sebalik kalungan tersebut?

a)

Anugerah tokoh kepimpinan

b)

Pengisytiharan ‘Bapa Kemerdekaan'

c)

Pelantikan Perdana Menteri Pertama

d)

Pengiktirafan sebagai negara demokrasi

21.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, siapakah yang menjadi Ketua Utama Negara? (m/s 8)

a)

Perdana Menteri

b)

Majlis Raja-raja

c)

Menteri Besar

d)

Yang di-Pertuan Agong

22.

Mengapakah kedaulatan penting kepada sesebuah negara? (m/s 10)

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Menunjukkan kebebasan mentadbir

c)

Mewujudkan keberkesanan pentadbiran

d)

Melambangkan kehebatan sesebuah negara

23.

Mengapakah perundangan berikut diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat? (m/s 24)


* Charter of Justice

a)

Memajukan ekonomi

b)

Melindungi penduduk

c)

Membangunkan negeri

d)

Mengukuhkan perpaduan

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan pindaan perlembagaan di negara kita. (m/s 30)


* Pindaan Perlembagaan 1963

* Pindaan Perlembagaan 1965


Mengapakah pindaan tersebut dilakukan?

a)

Menyesuaikan dengan keperluan semasa

b)

Menyeragamkan bidang kuasa kerajaan

c)

Memantapkan undang-undang negeri

d)

Mengehadkan kuasa pemerintah

25.

Apakah X? (m/s 51)

a)

Hak dalam pendidikan

b)

Hak memiliki kewarganegaraan

c)

Kebebasan menjalankan hukuman

d)

Kebebasan memiliki kekayaan

26.

Apakah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan? (m/s 57)


I Melantik Ketua Menteri

II Tidak memperkenankan pembubaran DUN

III Tidak memperkenankan pembubaran parlimen

IV Melantik Perdana Menteri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Bagaimanakah British menyatukan pentadbiran negeri-negeri berikut pada tahun 1946? (m/s 67)


* Melaka

* Pulau Pinang

* Semua negeri Melayu

a)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

b)

Penubuhan Kesatuan Melaya

c)

Pembinaan konsep negara bangsa

d)

Penetapan sempadan antara negeri

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan projek perumahan di negara kita. (m/s 77)


* Rumah Selangorku

* Rumah Mampu Milik Johor


Siapakah kumpulan sasaran projek perumahan tersebut?

a)

Kakitangan kerajaan negeri

b)

Kumpulan profesional tempatan

c)

Golongan berpendapatan rendah

d)

Terbuka kepada semua golongan

29.

Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. (m/s 90)


Apakah matlamat penggabungan wilayah tersebut kepada British?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Melakukan imperialisme

c)

Melaksanakan pemodenan

d)

Memudahkan pentadbiran

30.

Mengapakah parti politik berikut menentang penggabungan Singapura dalam Malaysia? (m/s 97)


* Parti Rakyat Singapura

* Barisan Sosialis

a)

Menuntut kemerdekaan mutlak

b)

Mempertahankan hak peribumi

c)

Menganggap penjajahan baharu

d)

Menolak prinsip persamaan taraf

31.

Kerajaan telah melaksanakan gerakan Perang Saraf untuk mengatasi ancaman komunis di Sarawak. (m/s 121)


Bagaimanakah gerakan tersebut dijalankan?

I Mengisytiharkan Kawasan putih

II Mengadakan perhimpunan awam

III Mendaftarkan kad pengenalan

IV Membina pusat perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan untuk menangani isu pembangunan ekonomi negara. (m/s 127)


Apakah isu tersebut?

a)

Serangan wabak penyakit

b)

Pendapatan penduduk rendah

c)

Kekurangan kemudahan asas

d)

Kadar kemiskinan bertambah

33.

Pada 31 Ogos 1986, perkhidmatan Feri Malaysia (Cruise Muhibah) antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dengan Sabah dilancarkan.


Mengapakah perkhidmatan feri tersebut diperkenalkan? (m/s 140)

a)

Memendekkan masa perjalanan

b)

Menjimatkan kos pengangkutan

c)

Menjayakan aktiviti pelancongan

d)

Menjayakan intergrasi nasional

34.

Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk? (m/s 146)

a)

Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

b)

Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara

c)

Menilai keberkesanan Dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu

35.

Mengapakah kerajaan membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS)? (m/s 172)


I Membaiki taraf hidup rakyat

II Menambah daya pengeluaran

III Memodenkan sektor pertanian

IV Menyusun semula masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah strategi sosial Dasar Pembangunan Negara (DPN) untuk memajukan golongan bumiputera? (m/s 175)

a)

Membangunkan kawasan perdagangan bebas

b)

Mewujudkan Industri Kecil dan Sederhana

c)

Mengenal pasti pasaran eksport baharu

d)

Menyediakan pinjaman tanpa faedah

37.

Senarai berikut merujuk kepada kerajaan Alam Melayu yang telah menjalin hubungan luar. (m/s 194)


* Kerajaan P’an-P’an

* Kerajaan Langkasuka

* Kerajaan Chih-t’u


Apakah kerajaan yang terlibat dengan hubungan luar tersebut?

a)

India

b)

Jepun

c)

China

d)

Siam

38.

Masyarakat Islam sering mendapat tohmahan berkaitan 3K berikut. (m/s 215)


* Keganasan

* Kemiskinan

* Kemunduran


Bagaimanakah pendekatan Malaysia untuk menangani tohmahan tersebut?

a)

Menganjurkan beberapa persidangan

b)

Melakasanakan rundingan damai

c)

Memberi bantuan kemanusiaan

d)

Mengetengahkan nilai kesederhanaan

39.

Apakah bentuk sumbangan NGO berikut terhadap mangsa tsunami di Aceh? (m/s 237)


** Yayasan Restu


I Membina rumah anak yatim

II Mendirikan pusat kesihatan

III Memberi bantuan pendidikan

IV Menyediakan rawatan percuma

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Rizab Sekuriti Makanan ASEAN telah ditubuhkan sebagai usaha mendapatkan maklumat berkaitan dengan dasar sekuriti makanan. (m/s 243)


Apakah kepentingan rizab makanan tersebut?

a)

Digunakan sewaktu kecemasan

b)

Mengawal harga bahan mentah

c)

Mengenal pasti kualiti makanan

d)

Diselaraskan jumlah pengeluaran