wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa S4 - XYF

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Setiap hari Pak Hamid ______ di sawah demi mencari rezeki untuk keluarganya.

a)

membanting tulang

b)

tulang belakang

c)

ringan tulang

d)

curi tulang

2.

Pada cuti sekolah yang akan datang, kami sekeluarga akan ______ di Pulau Langkawi.

a)

makan besar

b)

makan angin

c)

atas angin

d)

naik angin

3.

Karim membawa ______ semasa menziarahi sahabatnya di hospital.

a)

campur tangan

b)

dalam tangan

c)

buah tangan

d)

buah mulut

4.

Sejak kemalangan itu, Encik Saleh ______ untuk membenarkan anaknya memandu kereta lagi.

a)

sakit hati

b)

berat hati

c)

jauh hati

d)

suka hati

5.

Pelajar yang ______ itu tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.

a)

bulat hati

b)

ada hati

c)

terang hati

d)

buta hati

6.

Orang kaya yang ______ itu tidak mahu mendermakan wangnya kepada pengemis yang datang menghampirinya.

a)

tangkai jering

b)

masam muka

c)

besar kepala

d)

pilih kasih

7.

Kecantikan corak kain-kain sutera di kedai itu menyebabkan Puan Zarina ______ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.

a)

gelap mata

b)

putih mata

c)

rabun mata

d)

rambang mata

8.

Murid-murid ______ untuk menghadapi ujian Matematik pada minggu hadapan.

a)

membuka langkah

b)

memerah otak

c)

lepas tangan

d)

memilih bulu

9.

Encik Hamdan seorang yang ______ kerana selalu melayan pekerjanya dengan berbeza-beza.

a)

hidung tinggi

b)

pilih kasih

c)

busuk hati

d)

buta hati

10.

Walaupun telah berbincang selama empat jam, mereka masih belum mendapat ______ bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

a)

jalan pintas

b)

jalan keluar

c)

jalan tengah

d)

jalan belakang

11.

Mak Timah buat ______ apabila mendengar rengekan anak bongsunya yang ingin membeli barang permainan.

a)

pekak tuli

b)

pekak badak

c)

telinga kuali

d)

telinga lintah

12.

Walaupun Kamala hanya ______ namun Encik Ravi dan Puan Ratna menyayanginya seperti anak sendiri.

a)

anak tunggal

b)

anak angkat

c)

anak emas

d)

buah hati

13.

Sejak tamat persekolahan Adi tidak mahu berusaha mencari kerja, dia hanya ______ di rumah.

a)

makan angin

b)

makan tidur

c)

cari makan

d)

dimakan bulan

14.

Azmin tidak dapat menyiapkan kerjanya yang bertimbun dengan segera kerana dia selalu ______.

a)

curi tulang

b)

curi hati

c)

curi ayam

d)

curi kerja

15.

Beberapa orang pemain bola sepak tidak berpuas hati dengan sikap pengadil yang ______ itu.

a)

ringan tulang

b)

berat sebelah

c)

berat badan

d)

berat mata

16.

Pergaduhan All dan Lim menjadi semakin besar kerana Dani menjadi ______ antara mereka berdua.

a)

batu keras

b)

kepala batu

c)

batu api

d)

hati batu

17.

Salina seorang yang ______ sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.

a)

panjang tangan

b)

ringan tulang

c)

buah mulut

d)

busuk hati

18.

Perhentian bas itu habis diconteng oleh remaja-remaja yang ______.

a)

sakit tangan

b)

gatal tangan

c)

buah tangan

d)

panjang tangan

19.

Kami segera ______ dari tempat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam pergaduhan itu.

a)

angkat kaki

b)

buka mulut

c)

ikat perut

d)

buruk sangka

20.

______ yang tersebar merisaukan orang-orang kampung,

a)

Naik angin

b)

Masuk angin

c)

Makan angin

d)

Khabar angin