wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 TRIAL SEJ KLUANG SET 2

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

1 Apakah X?

a)

A Raja

b)

B Kerajaan

c)

C Pemerintahan

d)

D Sultan

2.

2 Maklumat berikut berkaitan dengan peraturan jenayah dalam Hukum Kanun Melaka.

** FASAL 4 - Hukum Bunuh

Apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman tersebut?

a)

A Mengubah haluan pelayaran

b)

B Membunuh di atas kapal

c)

C Mengingkari arahan raja

d)

D Menyamar menjadi pembesar

3.

3 Jadual berikut berkait dengan peristiwa perjuangan rakyat British di England pada abad ke- 17.

** 1688 -->> Revolusi tercetus kerana Raja James II telah membelakangkan parlimen semasa membuat undang-undang.

Mengapakah peristiwa tersebut dikenali sebagai Revolusi Keagungan?

a)

A Peralihan kuasa berlaku dengan aman

b)

B Penentangan melibatkan seluruh rakyat

c)

C Perjuangan memulihkan kuasa raja

d)

D Penghapusan sistem birokrasi

4.

4 Maklumat berikut berkaitan nasionalis Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

** Tok Janggut

** Dato’ Maharaja Lela

** Haji Abdul Rahman Limbong

Apakah matlamat perjuangan tokoh di atas?

a)

A Menggerakkan pembaharuan pentadbiran

b)

B Mendaulatkan wilayah masing-masing

c)

C Mempertahankan golongan intelektual

d)

D Menghasilkan karya nasionalisme

5.

5 Bagaimanakah Adolf Hitler mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?

a)

A Membina angkatan tentera

b)

B Melaksanakan pilihan raya

c)

C Memulihkan krisis pencerobohan

d)

D Membangunkan industri baru

6.

6 Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan sumbangan pasukan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

** Parlimen British telah meluluskan Kertas Putih 6274 yang mengandungi 13 perkara berkaitan gagasan Malayan Union.

7 Apakah perkara yang terkandung di dalam kertas tersebut?

a)

A Penentuan bentuk pentadbiran

b)

B Penubuhan pertubuhan kebangsaan

c)

C Pembubaran Parti Komunis Malaya

d)

D Penyertaan Singapura dalam gagasan

8.

8 Senarai berikut menunjukkan persatuan di Sarawak.

** Barisan Pemuda Sarawak (PBS)

** Pergerakan Pemuda Sarawak (PPM)

** Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

Apakah reaksi pertubuhan tersebut terhadap pengambilan Sarawak oleh Kerajaan British?

I Mengadakan demonstrasi

II Memulau pentadbiran British

III Membuat rundingan tertutup

IV Menghantar surat bantahan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

9.

9 Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut?

** Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946 bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

a)

A Menetapkan hari cuti negeri

b)

B Membentuk Majlis Eksekutif

c)

C Mengetatkan syarat kewarganegaraan

d)

D Melantik Gabenor mengetuai

10.

10 Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) kepada negara kita?

a)

A Memperkukuh pertahanan negeri

b)

B Memberi latihan dalam pentadbiran

c)

C Mengembalikan status Raja-raja Melayu

d)

D Memupuk persefahaman antara pemimpin

11.

11 Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

** 16 Jun 1948 --> Pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak.

a)

A Memperkenalkan Rancangan Briggs

b)

B Mengharamkan Parti Komunis Malaya

c)

C Memperkukuhkan pasukan keselamatan

d)

D Melaksanakan Undang-Undang Darurat

12.

12 Gambar berikut menunjukkan anggota Cawangan Khas yang sedang merancang strategi untuk memerangi komunis.

Apakah kaedah yang digunakan untuk menjayakan operasi tersebut?

a)

A Risikan

b)

B Rundingan

c)

C Membina kubu

d)

D Serangan gerila

13.

13 Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah pada tahun 1951.

Apakah tanggungjawab anggota Sistem Ahli?

a)

A Melonggarkan syarat kewarganegaraan

b)

B Mencadangkan undang-undang berkaitan jabatan

c)

C Memastikan keadilan agihan kekayaan negara

d)

D Melaksanakan pilihan raya dengan sistematik

14.

14 Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan?

I Memperbanyak sekolah vernakular

II Melalui sukatan pelajaran yang seragam

III Penggunaan bahasa pengantar yang sama

IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

15.

15 En Ali berhajat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Syarat manakah yang tidak perlu dipenuhi oleh Encik Ali?

a)

A Berumur 21 tahun ke atas

b)

B Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

c)

C Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

d)

D Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan terdahulu

16.

16 Apakah jawatan yang disandang oleh Dato’ Abdul Razak Hussein dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A Menteri Buruh

b)

B Menteri Pelajaran

c)

C Menteri Kesihatan

d)

D Menteri Pengangkutan

17.

17 Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah kemerdekaan di negara kita

Apakah X?

a)

A Suruhanjaya Reid

b)

B Majlis Raja-Raja

c)

C Kabinet Pertama

d)

D Sistem Ahli

18.

18 Pernyataan berikut berkaitan dengan agama Islam

** Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan.

Apakah bukti penyataan di atas?

a)

A Tanah Melayu mempunyai ramai orang Islam

b)

B Agama Islam telah disebarkan oleh pedagang

c)

C Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

d)

D Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam

19.

19 Apakah peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?

a)

A Mendirikan Stadium Merdeka

b)

B Membuat tempahan bendera

c)

C Menggubah lagu Negaraku

d)

D Memilih bunga kebangsaan

20.

20 Peristiwa berikut dilakukan semasa sambutan kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957

** Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan

Apakah simbolik tembakan tersebut?

a)

A Keamanan tercapai

b)

B Rakyat bersatu padu

c)

C Negara yang berdaulat

d)

D Memperolehi kemenangan

21.

21 Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani?

a)

A Kekuasaan tertinggi pada raja

b)

B Negara yang bebas dan merdeka

c)

C Kerajaan bertindak sebagai pemerintah

d)

D Negara berkuasa terhadap pemerintah

22.

22 Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama Pos Malaysia berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia

Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?

a)

A Menunjukkan keunikan negara

b)

B Mengadakan kunjung-mengunjung

c)

C Mematuhi undang-undang negara

d)

D Mengekalkan perpaduan kaum

23.

23 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 bermodelkan Westminster.

Antara berikut manakah yang menjadi terma rujukan utama Perjanjian Persekutuan 1957?

a)

A Kewarganegaraan yang sama

b)

B Ketelusan dalam perkhidmatan awam

c)

C Kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British

d)

D Keseragaman bentuk pentadbiran negara

24.

24 Maklumat berikut berkaitan ketua Negeri Sarawak

** Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanakah Yang di-Pertua Negeri tersebut menjalankan tugas?

a)

A Mengikut Perlembagaan negeri Sarawak

b)

B Mengikut perintah kerajaan pusat Sarawak

c)

C Mengikut peruntukan sedia ada di Sarawak

d)

D Mengikut nasihat Majlis Tertinggi Sarawak

25.

25 Jadual berikut berkaitan dengan penjajahan British di negeri-negeri Melayu

** Negeri-negeri Melayu Bersekutu -->> Sistem Residen

** Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu -->> X

Apakah pentadbiran X?

a)

A Sistem Penasihat

b)

B Sistem Birokrasi

c)

C Sistem Republik

d)

D Sistem Tirani

26.

26 Dialog berikut contoh situasi berlaku dalam badan eksekutif

** Menteri A: Saya tak setuju dengan keputusan mesyuarat tadi.

** Menteri B: Saya juga tak sokong dengan keputusan dasar kerajaan

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh menteri tersebut?

a)

A Meletakkan jawatan

b)

B Meninggalkan dewan

c)

C Membatalkan mesyuarat

d)

D Mengemukakan bantahan

27.

27 Jadual berikut menunjukkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pasangan manakah yang betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

28 Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat?

a)

A Kerajaan Negeri melaksanakan Program Perumahan Rakyat

b)

B Kerajaan Persekutuan menubuhkan agensi pembangunan negeri

c)

C Kerajaan Persekutuan memperkenalkan Perumahan Awam Kos Rendah

d)

D Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga yang rendah

29.

29 Cadangan pembentukan Malaysia mendapat reaksi pelbagai daripada penduduk Sarawak dan Sabah.

Mengapakah penduduk Sabah menentang rancangan pembentukan Malaysia?

a)

A Dipengaruhi Parti Komunis Malaya

b)

B Keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan

c)

C Menganggap Sabah perlu merdeka bersama-sama dengan Filipina

d)

D Pemimpin-pemimpin Sabah berhasrat untuk menubuhkan Melayu Raya

30.

30 Tentera Indonesia telah melakukan serangan di Johor, Sabah dan Sarawak dalam dasar konfrontasi.

Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu serangan tersebut?

a)

A Mengadakan rundingan damai

b)

B Menuntut campur tangan Brunei

c)

C Melaksanakan sekatan ekonomi

d)

D Membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB

31.

31 Apakah tujuan Strategi Counterinsurgency (COIN) dijalankan?

a)

A Menamatkan ancaman komunis

b)

B Memulihkan kepercayaan rakyat

c)

C Membasmi kemiskinan penduduk

d)

D Memajukan ekonomi negeri

32.

32 Senarai berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi yang dihadapi negara kita

** Peluang pekerjaan yang terhad

** Kadar pengangguran meningkat

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu tersebut?

a)

A Memberi bantuan kewangan

b)

B Menubuhkan lebih banyak kilang

c)

C Menambahkan pengambilan pelajar universiti

d)

D Meluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat

33.

33 Apakah kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan terhadap negara?

I Menyediakan tenaga kerja mahir

II Memperkukuhkan perpaduan rakyat

III Menggalakkan kemasukan modal asing

IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

34.

34 Mengapakah seluruh warganegara Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?

a)

A Identiti negara

b)

B Teras nasional

c)

C Falsafah hidup

d)

D Nilai kerakyatan

35.

35 Apakah peranan agensi tersebut?

a)

A Mengawal selia sektor pertanian

b)

B Membantu dalam penyelidikan pertanian

c)

C Melibatkan petani dalam kegiatan koperasi

d)

D Menjalankan penyelidikan terhadap pertanian

36.

36 Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Bagaimanakah usaha ini dilaksanakan?

a)

A Pemberian subsidi oleh kerajaan

b)

B Penyertaan bumiputera dalam IKS

c)

C Peruntukan pelaburan saham

d)

D Penswastaan projek

37.

37 Perkembangan politik, ekonomi dan sosial antabangsa yang sentiasa berubah telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

Bagaimanakah keadaan ini ditangani?

a)

A Menyertai pertubuhan Komanwel

b)

B Meningkatkan kemajuan dalam sistem ekonomi

c)

C Mengubah dasar daripada probarat kepada tidak berpihak

d)

D Menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun

38.

38 Negara Komanwel merupakan antara rakan dagang Malaysia.

Apakah manfaat yang diperolehi hasil hubungan ini?

I Bantuan pertahanan

II Cukai yang rendah dikenakan

III Kemudahan kredit dan bantuan dana

IV Program latihan untuk kakitangan awam

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

39.

39 Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan pertubuhan OIC pada tahun 1971.

Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?

a)

A Mengekalkan keamanan dunia

b)

B Menjaga kepentingan masyarakat Islam

c)

C Meningkatkan hubungan perdagangan

d)

D Memperjuangkan hak asasi manusia

40.

40 Senarai berikut merupakan NGO yang mewakili Malaysia dalam misi kemanusiaan di Syria.

** Organisasi Humanitarian Care Malaysia(MyCare)

** Cinta Syria Malaysia(CSM)

Apakah sumbangan NGO tersebut?

I Membina rumah

II Melancarkan kempen

III Memberi bantuan kemanusiaan

IV Membina infrastruktur yang rosak

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV