Font size
WorksheetsBab 8 Sejarah Tingkatan 2
Total questions: 20
Worksheet time: 3mins
" Kerajaan Kedah diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari Parsi "
Pernyataan di atas adalah ...
Betul
Salah
Pemasyhuran Maharaja Derbar Raja sebagai Raja Kedah telah disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran,iaitu ....
Gandik
Nobat
Muskat
Keris
Tandakan 2 sumber utama pengasasan Kerajaan Kedah yang betul.
Naskhah Hikayat Merong Mahawangsa
Naskhah Sulatus as-Salatin
Naskhah Negeri Kedah Negeri Gemilang
Naskhah Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Di manakah Kelantan Barat berpusat?
Kota Patani
Kota Kubang Labu
Kota Pangkalan Datu
Kota Trowulan
Siapakah yang memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Galoh di timur tebing Sungai Kelantan?
Raja Bahar
Sultan Muhammad II
Long Yunus
Tun Perkasa
Negeri Sembilan pada asalnya merupakan naungan....
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Pahang
Kesultanan Johor Riau
Kesultanan Perak
Siapakah yang bersetuju mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri Sembilan?
Raja Bahar
Maharaja Derbar Raja
Raja Ali
Raja Minangkabau
Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah ....
Perak
Kedah
Kelantan
Pahang
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I ialah Sultan Kedah ke- ....
13
14
15
16
Siapakah yang membangunkan Kota Kayang II semasa menjadi Raja Muda?
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I
Sultan Muhyiddin Mansur Shah
Syed Hussin Jamalullail
Apakah yang mendorong kepada hubungan di antara Kerajaan Kedah, Kelantan, NegeriI Sembilan dan Perlis dengan negeri-negeri Melayu yang lain?
Keserumpunan
Pengasasan
Geografi
Agama
" Memperkukuh kedaulatan, mendapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan, kestabilan mendorong menjalinkan hubungan luar untuk kemakmuran negeri "
Berikut adalah tujuan kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain.
Betul
Salah
Antara berikut, yang manakah sebab-sebab yang mendorong kepada hubungan antara Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan & Perlis dengan negeri-negeri Melayu yang lain dari segi GEOGRAFI?
sempadan antara negeri berjiran memudahkan perhubungan, hasil sumber alam dan sumber bumi, sungai penting sebagai laluan perhubungan, mendorong menjamin keselamatan laluan, pembentukan pelabuhan mengalakkan hubungan
persamaan dalam aspek bahasa dan budaya memudahkan interaksi, sikap toleransi dalam menerima amalan budaya kerajaan lain
berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah, diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama, berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah
Mengapakah pemerintah menghantar utusan ke negeri Melayu yang lain?
memudahkan interaksi
mendapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan
berkongsi institusi pendidikan agama
menjamin keselamatan laluan perdagangan
mempelajari amalan budaya kerajaan lain
Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya dapat ....
memudahkan komunikasi dan interaksi
menggalakkan hubungan perdagangan
menjamin keselamatan laluan perdagangan
berkongsi pemerintahan kerajaan
Antara berikut, yang manakah antara cara-cara menjalinkan Hubungan Diplomatik di kalangan negeri-negeri Melayu ;
Perkahwinan
Pertahanan
Pengiktirafan
Perdagangan
Apakah nama pelabuhan-pelabuhan yang ada di Kedah?
Pangkalan Lembah Bujang
Pangkalan Kuala Merbok
Pangkalan Galoh
Pangkalan Kuala Muda
Antara berikut, yang manakah contoh jalinan hubungan diplomatik secara pengiktirafan?
Long Yunus mendapat bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman di Hulu Perak dalam usaha untuk menyatukan Kelantan.
Sultan Terengganu mengiktiraf kerajaan Kelantan disatukan di bawah pemerintahan Long Yunus.
Onang Kening (puteri Kelantan) dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah (Melaka).
Apakah tujuan-tujuan menjalinkan hubungan diplomatik?
Mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan.
Mengekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan daripada campur tangan kuasa lain.
Memastikan kelangsungan kerajaan.
Mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf sama.
Apakah barang-barang yang didagangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan?
Bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus
Beras dan bijih timah
Emas
Beras, garam, damar, kayu barus, emas urai, bekalan gading dan gajah.
