wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 SEJ TRIAL KEDAH

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan laksamana dalam sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengutip cukai

b)

Mengurus perbendaharaan

c)

Menjaga keamanan di darat

d)

Menjaga keselamatan di laut

2.

Apakah peranan rakyat kepada pemerintah pada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memberi kesetiaan

b)

Menjamin keselamatan

c)

Mengukuhkan perpaduan

d)

Memelihara keamanan

3.

British berusaha mengawal gerakan Islah Islamiah dengan memperkenalkan

a)

Biro Siasatan Awam

b)

Biro Pengaduan Awam

c)

Cawangan Khas (Special Branch)

d)

Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)

4.

Apakah kesan perbezaan layanan tersebut?

a)

Penubuhan parti politik

b)

Perpaduan kaum renggang

c)

Kebangkitan nasionalisme

d)

Bersatu menentang penjajah

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Eropah

** Revolusi Keagungan (1688)

** Revolusi Perancis (1789)

Apakah persamaan kedua-dua revolusi tersebut?

I Bersifat anti raja

II Berteraskan hak rakyat

III Menggunakan kekerasan

IV Melibatkan golongan tentera

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Penubuhan Madrasah al-Masyhur telah meniupkan idea nasionalisme pada awal abad ke-20

Idea tersebut diterima melalui

a)

karya agama

b)

kunjungan ulama

c)

pembacaan novel

d)

penubuhan persatuan

7.

Apakah bentuk bantahan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?

a)

Menyokong Kongres Melayu

b)

Menulis dalam akhbar

c)

Mengutuk Malayan Union

d)

Menghadiri upacara perlantikan Gabenor

8.

Mengapakah Rukun 13 ditubuhkan?

a)

Menyokong penyerahan Sarawak

b)

Mempertahankan hak penduduk

c)

Memelihara kesucian agama Islam

d)

Menghapuskan pegawai tinggi British

9.

Apakah X?

a)

Menubuhkan Majlis Raja-Raja

b)

Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu

c)

Mengenakan syarat kewarganegaraan yang longgar

d)

Menyatukan negeri Melayu dalam satu unit pentadbiran

10.

Antara berikut yang manakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British

II Jus soli terbuka kepada rakyat raja

III Memelihara kedudukan bahasa Melayu

IV Islam sebagai agama persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Senarai berikut merupakan tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang berusaha menyebarkan fahaman komunis di negara kita

** Alimin

** Tan Melaka

** Sultan Pepateh

Mengapakah mereka bertindak sedemikian?

a)

Kekejaman tentera Jepun

b)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

c)

Kekosongan politik di Tanah Melayu

d)

Keinginan meluaskan pengaruh

12.

Bagaimana kerajaan British dapat membezakan orang awam dengan komunis semasa zaman darurat?

I Pengenalan sijil kelahiran

II Permit pergerakan penduduk

III Sistem pendaftaran kebangsaan

IV Penggunaan kad pengenalan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Antara berikut yang manakah berkaitan tujuan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

I Menentukan sempadan negeri

II Merangka perlembagaan negara

III Mewujudkan keadaan harmoni

IV Membetulkan keadaan politik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan pada tahun 1951?

a)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

b)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

c)

Melaksanakan kempen pilihan raya

d)

Mengiktiraf pemerintahan beraja

15.

Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 menunjukkan tolak ansur dalam negara ketika itu.

Tolak ansur tersebut dbuktikan dengan

a)

Perkongsian kuasa antara kaum

b)

Pengamalan demokrasi dalam negara

c)

persefahaman British dengan pemimpin

d)

kejayaan pentadbiran pihak British

16.

Apakah syarat untuk menjadi calon pada pilihanraya Majlis Persekutuan 1955?

I Berumur 18 tahun ke atas

II Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

III Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

IV Bermastautin dalam tempoh 6 bulan sebelum hari penamaan calon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Hasil rundingan tersebut ialah

a)

pelaksanaan pilihan raya umum

b)

penubuhan Suruhanjaya Cobbold

c)

pemberian kemerdekaan tanah air

d)

pengenalan kerakyatan jus soli

18.

Berikut adalah intipati Perjanjian Persekutun Tanah Melayu 1957

** Kewarganegaraan

** Pengamalan demokrasi berparlimen

** X

Apakah X?

a)

Kebudayaan pelbagai kaum

b)

Keistimewaan kaum lain

c)

Kemajuan ekonomi negara

d)

Kedudukan Agama Islam

19.

Mahatma Gandhi mentakrifkan kemerdekaan sebagai

a)

bebas mengurus negara

b)

kebebasan melalui politik

c)

perjuangan menghadapi penjajah

d)

mewujudkan negara berdaulat

20.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?

a)

Kempen pilihan raya umum

b)

Kunjungan pemimpin negara luar

c)

Tamatnya penjajahan kuasa asing

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

21.

Apakah maksud kedaulatan dalam bahasa Arab?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

22.

Maklumat berikut berkaitan jawatan utama negara di Malaysia

** Ketua Utama Negara -->> Yang di-Pertuan Agong

** Ketua Kerajaan -->> X

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertua Negeri

23.

Maklumat berkaitan undang-undang Inggeris di Negeri-negeri Selat

** Charter of Justice

** Diambil daripada undang-undang yang digubal di England

Apakah matlamat undang-undang tersebut?

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Mengawal raja dan pembesar

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menghalang kemasukan imigran

24.

Apakah ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita?

I Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera

II Sistem Demokrasi Berparlimen

III Kewarganegaraan

IV Bahasa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Apakah kepentingan cap tersebut?

a)

Mengesahkan pelantikan menteri

b)

Melambangkan kedaulatan pemerintah

c)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

d)

Meluluskan undang-undang yang digubal oleh kerajaan

26.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak dan keistimewaan tertentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

Antara hak tersebut ialah

I melindungi kepentingan sah kaum lain

II memelihara keistimewaan orang Melayu

III menasihati Perdana Menteri dalam pentadbiran

IV memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah perkara yang diletakkan di bawah Senarai Bersama?

a)

Pertanian dan perhutanan

b)

Perubatan dan kesihatan

c)

Kerajaan tempatan

d)

Kebajikan awam

28.

Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Menstabilkan harga padi

b)

Memulihkan tanah ladang

c)

Membangunkan tanah baharu

d)

Membantu dalam penyelidikan getah

29.

Mengapakah Lord Brassey mencadangkan idea pembentukan Malaysia pada tahun 1887?

a)

Menyatukan pentadbiran

b)

Mengukuhkan pertahanan

c)

Membentuk tanah jajahan yang besar

d)

Membangunkan wilayah Sabah dan Sarawak

30.

Berikut merupakan antara faktor pembentukan Malaysia

** Pembangunan wilayah

** Mempercepatkan kemerdekaan

** X

Apakah X?

a)

Keselamatan

b)

Kedaulatan

c)

Keamanan

d)

Kestabilan

31.

Apakah cabaran kerajaan dalam memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sabah dan Sarawak?

a)

Teknologi rendah

b)

Saiz negeri yang besar

c)

Kekurangan tenaga mahir

d)

Tentangan dari negara jiran

32.

Mengapakah perpaduan kaum dan integrasi nasional sukar untuk dilaksanakan di negara kita?

a)

Pengaruh globalisasi

b)

Kepelbagaian budaya

c)

Perubahan kepimpinan

d)

Perbezaan fahaman politik

33.

Apakah tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) pada tahun 1970?

a)

Memartabatkan bahasa Melayu

b)

Menambah bilangan cendekiawan Melayu

c)

Melahirkan pemimpin yang berwibawa

d)

Meningkatkan ilmu pengetahuan

34.

Apakah penambahbaikan dalam Laporan Rahman Talib yang dilaksanakan melalui Kajian Aminuddin Baki?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Menekankan mata pelajaran Sejarah

c)

Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

d)

Mengurangkan kadar buta huruf

35.

Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1975.

Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?

a)

Memajukan industri pertanian

b)

Menambahkan pengeluaran makanan

c)

Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan

d)

Menyediakan peralatan pertanian

36.

Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang yang ditubuhkan tahun 1973?

a)

Membangunkan industri desa

b)

Menjalankan penyelidikan pertanian

c)

Membantu petani dalam kegiatan koperasi

d)

Mengawal kualiti hail pertanian

37.

Antara berikut yang manakah matlamat penggubalan dasar luar negara

I Menjalinkan hubungan ketenteraan

II Mempertahankan kemerdekaan negara

III Melindungi kepentingan nasional

IV Menjamin kesejahteraan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh

a)

kehendak kuasa asing

b)

keperluan ketenteraan

c)

pendirian negara serantau

d)

kepentingan ekonomi negara

39.

Deklarasi berikut telah diisytiharkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) pada tahun 1969

** Deklarasi Langkawi

Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?

a)

Memelihara alam sekitar

b)

Menyelaras bantuan teknikal

c)

Menyediakan dana pendidikan

d)

Menjadikan Langkawi destinasi pelancongan

40.

Maklumat berikut berkaitan dengan persidangan yang dianjurkan oleh PBB

1992 -->> Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro, Brazil

Apakah hasil yang dipersetujui dalam persidangan tersebut?

a)

Pengawalan ancaman jerebu

b)

Penentangan ujian senjata nuklear

c)

Pengisytiharan Deklarasi Agenda 21

d)

Pengawalan lapisan ozon