wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 Ulangkaji T4 (SET 6)

Total questions: 40

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.
  1. Kedah, Patani dan Lingga merupakan wilayah naungan kepada Kesultanan Melayu Melaka.

  2. Apakah tanggungjawab wilayah tersebut kepada Kesultanan Melayu Melaka? [T4B1M7]

a)

Membina istana

b)

Menerima ketuanan

c)

Menyerahkan bunga emas

d)

Menyediakan tenaga kerja

2.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan syariah dan adat.

Apakah tujuan undang-undang tersebut? [T4B1M10]

a)

Mengukuhkan pengaruh

b)

Mengeratkan perpaduan

c)

Melaksanakan pentadbiran

d)

Meningkatkan pembangunan

3.

Apakah hukuman bagi malim jika lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan? [T4B1M11]

a)

Diturunkan pangkat

b)

Dilucutkan jawatan

c)

Dihukum bunuh

d)

Dibuang negeri

4.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

Mengapakah perasaan tersebut penting? [T4B2M22]

a)

Mendapatkan pengiktirafan dunia

b)

Memperkukuh hubungan luar

c)

Mendaulatkan institusi beraja

d)

Memperoleh kebebasan politik

5.

Bagaimanakah Jose Risal mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina? [T4B2M28]

a)

Menubuhkan Liga Filipina

b)

Menggunakan akhbar Kalayan

c)

Membentuk pertubuhan Katipunan

d)

Mewujudkan kerjasama dengan Amerika

6.

Maklumat berikut berkailan faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

• Al-Imam

• Neracha

• Pengasuh

Apakah matlamat penerbitan media cetak tersebut? [T4B2M34]

a)

Memuatkan idea pembaharuan

b)

Memartabatkan pendidikan wanita

c)

Mementingkan nikmat kebebasan

d)

Memperjuangkan nasib bangsa

7.

Berikul adalah persatuan kebajikan yang ditubuhkan di Singapura semasa pentadbiran British.

"al-Jamiah al-Khairiah"

Mengapakah persatuan tersebut penting kepada masyarakat? [T4B2M42]

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Mengasaskan dana pelajaran

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Membangkitkan semangat bemiaga

8.

Akhbar Melayu telah menyiarkan cerita berikut pada tahun 1920.

  • - Tekukur nombor 1874

  • - Tekukur nombor 1909

  • Apakah pernyataan yang ingin disampaikan melalui cerita tersebut? [T4B3M53]

a)

Kebajikan rakyat

b)

Budaya masyarakat

c)

Politik kemerdekaan

d)

Semangat kenegerian

9.

Maklumat berikut berkaitan kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.

Mengapakah kawasan tersebut berjaya dikuasai? [T4B3M66]

I. Strategi yang berkesan

II. Pengaruh propaganda

Ill. Sokongan tentera luar

IV. Penguasaan serangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Maklumat berikut berkaitan perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah X? [T4B3M77]

a)

Operasi Barbarossa

b)

Operasi Semut

c)

Operasi Zipper

d)

Operasi D-Day

11.

Mengapakah British Military Administration (BMA) membubarkan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) pada 1 Disember 1945? [T4B4M94]

a)

Memenuhi dasar dekolonisasi

b)

Mengurangkan tekanan rakyat

c)

Memulihkan kemanan negara

d)

Mengukuhkan penguasaan politik

12.

Mengapakah golongan antipenyerahan Sarawak mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke? [T4B4M109]

a)

Mengekalkan institusi beraja

b)

Menjaga kebajikan pelbagai kaum

c)

Membentuk sebuah negara bangsa

d)

Memudahkan tuntutan kemerdekaan

13.

Apakah persamaan matlamat perjuangan gerakan nasionalis berikut? [T4B5M129]

• Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

• Angkatan Pemuda lnsaf (API)

a)

Membebaskan tanah air

b)

Mengembalikan kestabilan

c)

Menyokong dasar penjajah

d)

Menyemat semangat kenegerian

14.

Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi.

Apakah implikasi penubuhannya? [T4B5M136]

I. Merangka sistem pendidikan yang seragam

II. Mengadakan rundingan ke arah kemerdekaan

Ill. Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

IV. Membuka jalan ke arah perpaduan kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Maklumat berikut berkaitan tawaran pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri.

• 40 juta risalah

• 12 juta pas pengampunan

Bagaimanakah kerajaan menyebarkannya? [T4B6M158]

a)

Surat khabar

b)

Kapal terbang

c)

Talian telegraf

d)

Siaran televisyen

16.

Apakah portfolio yang dikekalkan oleh British dalam Sistem Ahli? [T4B8M178]

a)

Hal Ehwal Ekonomi

b)

Hal Ehwal lmigran

c)

Hal Ehwal Negeri

d)

Hal Ehwal Kerakyatan

17.

Apakah tujuan Pilihan Raya Umum Pertama 1955? [T4B8M199]

a)

Penetapan ahli Communities Liaison'Committee (CLC)

b)

Pembentukan ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

c)

Penentuan Jawatankuasa Selia Kawan Malaysia (JSKM)

d)

Pemilihan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

18.

Apakah sumbangan Sheikh Abdullah Fahim terhadap peristiwa bersejarah negara? [T4B9M218]

a)

Mengetuai perhimpunan agama

b)

Merangka perlembagaan negara

c)

Mencadangkan tarikh kemerdekaan

d)

Menyusun strategi rundingan

19.

Rajah berikut merujuk bidang tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X? [T4B1M9]

a)

Mengetuai utusan luar

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Menjadi panglima angkatan laut

d)

Mengawal perbendaharaan negara

20.
  1. Maklumat berikut merujuk kepada tokoh intelektual berpendidikan agama.

  2. Bagaimanakah tokoh tersebut menyebarkan pengaruh mereka? [T4B2M36]

  3. I. Menerbitkan akhbar

    II. Menubuhkan madrasah

    III. Mengadakan persidangan

    IV. Menandatangani perjanjian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Rajah berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya
Perang Dunia Pertama.

Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut? [T4B3M56]

a)

Saiz angkatan tentera dihadkan

b)

Kuasa mutlak raja dikurangkan

c)

Sempadan negara berasaskan bangsa

d)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

22.

Rajah berikut berkaitan kongres yang diadakan di Tanah Melayu pada abad

ke-20.     

Apakah kesan daripada kongres tersebut? [T4B4M105]

a)

Penubuhan UMNO

b)

Pengunduran tentera Jepun

c)

Pelaksanaan perintah berkurung

d)

Pengharaman parti politik radikal

23.

Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja bagi merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang baharu menggantikan Malayan Union? [T4B5M127]

a)

Menyekat kemasukan imigran

b)

Mengetatkan syarat kewarganegaraan

c)

Menubuhkan persekutuan bertaraf naungan

d)

Memperkenalkan sistem raja berperlembagaan

24.

Petikan berikut menerangkan hartal yang diadakan di negara kita pada tahun

1940-an.

Mengapakah parti tersebut bertindak demikian? [T4B5M131]

a)

Penjajahan tentera Jepun

b)

Pengenalan Malayan Union

c)

Penolakan Perlembagaan Rakyat

d)

Pembubaran Parti Komunis Malaya

25.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap perjuangan orang Melayu? [T4B5M136]

a)

Diberi kuasa mutlak mentadbir

b)

Dibuka ruang kewarganegaraan

c)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

d)

Dilonggarkan syarat kerakyatan

26.

Maklumat berikut berkaitan ordinan yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

Trade Union Ordinance No. 9 of 1948

Mengapakah ordinan tersebut diluluskan? [T4B6M147]

a)

Menyelaraskan upah pekerja

b)

Menyekat kemasukkan imigran

c)

Menghalang pengaruh komunis

d)

Memajukan pertanian komersial

27.

Pilih pasangan yang tepat tentang peranan pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu. [T4B6M155]

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

Mengapakah Rundingan Baling antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) menemui kegagalan? [T4B6M160]

a)

PKM menuntut hak sama rata

b)

Kerjasama pemimpin tidak diperoleh

c)

Penduduk tempatan membuat bantahan

d)

Kerajaan enggan menerima syarat PKM

29.

Isu berikut dihadapi orang Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mengatasi isu tersebut? [T4B7M177]

a)

Menetapkan kuota pelaburan asing

b)

Mengurangkan kemasukan golongan imigran

c)

Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

d)

Menggiatkan fungsi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

30.

Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri? [T4B7M178]

a)

Merangka perlembagaan baharu

b)

Melaksanakan pilihan raya umum

c)

Menyelesaikan masalah perkauman

d)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

31.

Apakah resolusi yang dicapai dalam Persidangan Kebangsaan 1954 dan Konvensyen Kebangsaan 1954? [T4B7M186-187]

a)

Pembentukan kerajaan pusat yang kuat

b)

Pengiktirafan terhadap bahasa Melayu

c)

Pelaksanaan pilihan raya Persekutuan

d)

Penyatuan semua parti politik

32.

Pernyataan berikut berkaitan rundingan yang diadakan di London.

Pada 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London.

Apakah isu yang dibincangkan dalam rundingan tersebut? [T4B8M199]

a)

Pembubaran Sistem Ahli

b)

Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya

c)

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan

33.

Apakah kepentingan pilihan raya tempatan pertama di Sarawak yang diadakan pada tahun 1956? [T4B8M203]

a)

Penetapan wakil etnik tempatan

b)

Permulaan fungsi Majlis Negeri

c)

Penyerahan Sarawak kepada British

d)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

34.

Apakah bidang tugas yang masih di bawah pentadbiran British semasa pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955? [T4B8M204]

a)

Menyelia bidang keselamatan

b)

Mengekalkan eksploitasi ekonomi

c)

Melindungi kepentingan pelaburan

d)

Memantau pelaksanaan pentadbiran

35.

Petikan berikut merupakan sebahagian ucapan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955.

“Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini…Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih.”

Majlis dalam petikan tersebut merujuk kepada [T4B8M205]

a)

Majlis Raja-Raja Melayu

b)

Majlis  Eksekutif Persekutuan

c)

Majlis Mesyuarat Perundangan

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

36.

Pertubuhan berikut telah mengemukakan memorandum bertulis kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

·       Parti Perikatan

·       Dewan Perniagaan Melayu

·       Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya

Apakah isu yang disuarakan dalam memorandum tersebut? [T4B9M222]

a)

Pilihan raya

b)

Agama rasmi

c)

Kewarganegaraan

d)

Bahasa kebangsaan

37.

Apakah tuntutan Dewan Perniagaan Melayu kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? [T4B9M222]

a)

Membubarkan sekolah vernakular

b)

Memperketat syarat kewarganegaraan

c)

Memperakui agama Islam sebagai agama rasmi

d)

Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu

38.

Mengapakah jawatankuasa berikut dibentuk? [T4B10M236]

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

a)

Memupuk perpaduan antara kaum

b)

Menyediakan perumahan kos rendah

c)

Meningkatkan taraf kesihatan rakyat

d)

Menonjolkan identiti negara merdeka

39.

Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.

·       Bendera Union Jack diturunkan

·       Lagu God Save The Queen dimainkan

Apakah kepentingan peristiwa tersebut? [T4B10M238]

a)

Menandakan berakhirnya pentadbiran Britain

b)

Mengiktiraf kedaulatan Majlis Raja-Raja Melayu

c)

Mengesahkan pelantikan Gabenor Malayan Union

d)

Memperakui kesahihan keputusan Pilihan Raya Umum

40.

Mengapakah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1956? [T4B10M244]

a)

Memajukan tanah baharu

b)

Memperkukuh perpaduan

c)

Membangunkan infrastruktur

d)

Mengimbangi pemilikan harta