wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 TRIAL KELANTAN

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

1. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Keselamatan kota Melaka terletak di bawah tanggungjawab


a)

Temenggung

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Bendahara

2.
  1. 2. Maklumat berkaitan dengan Undang-undang Melaka

FASAL 13.1

NAKHODA PERLU DIBERIKAN KEUTAMAAN UNTUK BERNIAGA SELAMA 4 HARI

Mengapakah nakhoda diberi keistimewaan tersebut?

a)

Sebagai wakil kerajaan

b)

Khuatir berlaku penipuan

c)

Ibarat raja dalam pelayaran

d)

Penghormatan daripada pedagang

3.

3.Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Apakah seruan gerakan tersebut?

a)

Berpandu ideologi demokrasi

b)

Mengekal pendidikan tradisional

c)

Mengukuhkan Raja Berpelembagaan

d)

Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

4.

4. Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat. Bagaimanakah pemerintah tersebut mencapai hasratnya?

a)

Kekuatan pembesar tempatan

b)

Bantuan daripada negara luar

c)

Diplomasi dan pemodenan

d)

Aspek ketenteraan mantap

5.

5. Poster berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua 1939-1945.

Apakah mesej di sebalik poster tersebut?

a)

Membebaskan Jerman daripada China

b)

Jerman berjaya dalam menguasai Rusia

c)

Kebangkitan satu kuasa besar yang gah

d)

Rusia bebas daripada penaklukan Jerman

6.

6. Jadual berikut merupakan nama anggota pasukan keselamatan yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu

LEFTENAN ADNAN SAIDI-MENJULANG NAMA REJIMEN ASKAR MELAYU

LEFTENAN IBRAHIM ALLA DITLA MC-MENYELAMATKAN HAMPIR 2000 TENTERA BERSEKUTU

KOPERAL YAAKOB BIDIN-PERTEMPURAN DI PASIR PANJANG

Apakah iktibar daripada perjuangan mereka?

a)

Kerjasama dalam perancangan

b)

Sedia berkorban untuk negara

c)

Bijak membuat keputusan

d)

Rajin mencari ilmu baharu

7.

7. Penubuhan Malayan Union mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat di Tanah Melayu.

Apakah reaksi daripada Raja-raja Melayu terhadap pelaksanaan tersebut?

a)

Menghantar surat bantahan ke London

b)

Berunding dengan pegawai British

c)

Meminta bantuan tentera luar

d)

Bersedia dengan perubahan

8.

8. Peta berikut menunjukkan keseluruhan negeri Sabah telah diserahkan kepada British.

Apakah faktor penyerahan tersebut?

a)

Permintaan penduduk tempatan

b)

Masalah kewangan SBUB meruncing

c)

Dasar British dalam pentadbiran tempatan

d)

Organisasi pentadbiran dapat dimantapkan

9.

9. Apakah matlamat utama perjuangan nasionalis Melayu radikal semasa memperjuangkan kemerdekaan penghujung tahun 1930-an?

a)

Menobatkan Bahasa Melayu

b)

Mengukuhkan perpaduan

c)

Membebaskan tanah air

d)

Menganjurkan kongres

10.

10. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Manakah yang berikut merupakan bidang kuasa majlis tersebut?

I Hal Ehwal Luar

II Ketenteraman awam

III Pelantikan pemerintah

IV Syarat kewarganegaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

11. Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?

a)

Penubuhan Parti Komunis Nanyang

b)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

c)

Keinginan menguasai bahan mentah

d)

Perluasan pengaruh Parti Komunis China

12.

12. Pada zaman darurat pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu. Apakah kesan situasi tersebut?

a)

Pertambahan buruh asing

b)

Peningkatan harga barang

c)

Pengawalan barangan import

d)

Pengeluaran tanaman dagangan

13.

13. Antara yang berikut manakah objektif pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) di Tanah Melayu?

I Mewujudkan keadilan ekonomi

II Memantapkan pendidikan 

III Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah

IV Meningkatkan hubungan kaum yang mendalam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

14. Gambar berikut berkaitan kerjasama politik ke arah mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.

Apakah motif pembentukan perlembagaan tersebut?

a)

Membina negara bangsa

b)

Memupuk kerjasama kaum

c)

Memperkasa jati diri bangsa

d)

Merancang proses pilihan raya

15.

15. Pilihan Raya Persekutuan diadakan sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan. Apakah perkara yang membolehkan pilihan raya diadakan?

a)

Kelulusan Dewan Rakyat

b)

Persetujuan oleh pegawai British

c)

Rang Undang-undang diluluskan

d)

Mendapat perkenan ketua kerajaan

16.

16. Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955?

a)

Mengesah rang undang-undang

b)

Meningkat hubungan diplomatik

c)

Membincang urusan kewangan

d)

Memperkenal hak kesamarataan

17.

17. Manakah menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956?

I. Kedudukan Raja Melayu dipelihara

II. Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja

III. Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen

IV. Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

18. Garis masa berikut berkaitan kronologi sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Apakah X?

a)

Dilulus oleh Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Mendapat persetujuan untuk diperkenankan

c)

Dibentang kepada Raja-Raja negeri Melayu

d)

Membahas Rang Undang-undang khas

19.

19. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal sebelum menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1957?

a)

Menghargai perjuangan wira negara

b)

Pembahagian tugas pegawai tempatan

c)

Pengalaman dalam mengurus sambutan

d)

Memberi detik bermakna kepada negara

20.

20. Maklumat berikut berkaitan kesan pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan

- Membina sebuah bangsa bagi negara yang bersatu

- Mengeluarkan Penyata Rahman Talib

Bagaimanakah hasrat tersebut dicapai?

a)

Mewujudkan pusat bahasa tempatan

b)

Menubuhkan institut kajian dasar sosial

c)

Mengadakan kempen memperkaya bahasa

d)

Menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar

21.

21. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional?

a)

Berasaskan rumpun bangsa

b)

Pemerintah berkuasa mutlak

c)

Pengiktirafan undang-undang

d)

Berdasarkan kepada perlembagaan

22.

22. Apakah langkah untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara kita?

a)

Mewartakan undang-undang

b)

Menubuhkan badan kehakiman

c)

Mewujudkan suruhanjaya bebas

d)

Melaksanakan pindaan perlembagaan

23.

23. Undang-undang berikut telah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan Barat.

UNDANG-UNDANG JOHOR

UNDANG-UNDANG 99 PERAK

Apakah fungsi undang-undang tersebut?

a)

Pentadbiran yang sistematik

b)

Keselamatan raja dan rakyat

c)

Panduan dan kawalan kepada raja

d)

Kedaulatan daripada campur tangan luar

24.

24. Mengapakah pindaan dibuat ke atas undang-undang tersebut?

- Pindaan Perlembagaan 1963

- Pindaan Perlembagaan 1965

a)

Menunjukkan kewibawaan

b)

Menjamin keluhuran perlembagaan

c)

Memenuhi desakan parti-parti politik

d)

Menyesuaikan dengan keperluan semasa

25.

25. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, peranan Majlis Raja-Raja adalah

a)

Mengesyorkan perintah darurat

b)

Mengisytiharkan persempadanan

c)

Meluluskan peruntukan perbelanjaan

d)

Memperkenankan pindaan perlembagaan

26.

26. Apakah kepentingan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita?

a)

Mengukuhkan kuasa raja

b)

Mewujudkan kesamarataan

c)

Meredakan konflik parti politik

d)

Mengelakkan pertindihan kuasa

27.

27. Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding kerajaan Negeri?

I Mewujudkan keadilan

II Mengukuh perpaduan

III Menjamin kestabilan negara

IV Meningkatkan kemajuan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

28. Gambar berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sabah dan Sarawak. Apakah keistimewaan taman negara tersebut?

a)

Pusat spesies Rafflesia

b)

Zon Perlindungan PERHILITAN

c)

Tapak Warisan Dunia UNESCO

d)

Pusat Penjagaan flora dan fauna

29.

29. Jadual berikut berkaitan siri lawatan pemimpin negara sebelum pembentukan Malaysia. Apakah kepentingan siri lawatan ini?

a)

Pemulihan hubungan

b)

Keadilan pengagihan kuasa

c)

Permuafakatan untuk merdeka

d)

Kesepakatan pembentukan Malaysia

30.

30. Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang pembentukan Malaysia. Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?

a)

Mengusulkan idea

b)

Memberi penjelasan

c)

Mengadakan siri lawatan

d)

Membuat tinjauan semula

31.

31. Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?

I Kuasa terhad

II Pasaran bersama

III Pelabuhan bebas

IV Tuntutan percukaian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

32. Garis masa berikut merujuk kepada operasi ketenteraan di Sarawak.

Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?

a)

Menghalang pengaruh asing

b)

Membendung kemasukan PATI

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Menyekat perkembangan ideologi

33.

33. Mengapakah faktor sejarah menjadi punca kepada masalah perpaduan di negara kita selepas merdeka?

I Pentadbiran British

II Pembukaan tanah

III Penyatuan wilayah

IV Pendidikan vernakular

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

34. Logo berikut berkaitan dengan sambutan jubli emas ideologi negara. Apakah latar belakang pembentukan ideologi tersebut?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Pembentukan Malaysia 1963

c)

Pengisytiharan Kemerdekaan 1957

d)

Pembubaran Malayan Union 1946

35.

35. Apakah tujuan penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada tahun 1970?

a)

Menyediakan modal

b)

Menyusun masyarakat

c)

Memupuk identiti nasional

d)

Memodenkan perindustrian

36.

36. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.

Bagaimanakah matlamat DPN dapat dicapai?

a)

Pembangunan seimbang antara negeri

b)

Pembukaan bandar-bandar baharu

c)

Penyusunan masyarakat di bandar

d)

Pemupukan nilai kebangsaan

37.

37. Maklumat berikut berkaitan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Luar Negeri pertama

KEWUJUDAN ADALAH BERPERANAN MENGGUBAL DASAR LUAR SERTA MENJAGA KEPENTINGAN NASIONAL MALAYSIA PADA PERINGKAT ANTARABANGSA

Manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Wisma Putra

b)

Perbadanan Putrajaya

c)

Putra World Trade Centre (PWTC)

d)

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

38.

38. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN

SKIM KEUTAMAAN PERNIAGAAN (SKP)

Apakah kelebihan SKP?

a)

Pembayaran tarif rendah

b)

Pemotongan cukai barangan

c)

Penggunaan mata wang ASEAN

d)

Pertukaran teknologi pemasaran

39.

39. Logo berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global. Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan?

a)

Pemeliharaan alam sekitar

b)

Pemulihan flora dan fauna

c)

Promosi pelancongan

d)

Penjagaan kesihatan

40.

40. Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

KERELEVANAN ORGANISASI ANTARABANGSA

Mengapakah Malaysia berpandangan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik?

a)

Kerakusan kuasa luar

b)

Penyalahgunaan kuasa veto

c)

Perlumbaan ideologi senjata

d)

Kemelesetan ekonomi sejagat